Movie Review | Do Revenge (2022)

Thursday 3 November 2022


Director : Jennifer Kaytin Robinson
Writer : Celeste Ballard, Jennifer Kaytin Robinson
Cast : Camila Mendes, Maya Hawke, Austin Abrams, Talia Ryder, Rish Shah, Alisha Boe, Jonathan Daviss, Paris Berelc, Maia Reficco, Ava Capri, Sarah Michelle Gellar
Production Company : Likely Story
Distributor : Netflix
Genre : Teen / Black Comedy   
Running Time : 118 minutes
Release Date : 16 September 2022 
Trailer :


Berlatarkan Rosehill Country Day High School di Miami, Drea Torres (Camila Mendes) merupakan pelajar popular yang mendapat biasiswa pengajian, punyai teman lelaki kaya dan kacak, geng eksklusif dan juga recognition dari majalah Vogue. Dia antara calon pelajar yang akan lanjutkan pelajaran ke Yale namun semuanya berubah selepas video dia tersebar. Dalangnya tak lain tak bukan, kekasihnya sendiri, Max (Austin Abrams). 

Tahun akhir adalah tahun dia fokus untuk balas dendam bila dia berjumpa dengan Eleanor Levetan (Maya Hawke) di kelab tennis pada cuti musim panas. Eleanor juga ingin balas dendam pada Carissa Jones (Ava Capri) kerana buat tuduhan serangan seksual terhadapnya. 

Tak susah pun untuk buang Carissa sebab dia ada stor khas penuh dengan ganja di kebun komuniti. Plan untuk jatuhkan Max pula perlu dilaksanakan dengan penuh teliti sebab semua pelajar di Rosehill sokong Max kerana statusnya. Dalam masa yang sama Drea mula jatuh cinta dengan Russ (Rish Shah) sementara Eleanor pula bercinta dengan Gabbi Broussard (Talia Ryder). Berjaya atau tak rancangan Do Revenge oleh Drea dan Eelanor ni kena tengok sendiri lah dekat Netflix. 

Vibe filem Do Revenge yang berkonsepkan pelajar sekolah menengah ni sama macam vibe teen revenge yang pernah popular di Hollywood - 10 Things I Hate About You (1999), Mean Girls (2004) dan John Tucker Must Die (2006). Even soundtrack dia pun mengimbau kembali pada barisan movie ni. Watak Eleanor pun quote Taylor Swift bila dia kata “Look What You Made Me Do” dari album Reputation masa pengarah buka cerita tentang diri dia. 

‘My therapist, the beloved Dr. Gratch, says that hurt people hurt people, but I just don't think that applies to teenage girls. I think sometimes they're just evil.’ – Eleanor

Walaupun filem arahan Jennifer Kaytin Robinson ni bersifat selfish dan balas dendam tapi mesej yang dibawa tampak terang, jelas dan nyata bila nampak perubahan drastic pada Drea. Balas dendam bukan saja merosakkan individu malah merosakkan diri sendiri juga. Dekat second half boleh nampak hubungan Drea dan Eleanor rosak padahal takdir dah bagi peluang kedua pada Drea. 

Watak Tara (Alisha Boe) tak dapat banyak screentime dalam naskhah remaja ni tapi setiap kali dia muncul onscreen, watak dia tinggalkan impak bila dia refused to have sex dengan Max bila Max burukkan Drea. Dia in relationship dengan Max pun sebab nak tolong ayah dia bukan sebab dia hamak sangat dengan Max. Bila tahu Tara sengaja biarkan Drea guna tempat rahsia diorang, boleh nampak lah dia sayangkan Drea tapi terpaksa berkorban untuk karier politik ayah dia. 

Memandangkan filem ni berkisarkan dunia Gen Z jadi banyak lah perkara yang diorang sembang terarah pada isu woke liberal. Ada yang I faham ada yang I lost macam ucapan Max depan semua pelajar tu. Ada yang boleh gelak sekali, ada yang I tak setuju. Wardrobe memasing taknak kalah even pergi sekolah pun stylish from head to toe. Daisy tumbler yang Drea guna tu pun cantik sampai ramai yang tanya mana nak dapat tumbler tu. 

Maya Hawke sekali lagi bawa avatar lesbian dalam filem ni lepas berlakon dalam Stranger Things 3 (2022) sampai I google seksual dia. Straight tapi kenapa dia berlakon dalam avatar ni pun I tak pasti padahal dia starkid. Baru tahu dia anak Uma Thurman, no wonder lah muka dia macam familiar sebab muka saling tak tumpah macam mak dia. Lakonan Maya pun menjadi sampaikan Camila tenggelam sebagai heroin utama. 

Filem Do Revenge sesuai dijadikan filem pilihan untuk girl’s night out sebab fun dan santai tapi Hollywood tak mampu cari pelakon lelaki Gen Z yang kacak ke? Merepek je tengok satu sekolah tergilakan Max padahal tak lah handsome mana. 

1. Team Production +0.8 , 2. Visual +1, 3. Audio +1 , 4. Storyline +1 , 5. Casting +1 , 6. Genre +0.7, 7. Themes +1 , 8. Editing +0.8 , 9. Social Message +1 , 10. Personal Thought +0.7  =  9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.