Drama Review | Melo Movie (2025)

Thursday, 11 September 2025


Pengarah: Oh Chung-hwan
Penulis Skrip: Lee Na-eun
Syarikat Produksi: Studio N 
Penyiaran: Netflix 
Jumlah Episod: 10 Episod (57-74 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 14 Februari 2025 
Trailer:


Ko Gyeom (Choi Woo-shik) mempunyai minat yang mendalam terhadap filem sejak kecil dan menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Dia sentiasa mencuba nasib dalam semua ujibakat yang diadakan demi mengejar impian tersebut malangnya cuma terpilih sebagai pelakon tambahan. 

Di sebuah set penggambaran filem arahan Ma Sang-u (Ko Chang-seok), Ko Gyeom berjumpa dengan krew filem yang cantik namun pendiam bernama Kim Mu-bee (Park Bo-young). Perwatakan mereka berdua jauh berbeza. Kalau Ko Gyeom dianggap social butterfly di set tersebut, Mu-bee pula lebih selesa bersendiri. 


Walaupun sentiasa menjauhkan diri dari Ko Gyeom, dia akhirnya jatuh suka dengan jejaka tersebut. Namun setelah menerima Ko Gyeom dalam hidupnya, lelaki tersebut menghilangkan diri tanpa jejak. 5 tahun kemudian mereka bertemu di dalam sebuah tayangan perdana di mana Ko Gyeom menjadi tetamu jemputan sebagai pengkritik filem untuk filem melodrama arahan Mu-bee. 

Tertarik nak layan drama Melo Movie lepas nampak trailer dekat Netflix since ada fresh pairing antara Park Bo-young dengan Choi Woo-shik. I rasa pairing mereka berdua sesuai sebab kedua-dua pelakon sejenis yang soft. Dalam trailer pun dah boleh nampak chemistry both of them walaupun dalam review Our Beloved Summer (2021), tak berapa gemar type comel macam Woo-shik. 


Tak jauh beza pun watak Ko Gyeom ni dengan watak Choi Ung sebab dia berubah jadi pendiam gara-gara masalah hidup yang dihadapi. Perkembangan watak Ko Gyeom agak menyakitkan hati sebab dia suka pendam masalah padahal dalam tempoh masa 5 tahun tu, boleh sangat dia bagitahu Mu-bee apa yang jadi. Penulis drama Melo Movie adalah penulis yang sama dengan Our Beloved Summer (2021). Jadi tak hairan lah kalau watak main lead adalah personaliti asal penulis sebab kedua-dua watak sama. 

Kalau dah namanya cinta, lari ke mana pun, lama macam mana pun tetap akan berjodoh juga. Konflik yang dimasukkan adalah pada personal development setiap watak. Kalau Ko Gyeom struggle dengan hubungan bersama abang dia, Ko Jun (Kim Jae-wook) yang cuba untuk bunuh diri, Mu-bee pula lebih kepada memahami pilihan yang diambil oleh mendiang ayah dia (Kim Da-hwin). 


Selain lead couple, second couple juga mengalami konflik yang sama bila watak Hong Si-jun (Lee Jun-young) dan Ju-a (Jeon So-nee) ambil keputusan untuk berpisah dan berbaik semula 5 tahun kemudian. Perangai Ju-a sama macam Ko Gyeom yang pendam perasaan kemudiannya minta putus. Bezanya, watak Si-jun tak boleh terima Ju-a balik sebab masih lagi terluka dengan perbuatan bekas kekasih dia. 

“Loving someone shouldn’t feel like you’re constantly fighting a battle you’ve already lost.” – Hong Si-jun


I happy dengan pilihan Si-jun sebab menyampah tengok Ju-a rasa entitled untuk aturkan banyak benda dalam hidup Si-jun. Faham je dia nak yang terbaik untuk Si-jun tapi dia pun kena faham lain orang lain rezeki dia. Both of them need to grow dan keluar explore dunia luar sebab kerjaya masing-masing memang kena experience banyak benda untuk dapat inspirasi. 

Pacing drama Melo Movie arahan Oh Chung-hwan dibikin perlahan, tak pasti kenapa team production decide untuk klasifikasikan drama ni sebagai romantik komedi padahal tak ada komedi pun. Kebanyakan babak diselubungi rasa sedih dan sayu walaupun watak cuba berjenaka. Semua watak struggle dengan trauma masing-masing.  I tak ada masalah pun nak marathon drama ni sebab selain chemistry yang comel antara Woo-shik dan Bo-young, watak Ko Jun sangat mencuri perhatian setiap kali muncul. 


Screentime Ko Jun sikit sangat sebab penulis tak dapatkan perspektif dia, jadi tak faham kenapa dia ada kemurungan. I faham kalau dia trauma membesarkan Ko Gyeom tanpa parents tapi bila Ko Gyeom dah besar, kenapa dia tak cuba ambil masa untuk fokus pada diri dia? Sebab Ko Gyeom bukan budak yang nakal sangat sampai susah nak dijaga. Personaliti Ko Gyeom masa kecil sama macam I masa kecil dulu, duduk rumah dan habiskan semua filem yang ada sebab itu sahaja cara yang kurangkan rasa sunyi. Entah berapa kali menangis tengok Ko Gyeom takut untuk terima kenyataan hidup. Kalau dekat tempat dia pun rasanya tak mampu. 


Lakonan Park Bo-young sebagai Mu-bee yang terkesan dengan kehilangan ayah dia pun relatable. Kalau jadi dia pun rasa nak tahu sangat kenapa ayah dia lebih pentingkan kerja sampai bahayakan nyawa sendiri untuk sesuatu yang dia minat. Kelebihan bekerja dalam industri kreatif bila kita boleh titipkan pengalaman, personaliti atau signature dalam karya-karya kita. Walaupun Mu-bee tak ada banyak kenangan dengan ayah dia tapi bila rindu, Mu-bee boleh layan filem-filem arahan Kim Hun-dong. 


Tak pasti lah jodoh Kim Mu-bee dengan Ko Gyeom sebenarnya menjadi penawar kepada childhood trauma ataupun terjerat dalam daddy issue sebab personaliti Ko Gyeom sama dengan ayah Mu-bee. Lebih suka memendam dari bercerita tapi bila tengok perangai Ko Gyeom, tak jauh beza pun dengan lelaki Asia. I boleh faham kenapa Mu-bee terkesan bila Ko Gyeom hilangkan diri lepas Mu-bee terima dia. Walaupun baru satu kiss tapi kenapa ada yang treat kiss sebagai satu benda yang ringan? It includes intimacy and depth juga kan? 

Kehidupan yang berlatarkan industri hiburan pun mainkan peranan besar juga sebab I boleh relate dengan watak Ko Gyeom bila dia mengkritik filem. Actually, tak lah mengkritik tapi lebih kepada memberi ulasan apa yang okay dan boleh ditambah baik untuk sesuatu karya. Seram juga bila ada filmmaker yang terkesan sampai nak bunuh diri gara-gara baca ulasan filem. 


Anyway, Melo Movie is a good watch untuk yang suka dengan genre melo macam ni. Banyak pengajaran tentang hidup juga dalam drama sepanjang 10 episod ni. Do give it a try.
 
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.