Drama Review | If Wishes Could Kill (2026)

Saturday, 25 April 2026

 

Pengarah: Park Joong-seop
Penulis Skrip: Park Joong-seop
Pelakon: Jeon So-young, Kang Mi-na, Baek Sun-ho, Hyun Woo-seok, Lee Hyo-je 
Syarikat Produksi: CJ ENM Studios, Kairos Makers 
Penyiaran: Netflix
Genre: Seram / Misteri 
Jumlah Episod: 8 Episod (36-52 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 24 April 2026
Trailer: 


Berlatarkan sekolah Menengah Seorin, pelakar lelaki bernama Choi Hyeong-wook (Lee Hyo-je) memperkenalkan applikasi Girigo kepada rakan-rakannya kerana dia berjaya mendapat markah tinggi untuk subjek Matematik. Se-ah (Jeon So-young), Lim Na-ri (Kang Mi-na), Kang Ha-joon (Hyun Woo-seok) dan Kim Geon-woo (Baek Sun-ho) berasa hairan dengan kejutan tersebut kerana Hyeong-wook lemah dalam subjek Matematik dan sering tertekan akibat dimarahi oleh ibunya. 

‘Ini aplikasi yang tunaikan hajat. Tekan butang rakam, tulis nama dan tarikh lahir pada kertas dulu. Setelah tulis nama dan tarikh lahir pada kertas, tunjuk kertas itu pada kamera dan tekan butang rakam. Sebut hajat dengan bersungguh-sungguh. Sebaik saja dah sebut hajat, tekan hantar. Itu saja.’ - Choi Hyeong-wook

Namun apa yang Hyeong-wook tak tahu, sebaik saja hajatnya ditunaikan applikasi Girigo menunjukkan timer selama 24 jam di mana dia akan mati sebaik saja masa berhenti. Hyeong-wook mendapat panggilan telefon dari Se-ah yang berbual tentang perkara buruk bersama rakan-rakan yang lain. Tertekan dengan situasi tersebut, satu kelas dikejutkan dengan perbuatan Hyeong-wook mengelar dirinya di hadapan semua orang terutamanya Se-ah. 

Bukan saja Hyeong-wook yang buat hajat dengan Girigo, malah Geon-woo juga baru sahaja minta ditunaikan hajatnya. Geon-woo mula mengalami gangguan dan Se-ah mula mengenalpasti pattern dan cuba menyiasat sumpahan di sebalik Girigo dibantu oleh Kang Ha-joon. 

Drama terbaru tayangan eksklusif Netflix, If Wishes Could Kill membawakan tema dukun dan sumpahan yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Awalnya skeptikal bila tengok babak Do Hye-ryung (Kim Si-a) buat hajat sebab dah syak drama ni berkisar tentang buli. Dah mula bosan lah dengan tema yang sama rupanya tak. Lebih terarah pada dendam.  

Kekuatan drama If Wishes Could Kill terletak pada sutrada Park Joong-seop di mana penceritaan bersifat non-linear dan bersilih ganti dengan alam ghaib. Seronok tengok Kang Ha-young atau Haetsal (Jeon So-nee) jalankan tugas sebagai dukun yang selamatkan Se-ah dan rakan-rakan dia dari sumpahan Girigo. 

Dalam drama If Wishes Could Kill ada dua jenis dukun, Haetsal bersama Bang-ul (Roh Jae-won) yang mengamalkan kehidupan spiritual tenang dan mempunyai vibe ala Jepun. Satu lagi dukun konservatif yang lebih seram dan mengerikan dengan alatan pemujaan menggunakan darah. Bila tengok Haetsal dengan Bang-ul, teringat filem Exhuma (2024) bila pasangan dukun lebih stylish dan moden. Mungkin propaganda generasi millennial untuk tarik generasi baru menjadi pelapis untuk bidang dukun?  

Masa tengok Kang Ha-young rasa familiar sangat dengan dia tapi tak cam siapa. Bila tengok filmography dia baru ingat yang dia berlakon dalam Melo Movie (2025). Watak dia antara watak yang impactful dalam drama tu. 

Happy bila nampak lakonan dia sebagai dukun, tak mendominasi screentime tapi tetap meninggalkan impak sebagai Haetsal. Ada masalah pun dia tetap tenang selesaikan. Chemistry dia dengan Roh Jae-won yang kuatkan lagi dinamik dukun dan pembantu sepanjang ritual berjalan. Tak hairan lah Ha-young selesa tinggal jauh dari orang sebab Bang-ul memang function teruk. 

Editor pun banyak mainkan peranan untuk jadikan naskhah If Wishes Could Kill sebagai sebuah drama seram yang menarik. Konon nak layan 1 episod sahaja, tahu-tahu dah Episod 8 sebab cliffhanger dia buatkan kita penasaran. Memandangkan drama ni bergenre seram, jumpscares memang banyak. Dah tahu akan terkejut tapi tetap terkejut sebab BGM dia menakutkan. 

Transition antara genre atau elemen-elemen yang dimasukkan pun smooth jadi kita tak rasa terganggu masa menonton. Tak ada pun babak yang rasa melebih-lebih walaupun ada elemen komedi dari Kang Ha-joon dengan Bang-ul. Comic timing Roh Jae-won menjadi even expression muka dia boleh buat I berdekah. Kelakar bila editor masukkan flashbacks untuk sokong statement dia dekat ending. 

I really have fun watching If Wishes Could Kill walaupun kebanyakan masanya geram dengan watak-watak remaja sebab buat sesuatu tanpa berfikir panjang macam Na-ri atau Geon-woo tapi boleh faham lah juga, siapa yang nak percaya ada applikasi tunaikan hajat kemudian bunuh orang. Nak pula remaja terkenal dengan darah panas. Kawan tak ajak lepak sama-sama pun dah boleh buat hajat supaya kawan dia mati. 

Tengok pada ending, ada kemungkinan drama If Wishes Could Kill akan ada musim kedua tapi kalau tak ada pun, mesej sosial dia tetap meninggalkan impak. Kalau waktu hidup tu hati dah hita, sebelum mati pun sempat nak buat jahat dengan orang. Kalau hati baik macam Se-ah atau Kang Ha-young, masa yang ada digunakan untuk tolong orang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.