TV Show Review | The Sixth Sense Season 3 Episode 12

Wednesday 9 November 2022

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Kim Ji-seok

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 18 March 2022 – 17 Jun 2022

Meriah set The Sixth Sense sebab kawan baik Somin dengan Sang-yeob datang sebagai tetamu jemputan. Sang-yeob marah kenapa kawan dia datang sebab tak nak kena marah dengan semua panel. Mulut masing-masing dah la pedas kemain. Ji-seok kata dia dah lama nak datang, dia tunggu sampai 3 tahun baru team production panggil dia. Rupanya agency dia yang selalu reject offer sebab Ji-seok sibuk. Dia berjaya datang pun sebab nak promote drama baru, Kiss Sixth Sense. 

Topik untuk episod 12 keluar dari kebiasaan iaitu ‘People living their second lives’ macam tempat pertama ialah pengetua sekolah yang menjadi dance instructor setelah berpencen. Pengetua sekolah tu pilih untuk buka studio tarian tradisional sebab dia nak hidup tenang dan gembira di usia tua. 

‘First characteristic of folk dancing is that anyone can do it, regardless of their gender and age. The movements are easy and simple, so you can learn it quickly. And it serves as a form of exercise.’ – Principal

Susah untuk sangkal dakwaan dance instructor tu pengetua sekolah sebab dia suka bercerita panjang sampai Sang-yeob dengan Jessi dah nak masuk zon tidur. Setiap kali panel tanya soalan pun dia puji kata bagus soalan tu. Memang sebijik perangai pendidik sekolah rendah. Jessi asyik menjerit marah Sang-yeob sebab dia menari kasar, badan keras macam kayu. 

Tempat kedua pula restoran jokbal yang diuruskan oleh news anchor muda. Gui Ha mula bekerja di Korean Regional Broadcast secara freelance pada tahun 2014 dan 5 tahun kemudian berhenti untuk buka restoran yang mempunyai pendapatan lebih stabil. Sebulan dia boleh dapat 60,000 dollars hasil jualan dari jokbal. 

Bila Mijoo tanya Ji-seok restoran jokbal tu betul ataupun fake, Ji-seok kata restoran tu betul-betul wujud sebab masa dia tengok news anchor tu muka dia cantik. Memang style dia. Perangai sama macam Mijoo dalam Episod 11 bila tengok manager restoran Portugal tu handsome terus lupa nak tanya benda penting. 

Tempat terakhir ialah rumah dukun yang dahulunya pernah bekerja sebagai PD untuk program nyanyian trot. Ji-seok dengan Sang-yeob terpesona tengok muka dukun tu sebab cantik dan muda. Katanya Yoo dah bekerja sebagai producer di SBS selama 2 tahun tapi selalu buat silap sampai dia sedar yang tu tak ada kaitan dengan usaha ataupun komitmen tapi dia tak ditakdirkan bekerja sebagai PD tapi menjadi dukun untuk bantu orang lain. 

Nenek Yoo adalah dukun kemudiannya kebolehan tersebut diwariskan kepada Yoo sejak kecil lagi. Bila badan dia dirasuk, dia tak tahu sama ada tu dewa, roh ataupun hantu. Yoo boleh nampak moyang individu tersebut bila seseorang datang berjumpa untuk minta bantuan. Yoo sendiri pernah berjumpa dengan moyang perempuan dan moyang lelaki yang menyamar sebagai orang lain. 

Jae-seok yang terawal minta ditilik oleh Dukun Yoo mengenai masa depan, karier dan personal dia. Dukun Yoo bagitahu karier Jae-seok sebenarnya diwarisi oleh moyang lelaki yang pernah menjadi guru di kampung dan kemungkinan besar anak lelaki Jae-seok juga akan ikut jejak langkah yang sama sebab keturunan mereka memang jenis ramah dan pandai bercakap. Cuma Jae-seok kena paksa anak lelaki dia belajar rajin sikit. 

Ji-Seok pula sebenarnya seorang yang sensitive jadi Dukun Yoo nasihatkan supaya berlakon dalam drama atau filem yang mempunyai banyak watak. Jangan ambil job yang mempunyai watak dengan karakter yang kuat sebab perjalanan dia mungkin akan berat dan lambat. Dukun Yoo boleh nampak tanda cross dekat dahi Ji-seok sebab ayah dia seorang paderi. 

Susha jugak nak teka dukun ni betul wujud ataupun palsu sebab team The Sixth Sense dah banyak kali bawak dukun masuk ke rancangan ni. Yang mana satu palsu dan siapa spy kena tengok lah episod ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.