TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 3

Monday 7 November 2022

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Jee Seok-jin, Lee El, Song Jae-rim

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022

Keluar dari kebiasaan betul tema Episod 3 The Sixth Sense Musim 3 ni sebab kumpulkan 3 tempat yang berkaitan dengan tidur untuk si insomnia. Excited tengok episod ni sebab ada Song Jae-rim! Dulu I layan We Got Married Jae-rim dengan wife dia sebab kelakar. Wife dia dah la comel, muka macam Sunny SNSD. Sekarang ni Jae-rim dah makin berusia, muka dia makin manly. Even dalam movie baru pun dia bawa watak ejen NIS.

Tempat pertama ialah studio rakaman di mana komposer graduan Berkley University gubah muzik khas untuk bantu untuk tidur. Idea untuk hasilkan muzik ni datang bila isteri dia susah untuk tidur kemudian dia cipta bunyi-bunyian air mengalir, deruan ombak, bunyi Lalang ditiup angin dan banyak lagi. 

‘Sleep is most related to your brain. Music produces hertz or frequency. Every sound has its unique frequency. Between two dos, there are twelve notes. When I measured the frequency, the la note has the most stable waveform. When we played the la note to water, it produces the prettiest wavelength. Seventy percent of the human body is made of water. I came up with a hypothesis and found out that if I play the la note, it will produce the delta wave and produce serotonin and melatonin which helps with sleep.’ – Yoon Han

Menarik betul bila dengar pianist ni sembang pasal fakta dan sains pada muzik yang dia hasilkan untuk bantu ramai klien atau pesakit untuk tidur. Tapi bila dia pasang muzik untuk Jessi dengan El, tak menjadi la pulak rawatan dia tu sampai Mijoo syak tempat tu fake. 

Tempat kedua ialah kombinasi restoran dan kapsul tidur. Harga makanan dekat restoran tu murah sebab dia dah charge dekat kapsul sedikit mahal. Owner bagitahu dia hasilkan menu makan tengahari yang senang dicerna untuk bantu pelanggan untuk tidur. Kebanyakan pelanggan yang datang adalah pekerja pejabat dan pelajar yang perlukan rehat berkualiti pada waktu tengahari. 

‘In 2018, healing cafes started to trend, so I visited one, but the drawback of the café was that you weren’t allowed to eat. I thought it would be nice to have a place where you could eat and rest at the same time. An opportunity arose and I start managing a restaurant. The sleep capsule is what I invested the most for this restaurant. For sleep capsule, there is a machine inside that keeps the oxygen concentration above at least 21% which allows enough oxygen to be supplied to brain and allow mental and physical comfort, and helps to regain energy.’ – Song Eun

Tempat ketiga pula kedai yang menjual tilam yang berharga 650,000 dollar menjadikan tilam tersebut sebagai tilam termahal di dunia yang pernah dihasilkan setakat ini. Kenapa mahal sangat? Sebab semuanya handmade dan menggunakan kulit asli. Fabrik yang digunakan pula bukan sebarang fabrik sebab ianya surai kuda. Surai kuda ialah helaian rambut yang tumbuh di kepala dan bahagian tengkuk kuda. Surai kuda adalah bulu yang paling tebal juga kasar dan perlukan penjagaan yang rapi. Founder guna surai kuda supaya fabrik jenis ni akan menyerap peluh dan kekalkan suhu tilam sekaligus bantu individu untuk tidur dengan selesa. 

Jae-lim tahu tilam ni asli sebab dia pernah baca pasal tilam surai kuda. Jessi bagitahu tilam mahal macam ni memang wujud sebab tilam kepunyaan Drake bernilai USD1 juta jadi tak hairan lah kalau ada tilam yang berharga 650,000 dollar ni. Nak hasilkan tilam mahal ni pun perlukan kepakaran 6 orang tukang jahit ternama di dunia dan cuma 6 buah tilam yang dihasilkan dalam setahun. 

General knowledge Jae-lim dah bantu team The Sixth Sense pilih antara muzik untuk insomnia ataupun restoran kapsul tidur untuk episod ni cuma siapa spy tu yang susah nak teka. Hopefully Jae-lim ikut saranan Jae-seok supaya join lebih banyak variety show. I lah antara orang yang happy tu hekhekhek

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.