Drama Review | Blind (2022)

Saturday 12 November 2022


Director : Shin Yong-hwi, Jang Jeong-do
Writer : Kwon Ki-kyung 
Cast : Ok Taec-yeon, Ha Seok-jin, Jeong Eun-ji 
Production Companies: Fantagio, Studio Dragon
Distributor : Netflix
Genre : Mystery / Thriller / Crime
Running Episodes : 16 episodes ( 60 minutes per episode)
Release Date : 16 September 2022 – 5 November 2022  
Trailer :


Studio Dragon tampil dengan drama terbaru bertemakan pembunuh bersiri dengan pembunuhan yang digelar ‘The Joker’ di mana mulut mangsa akan dikelar seperti Joker. Modus operandi yang sama iaitu dengan abuse mangsa semasa diculik dan mati kerana sesak nafas. 

Ryu Sung-joon (TaecYeon) ditugaskan untuk menangkap pembunuh tersebut namun dituduh sebagai pembunuh bila Jung Man-chun (Jeon Jin-woo) dakwa dia nampak Inspektor Ryu dalam kereta bersama mangsa. Perbicaraan yang dikendalikan oleh Hakim Ryu Sung-Hoon (Ha Seok-jin) memutuskan Mang-chun adalah pembunuh sebenar. 


Kes tidak berhenti di situ kerana barisan juri awam yang menghadiri perbicaraan tersebut pula diserang bermula dengan Jo Eun-ki (Jung Eun-ji) yang berkhidmat sebagai kaunselor dan aktivis. Nasib dia baik selepas diselamatkan oleh Sung-joon tapi serangan tersebut berterusan kepada juri yang lain. 

Inspektor Ryu masuk dalam perangkap Baek Moon-Kang (Kim Pub-lae) bila dapat tahu Inspektor Ryu adalah anak angkat dan pernah dihantar ke Hope Welfare Centre. Di situ lah di mana bermulanya semua permasalahan dan tragedi dalam naskhah crime thriller arahan Shin Yong-hwi dan Jang Jeong-do. 


Pengarah menggunakan dua latar masa yang berbeza di mana penceritaan 20 tahun lepas yang berlatarkan Hope Welfare Centre bersilih ganti dengan penceritaan sekarang ketika pembunuhan The Joker berlaku. Setiap kali ada sesuatu yang berlaku baik pada watak utama mahupun watak sampingan, pengarah akan singkap sedikit demi sedikit tentang rumah kebajikan yang menjadi tempat kebobrokan wang dan penindasan kanak-kanak berlaku. 

Tak boleh nak bayangkan macam mana perasaan semua kanak-kanak dan remaja yang terperangkap di situ. Tak hairanlah semua mangsa yang berjaya keluar mengalami trauma, kemurungan dan ketakutan yang melampau. 


"Even when the kids were starving to death they didnt look at them even when they himself were parents and families on their own" – Ryu Sung Hoon

Walaupun ada banyak hint yang diberikan oleh pengarah tapi mengelirukan juga sebab setiap kali dapat teka siapa pembunuh misteri tu mesti ada sesuatu yang divert attention sampai patah balik ke titik awal. Bila pengarah putuskan untuk bagitahu siapa pembunuhnya baru lah tahu jawapannya siapa. Boleh tahan hebat jugak lah penulis ni. Level misteri dia sama macam drama Big Mouth (2022). 

Rasanya pertama kali tengok lakonan Taecyeon so tak expect tinggi sangat lah. Sesuai lah fizikal dia sebagai detektif walaupun family dia selalu marah sebab belajar tak tinggi mana. Okay lah tu dia bijak selesaikan misteri daripada detektif dalam drama Chimera tu. Dekat awal lagi penulis dah tekankan yang dia cuma fit tapi tak bijak sangat jadi tak la baran sangat kalau dia tak boleh solve. 


Berbeza pula dengan watak Ryu Sung-hoon yang mencuri perhatian dari awal cerita lagi. Nampak menjadi lah Ha Seok-jin lakonkan watak anak sulung kebanggaan keluarga dan hakim yang dipandang tinggi oleh semua orang. Dekat episod pertama pun dah nampak sesuatu sangat dia tu dan boleh teka status dia dalam keluarga. Comel masa Inspector Ryu dengan Jung In-sung (Park Ji-bin) bergaduh berebut perhatian Ryu Sung-hoon. 

Nasib baik lah penulis tak buat love angle antara Inspector Ryu dengan Jo Eun-ki walaupun Eun-ki percaya sepenuhnya dengan Inspector Ryu padahal baru saja kenal. Lakonan Jung Eun-ji agak lemah walhal watak dia bawa masuk elemen drama pada sub-plot kisah dia dan Yuna (Kang Na-eon). Masa dia bagitahu juri lain yang dia rasa Jung Man-chun tak bersalah pun macam tak convincing lansung. Tak pasti lah penulis sengaja pay tribute untuk filem Juror 8 (2019) melalui watak Eun-ji ni bila dia juri no. 8 yang cuba berfikir jauh walaupun ada bukti kes. 


Selain dari penceritaan yang menarik dan mesej sosial yang disampaikan dengan kemas dan menusuk, kreatifnya team production bila wujudkan beberapa parallel dalam drama Blind antaranya babak prologue dengan epilog yang berkisarkan 5 orang kanak-kanak di Hope Welfare Centre. Kalau di prologue mereka berlima lari dari Crazy Dog, di penghujung mereka lari ke arah cahaya. Sama juga dengan watak No. 13 (Kim Geon-U) bila mulut dia penuh dengan darah di awal dan penuh darah juga di penghujung cerita. These parallels add volumes. 

Sedih bila tengok sampai hujung sebab semua mangsa dekat situ tak dapat permohonan maaf ataupun rasa bersalah langsung dengan dosa diorang. Dunia perlukan lebih ramai Jo Eun-ki sebab dah makin ramai Crazy Dog. Tak faham macam mana Crazy Dog tergamak nak seksa semua budak dekat situ padahal bila anak dia mati, dia punya meroyan tak ingat dunia. 


Drama Blind ni bukan setakat serlahkan bakat Ha Seok-jin, malah buka mata kepada bakat lakonan Park Ji-bin yang comel dan Kim Geon-U. Bila tengok No. 13 tu mencerun mata dia pandang orang, rasa seram sejuk. Bila dia buka mulut pun pandai sangat menghasut orang padahal muka innocent je. 

Nak kata Blind ni naskhah perfect serba-serbi tu tak juga lah sebab ada kekurangan juga pada beberapa babak dan sub-plot tapi tak lah sampai mencacatkan penceritaan. Dekat hujung nanti macam okay lah, boleh dimaafkan lah scene tu. Recommended untuk yang suka crime thriller tapi tak disarankan tengok lah kalau lemah semangat sebab cara dia bunuh tu kejam. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

3 comments

  1. Terus sreen shot post tajuk tu. Nanti boleh cari ceritanya.

    ReplyDelete
  2. Dah habis dah ek? Masih sangkut lagi dgn Turki kita ni. Haha

    ReplyDelete
  3. Aduh.. Best pula baca review Farhana nie.. Nak kena tengok juga nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.