TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 6

Tuesday 8 November 2022

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Kwon Il-yong, On Joo-wan

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022

Awal betul Na Ra datang ke set dengan hati berbunga sebab dah masuk musim bunga tapi sebenarnya Jessi lagi awal cuma sibuk dok touch up make-up dalam khemah. Tetamu untuk Episod 6 kedua-duanya lelaki. 

Menariknya team production jemput profiler pertama Korea, Kwon Il-yong. Excited lah bila tengok figura sebenar yang diceritakan dalam drama Through the Darkness (2022). Karakter dia sama dengan apa yang ditonjolkan dalam drama tu, seorang yang banyak memerhati dan bercakap bila perlu sahaja. Boleh bayangkan tahap sakit kepala dia lepas habis shooting macam mana nak pula bila kena layan soalan Mijoo. 

KIY : The suspect usually will talk about unnecessary details.

Mijoo: We talk about unnecessary details so much. Everything we say is unnecessary.

KIY: That’s why I can never find the spy. 

Topik untuk Episod 6 ialah pelaburan eksotik yang menjadi tumpuan si kaya. Tengok topik episod ni pun dah tahu tahap susah dekat mana sampai team production kena jemput profiler pertama Korea datang set. 

Tempat pertama ialah kedai ikan di Bucheon yang menjual ikan yang wujud sejak zaman dinosaur. Harganya mahal bergantung kepada keunikan jenis ikan dan owner boleh kaut keuntungan sehingga 80,000 dollar sebulan. Setiap ikan juga berbeza jangka hayat, ada yang boleh mencecah sehingga 100 tahun. Kalau ada ikan yang colour-mutated, makin bertambah tinggi harganya sebab warna yang cantik dan berkilau dari jauh. 

Tempat kedua terletak di kawasan perumahan di mana owner menyewa satu unit kondominium untuk biakkan pelbagai jenis cendawan. Il Soo dah berkecimpung dalam tanaman cendawan selama 5 tahun dan berjaya mendapat hasil jualan sebanyak 200,000 dollar dalam tempoh tersebut. Selain jualan biasa, Il Soo juga melibatkan diri dalam lelongan cendawan peringkat dunia. Dari situ dia tahu tentang sebongkah cendawan seberat 850 dijual dengan harga 140,000 dollar. 

Ada bongkah cendawan yang dibeli dari Turki yang menyerupai bunga kobis dengan harga ribuan dollar. Sama juga dengan cendawan berwarna merah dan digelar Cendawan Syaitan. Kebanyakan cendawan yang eksotik dan sukar ditemui akan dibiakkan di dalam hutan milik Il Soo. 

Tempat ketiga ialah bengkel yang mengumpulkan koleksi patung dan seni lukisan yang mahal. Masa tengok galeri tu dah tahu dah galeri tu betul-betul wujud sebab Hyunsuk dengan Jihoon Treasure pernah pergi situ. Tak silap diorang beli patung KAWS dekat galeri tu. 

Kata owner patung paling famous memang KAWS lah sebab tengah in trend dan ada patung yang mencecah harga sehingga 100,000 dollar. Owner start kumpul patung sebagai koleksi peribadi tapi bila ramai yang berminat dan dia dapat keuntungan dari jualan tersebut dia mula buka bengkel untuk hasilkan art toys untuk dijual. 

‘The artist name KAWS. The character name is called BFF. When it came out, it was raffles for 20,000 dollars then it went up to 100,000 dollars. That toy from KAWS is a limited edition with only 150 of them.’ – Art toy investor

Masa pilih yang mana satu fake pun team The Sixth Sense pilih antara tempat satu atau dua sebab art toy gallery tu memang nampak real. Koleksi KAWS tu buatkan semua yakin tempat tu wujud. Tapi masa pilih siapa spy semua ada jawapan yang berbeza. Kecewa betul profiler bila dia dipilih sebagai spy padahal dia datang untuk cari spy.  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.