Fenomena Gerhana Bulan Penuh atau dikenali sebagai Blood Moon yang berlaku pada baru-baru ini seakan menjadi ‘petanda’ kepada kemunculan filem seram terbaharu, “Qifarah” yang bakal menghantui pawagam seluruh negara 9 Oktober ini!
Fenomena Blood Moon berlaku apabila bulan kelihatan berwarna kemerahan akibat pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi, sekali gus mencuri perhatian peminat astronomi dan orang awam.
Dalam pelbagai budaya dan kepercayaan, Blood Moon sering dikaitkan dengan unsur mistik dan ilmu hitam. Ia dianggap waktu paling power untuk ritual memanggil entiti atau melakukan upacara ghaib. Inilah simbolisme yang diangkat dalam “Qifarah,” menjadikan fenomena alam ini seolah-olah selari dengan jalan cerita filem tersebut.
Diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama MyWay Pictures dan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, “Qifarah” bukan sekadar filem seram biasa. Ia mengisahkan seorang lelaki yang terjerat dalam legasi keluarganya yang mengamalkan ilmu hitam sejak kecil. Filem ini membawa mesej tentang akibat menyimpang dari jalan kebenaran, serta balasan (qifarah) atas dosa dan perbuatan syirik.
Adakah dia mampu membebaskan dirinya daripada sumpahan warisan, atau akan menjadi korban seterusnya dalam rantaian hitam yang tidak berpenghujung?
Dengan sinematografi yang suram dan elemen mistik yang menyeramkan, ia dijangka memberi kesan bukan sahaja daripada segi hiburan, tetapi juga kesedaran kepada penonton. Diterajui pula dengan lakonan mantap Remy Ishak, Sharifah Sakinah dan Liyana Jasmay, filem ini bersedia mencipta fenomena seram tempatan yang sukar dilupakan.
Nantikan treler rasmi “Qifarah” dalam masa terdekat! Janji kami akan membuatkan penonton semakin teruja menunggu tayangan penuhnya pada 9 Oktober ini.
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Qifarah, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.