Lepas aktiviti bebas dekat sungai, kitorang mandi dekat tandas awam sebab tunggu turn lama sangat dekat chalet. Kitorang guna tandas awam dekat sebelah kawasan dorm sebab ada shower dan memang khas untuk kegunaan dorm.
Patutnya yang bujang duduk dekat dalam dorm tapi bila kena ganggu dengan Bilik 3, terpaksa lah tukar ke chalet. Masa geng budak lelaki pergi mandi sungai, kitorang mandi cepat-cepat supaya tak bertembung dengan diorang.
Lepas mandi nak tengok golden hour tapi tak ada pun dekat sini, mungkin sebab nak hujan. Ambik gambar je lah dalam baju kelawar. Tema untuk BBQ malam ni adalah baju kelawar untuk perempuan, yang lelaki pula pakai t-shirt dengan kain pelikat.
Sementara tunggu yang lain bersiap, kitorang bergambar pulak dekat buaian ni. Nak tolong hidupkan api pun bendanya dah settle dah. Semua daging dah habis bakar dah pun. Tinggal bawak perut untuk makan je.
Menu untuk malam BBQ adalah daging kambing yang diperap oleh Mira dan Firdaus. Ada ayam bakar dengan sosej jugak. Kak Siti prepare oden tomyam dengan rojak buah. Lebihan nasi masa makan tengahari bawa ke malam. Yang tak makan oden boleh makan nasi berlaukkan kambing atau ayam bakar.
Masa tengah tunggu semua berkumpul balik di kanopi makanan ni, I ambil gambar makanan tapi perasan ada banyak lalat. Lalat yang jenis langau tu. Dah lah banyak langau ni, cepat pulak tu bertelur dekat makanan. Bekas kitorang bawa tak boleh tutup elok sebab saiz bekas lagi kecil dari makanan. Sudahnya bermula lah sesi menampar lalat. Ada yang kitorang bakar balik.
Plan asalnya sambil BBQ sambil main Jutaria ataupun UNO tapi Izzah terlupa bawak. Pishanggg sebab aktiviti malam dekat sini sangatlah terhad. Nak tengok movie tapi projektor rosak, speaker pun dah habis bateri. Kalau ada aktiviti nak buat seronok lah sikit sebab line pun tak ada. Novel pun tak bawa sebab dah simpan harapan nak main game.
Lepas habis makan diorang kemas bilik chalet tu sebab nak adjust 9 orang dalam satu bilik. Memang tak dapat lah nyah nak sumbat semua orang dalam satu bilik yang sempit. Sudahnya yang lelaki tak kisahlah bujang atau berkahwin kena bermalam dekat Dorm A di Nahara Resort sebab tak nak geng budak lelaki kacau staff perempuan macam diorang buat waktu siang tu.
Dah lah dinding dekat dalam dorm tu nipis sangat, kalau tendang pun boleh roboh dah. Dekat bahagian atas penghadang tu tak tutup habis, ada lubang boleh diintai dari bilik sebelah, lagi lah bahaya nak tidur dekat situ. Nak call management Nahara Resort pun dah malam sangat untuk buat aduan pasal geng budak lelaki yang bermalam dekat situ.
Waktu malam terasa benar bosannya even tidur pun asyik terjaga sebab tak selesa. Terasa panjang betul malam tu dengan mimpi yang tak indah.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.