Pengarah: Anurag Singh
Penulis Skrip: Anurag Singh, Girish Kohli
Pelakon: Akshay Kumar, Parineeti Chopra, Suvinder Vicky, Vivek Saini, Vansh Bharadwaj, Pritpal Pali, Vikram Kochhar, Ravinder Pawar, Surmeet Singh Basra
Syarikat Produksi: Zee Studios, Dharma Productions, Cape of Good Films, Azure Entertainment
Pengedar: Zee Studios
Genre: Sejarah / Drama / Perang
Durasi Tayangan: 150 minit
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2019
Trailer:
Ishar Singh (Akshay Kumar) merupakan tentera berpangkat tinggi dalam Rejimen Askar Sikh di bawah pemerintahan tentera British. Pegawai atasannya sentiasa memandang rendah terhadap askar India kerana di mata dia, rakyat India adalah penakut. Hakikatnya, dia cemburu dengan keberanian Ishar Singh yang berani melawan musuh.
Ketika memantau kawasan sempadan India dan Afghanistan, seorang wanita bakal menerima hukuman pancung kerana tidak ingin berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Pegawai British minta supaya tiada sesiapa yang masuk campur dengan urusan tersebut kerana ianya urusan adat-istiadat keluarga Afghanistan dan bukan di bawah bidang kuasa British.
Namun Ishar tak sanggup melihat wanita tersebut menjadi mangsa penindasan, lalu melanggar arahan dan melawan tentera Mullah Saidullah (Rakesh Chaturvedi). Akibatnya, Ishar dihantar untuk bertugas di Kubu Saragarhi yang terletak di antara Kubu Gulistan dan Kubu Lockhart.
Baru saja jejakkan kaki di sana, Ishar Singh mendisiplinkan tentera yang bertugas di kubu tersebut yang suka membuang masa dengan laga ayam dan bermain musik. Bagi mereka, tak ada yang akan menyerang kubu tersebut. Kalau ada pun, dengan mudah mereka akan lari pulang ke kampung. Ishar Singh betulkan niat mereka semua untuk bersemangat menjaga negara kerana mereka adalah benteng pertahanan kepada rakyat jika diserang musuh.
Filem Kesari merupakan projek kerjasama Salman Khan dan Karan Johar dengan mengangkat kisah keberanian askar 21 orang askar Sikh di Kubu Saragarhi menentang 10,000 orang Afghanistan pada September 1897. Namun tak lama sebelum penggambaran bermula, Salman Khan tarik diri sebagai produser lalu Akshay Kumar masuk menggantikan tempat dia.
Tengok pada sinopsis pun dah boleh tahu perjalanan filem Kesari ni akan berakhir macam mana tapi penulis juga pengarah, Anurag Singh mencipta alur yang menarik dan sarat dengan emosi juga patriotism. Kesari adalah filem yang menjadi medium penceritaan yang baik untuk generasi baru mengenang sejarah lampau. Memorial khas untuk 21 orang askar Sikh ini juga dibina di Firozpur pada tahun 1904 – Saragarhi Memorial Gurdwara.
Mungkin ada beberapa babak yang melodrama macam baiki masjid penduduk di kampung berdekatan tapi okay lah sebab pengarah redeem balik dekat second half dengan fokus pada strategi perang yang digunakan oleh Ishar Singh sebagai ketua di situ. Sebab strategi dia guna lah, mereka boleh bertahan lama dan bagi masa untuk tentera di dua kubu lagi bersiap sedia melawan pihak musuh. Dapat juga tahu macam mana setiap kubu berinteraksi dengan menggunakan heliograf selain menghantar telegram.
Selain bijak dan berani, Ishar Singh pun ada ehsan yang tinggi pada pihak musuh sebab dia arahkan tukang masak di kubu tu bagi minum pada pihak lawan yang tercedera. For me, it’s really unnecessary move sebab budi baik dia tu tak dibalas baik pun. Ishar Singh dibunuh dengan kejam sudahnya. Lakonan Akshay Kumar menghidupkan watak Ishar Singh dalam Kesari jadi tak hairan lah kalau watak ni antara yang terbaik dalam karier lakonan Akshay.
Musik album yang menghimpunkan 12 buah lagu dari Tanishk Bagchi mendapat penerimaan positif oleh critics dan memenangi anugerah untuk pelbagai kategori termasuklah Lirik Terbaik, Penyanyi Latar (Lelaki) Terbaik – B Praak dan Album of the Year. Lagu Teri Mitti dendangan B Praak mempunyai lirik yang menceritakan semangat cinta pada negara dan sesuai sebagai lagu tema. Bila tengok pertarungan 21 orang askar Sikh di kubu dengan berlatarkan lagu ni, memang sebak jadinya.
My personal favourite ialah Ve Maahi, lagu romantik antara Ishar Singh dan isteri dia. Walaupun Parineeti Chopra tak dapat screentime yang banyak dalam Kesari tapi served the purpose lah sebagai backstory Ishar Singh. Kalau chemistry tak wujud sangat pun tak apa sebab pasangan suami isteri ni tak dapat peluang untuk hidup bersama pun. Lepas kahwin dah kena pergi berkhidmat dekat sempadan.
Anshul Chobey paparkan suasana di kawasan sempadan dengan bersandarkan keindahan kawasan pergunungan di sana. Realiti kehidupan askar Sikh yang serba kekurangan juga scenario peperangan yang menyayat hati.
Filem Kesari boleh dipendekkan lagi sebab tak banyak pun lagu yang dimasukkan, dialog juga lebih kepada perbualan biasa. But overall, it’s a nice watch.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.