Astro Tingkatkan Inisiatif Dalam Memartabatkan Kandungan Tempatan Setanding Dengan Produksi Antarabangsa

Monday 14 November 2022


Astro mempersembahkan sajian kandungan-kandungan terbaharu sepanjang hujung tahun 2022 sehingga awal 2023 di acara Astro Showcase Party baru-baru ini. Langkah tersebut bertujuan untuk memperkasakan kualiti, kuantiti serta variasi koleksi kandungan-kandungan tempatan demi memperkukuhkan kedudukan Astro sebagai penyiar dan penghasil kandungan tempatan utama di negara ini. 

Antara kandungan-kandungan yang dipaparkan adalah rancangan variasi popular seperti ‘All Together Now Malaysia 2’, ‘The Masked Singer 3’; drama rantaian terkini termasuk ‘Jesnita’; drama Tamil tempatan ‘Vengaiyan Magan’; produksi Astro Originals seperti ‘One Cent Thief’ dan siri berbahasa Cina, ‘Lost & Found’ serta filem-filem terbitan Astro Shaw seperti animasi adiwira popular, ‘Mechamato The Movie’, ‘Didi & Friends The Movie’ dan ‘Polis Evo 3’

Astro Showcase Party turut menyaksikan buat julung kalinya gimik pantulan Drama premium bersiri, ‘One Cent Thief’ yang berdurasi selama 5 minit di Menara Kuala Lumpur telah mencuri tumpuan warga ibu kota. 

Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi berkata, “Dengan berbangganya, kami memaparkan kandungan-kandungan baharu yang bakal menemui penonton-penonton Astro serta yang kini bersiaran di Astro. Kami teruja untuk mengumumkan kembalinya dua rancangan variasi gergasi di Astro, ‘All Together Now Malaysia 2’ dan ‘The Masked Singer Malaysia 3’. Kedua-dua rancangan realiti ini ternyata mempunyai kekuatan masing-masing dalam membawa peminat-peminat hiburan ke platform kami.”

‘All Together Now Malaysia 2’ membuktikan bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang mempunyai bakat terpendam dan rancangan ini memberikan mereka peluang untuk mengecapi impian mereka. ‘All Together Now Malaysia 2’ yang bakal disiarkan pada 11 Disember pada setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria turut mempunyai 50 selebriti-selebriti hebat serta bakal diterajui Datuk Syafinaz Selamat sebagai Kapten baharu. 

‘The Masked Singer Malaysia 3’ pula bakal menyerikan malam Jumaat bermula pada 23 Disember di Astro Warna dengan konsep yang sudahpun memukau ramai penonton dalam meneka penyanyi di sebalik topeng. Malah konsep family viewing atau tontonan seisi keluarga yang diketengahkan rancangan ini sesuai dalam menyemarakkan lagi semangat kekitaan dan kekeluargaan di kalangan para penonton Astro.

Manakala drama rantaian yang bersiaran di Astro Prima turut menampilkan kekuatan penceritaan serta casting yang hebat menerusi ‘Jesnita’. Pastinya, setiap epsiod drama rantaian ini akan membuahkan perbualan di alam maya dan bakal trending di kalangan peminat-peminat drama tempatan. 

Drama premium bersiri Astro Originals ‘One Cent Thief’ mencipta rekod menjadi drama no. 1 pilihan penonton di platform On Demand dengan jumlah unique viewers 159 ribu sehingga episod empat. 

“Kami berasa amat gembira, ternyata dengan mempersembahkan penceritaan yang segar dapat memberikan pengalaman berbeza kepada penonton sehingga mampu menarik penonton Astro untuk strim tanpa henti pada bila-bila masa.  Berdasarkan jumlah unique viewers dan sambutan hangat di sosial media, telah membuktikan ‘One Cent Thief’ sebuah karya berkelas internasional mampu menyaingi kandungan-kandungan antarabangsa di On Demand,” kata Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad. 

Astro juga memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam industri perfileman dengan dua buah filem yang bakal menemui para penggemar filem iaitu ‘Mechamato The Movie’ yang akan ditayangkan di pawagam pada 8 Disember. Manakala ‘Didi & Friends The Movie’ dan ‘Polis Evo 3’ bakal menemui penonton di pawagam pada 2023.

Acara Astro Showcase Party ini dikuasakan oleh Astro Fibre sebagai penaja utama. Dengan proposisi ‘Satu Rumah Satu Internet’, Astro Fibre bukan sahaja mahu memberikan rangkaian internet pantas tetapi kandungan-kandungan hiburan yang hebat tanpa henti dengan Astro + 50Mbps WiFi  Kencang  dengan hanya RM129 sebulan.

1 comment

  1. Tak sabar tunggu mechamato tu.. Nak tengok dengan anak-anak..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.