Drama Review | The Golden Spoon (2022)

Wednesday 16 November 2022


Director: Song Hyun-wook
Writer : Kim Eun-hee, Yoon Eun-kyung
Cast : Yook Sung-jae, Lee Jong-won, Jung Chae-yeon, Yeonwoo
Production Companies: Samhwa Networks, Studio N
Distributor : MBC
Genre : Drama
Running Episodes : episodes (minutes per episode)
Release Date : 23 September 2022 – 12 November 2022
Trailer :


Diadaptasikan dari webtoon, The Golden Spoon dibikin naskhah drama di bawah arahan Song Hyun-wook yang mengisahkan tentang Lee Seungcheon (Yook Sung-jae) menggunakan sudu emas ajaib untuk mengubah nasib hidupnya. Kehidupan Seungcheon ibarat kais pagi, makan pagi kerana kemiskinan yang diwarisi oleh orang tuanya. 

Pagi bersekolah seperti biasa, di sebelah malam pula bekerja di mini mart untuk sara hidup dan bantu keluarga. Dek kerana kepintarannya, Seungcheon guna dengan ambil upah buat kerja sekolah atau extra assignments anak orang kaya di Seoul Jeil High School. 


Sebab tertekan dengan keadaan keluarga, dibuli oleh kumpulan anak orang kaya dan juga kerana kematian kawan baiknya, Park Jin-seok (Shin Joo-Hyup), Seungcheon tekad untuk makan sebanyak 3 kali di rumah Hwang Tae-yong (Lee Jong-won), pewaris tunggal Hwang Group. 

Happy bila tengok drama The Golden Spoon paparkan reality kehidupan antara orang kaya dengan orang miskin walaupun jurang jauh berbeza. Macam keluarga Lee Seungcheon tu miskin melarat dan keluarga Hwang Tae-yong pula keluarga chaebol yang menguasai ekonomi Korea Selatan. 


Mungkin ramai yang menyampah bila tengok Seungcheon pilih jalan mudah dengan hidup dalam identiti Hwang Tae-yong sampai sanggup korbankan keluarga sendiri tapi siapa yang tak nak? Bukan dia tak berusaha untuk ubah status hidup dia tapi kemiskinan tu menghantui dia. Kalaupun dia berusaha, ayah dia buat something yang tutup jalan untuk dia berjaya. Tak adil juga untuk Seungcheon berdiam diri dan terima takdir hidup sedangkan dia dapat peluang untuk guna sudu emas. 

Dari awal sampai pertengahan cerita, plot twist demi plot twist muncul dan menjadikan momentum penceritaan menarik ditambah pula dengan lakonan Sungjae yang mantap dalam watak Seungcheon. Di sebalik senyuman manis dia, ada beban yang berat dia perlu tanggung. Sama juga dengan watak Tae-yong yang hidup dalam anxiety melampau kerana Hwang Hyeon-do (Choi Won-young). Setiap kali dia menggigil sebab takut, setiap kali tu lah rasa kesian sangat dengan dia. Sudah lah tak ada mak, kawan pun dekat disebabkan status dan harta sahaja. 


Memang patut sangat Tae-yong bertukar status dengan Seungcheon dan penulis keluar dari cliché plot kacang lupakan kulit sebab watak Seungcheon memang guna peluang yang dia ada untuk tolong keluarga, balas dendam pada pembuli dan wujudkan peluang untuk diri dia bila dia hidup sebagai pewaris syarikat Hwang. 

Sebab tu rasa geram bila dekat hujung penulis cuba wujudkan naratif negatif untuk pilihan  Seungcheon. Betul Tae-yong dapat ujian yang sama dan peluang untuk guna sudu emas tapi tak sama langsung dengan apa yang Seungcheon kena hadap sebelum dia jumpa nenek yang jual sudu emas tu. 


Sama juga dengan watak Ju-hee (Jung Chae-yeon) yang hidup selesa sebagai anak orang kaya. Even lepas dia hilang semuanya pun dia sukar untuk faham pilihan Seungcheon sebab perjalanan dan ujian tak sama. No wonder lah Seungcheon pilih untuk berdiam diri dan biarkan Ju-hee cari dia dan bukan sebaliknya. For me, watak Seungcheon tu sempurna dan Sungjae berjaya hidupkan watak Seungcheon. I’m a fannnnn!!!

Happy jugak bila tengok Sungjae berlakon dengan Choi Won-young lepas drama Mystic Pop-up Bar (2020) sebagai ayah dan anak sebab dalam drama sebelum tu pun watak diorang lebih kurang sama dinamiknya. Nampak muka bangga Hyeon-do setiap kali Seungcheon berjaya capai apa dia nak, masa dia belasah Seo Joon-tae (Chang Ryul) sebab kacau anak dia. Kalau tak ada sudu emas pun dekat episod awal pun dah boleh nampak hint dia nak ambik Seungcheon tu jadi anak angkat atau pewaris harta dia.  


Sinematografi The Golden Spoon menambahkan impak pada penceritaan dengan makna tersirat di sebalik permandangan, penggunaan lighting yang mengetengahkan suasana pada babak tersebut. Masa Ju-hee datang rumah Seungcheon pun ada dialog dia bagitahu bilik Seungcheon sama seperti apa yang dia bayangkan. 

Mesej sosial yang dimasukkan dalam drama The Golden Spoon pun meruntun hati juga bila tengok babak keluarga miskin terpaksa bergadai nyawa halang developer dari bina bangunan baru. Masa Seungcheon tanya Ju-hee entah apa yang jadi kepada keluarga yang tinggal di rumah semi-basement macam keluarga dia di kawasan tu. Entah berapa orang Jin-seok yang perlu mati dek kerana pembangunan rakus golongan T20. 


Pendek kata, drama The Golden Spoon adalah drama terbaik untuk tahun 2022 tanpa perlu guna template melodramatic pun untuk deliver mesej sosial tentang kehidupan. Kalau sebelum ni cerita yang berlatarkan pelajar sekolah susah untuk diambil peduli kerana tak matang buat pilihan tapi watak Seungcheon sajikan kisah yang berbeza. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.2/10

4 comments

  1. lagi 3 ep nak habis.. so far memang best..

    ReplyDelete
  2. Cuti hari tu, dapat jugak habiskan TGS ni.. tapi mula2 ingatkan sorang jer yg beli sudu emas tu, rupa2nya dah 5 orang.. tapi paling suka babak Seungcheon makan guna sudu tu kat rumah dia sendiri. Paling sedih bila bapak dia mati.

    ReplyDelete
  3. Yes.. review yang ohsem.. Nak kena tengok juga nie.. TQ Farhana..

    ReplyDelete
  4. Kesian dengan Seungchun sebab dia ada sebab tersendiri kenapa desperata sangat guna sudu emas tu tapi kesianlah sebab dia dah cuba betulkan keadaan, ending dia macam tak adil untuk Seungchun

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.