JJCM KEMBALI DENGAN MUSIM BAHARU, MISI MENCARI KARI KINI BERMULA! | Sertai Peraduan ‘Misi Menangi Kari’ & Rebut Hadiah Menarik Setiap Minggu!
Kuala Lumpur, 13 September 2025 – Program makanan ikonik kegemaran rakyat Malaysia, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kembali dengan nafas baharu bertemakan “Misi Mencari Kari”! Bermula 14 September 2025, setiap Ahad jam 11.30 pagi di TV3, hos Nadia Hasnan akan terus membawa penonton menjelajah destinasi kulinari unik dan penuh rasa di Malaysia, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai rancangan makanan nombor satu tanah air.
Bukan sekadar meneroka restoran atau mencuba hidangan popular, JJCM musim ini tampil dengan nafas baharu yang akan menelusuri resipi turun temurun, kisah di sebalik dapur, serta kepelbagaian rasa kari dari pelbagai negeri yang mencerminkan keunikan budaya Malaysia. Dari kari berempah pekat yang menggamit selera, kari Melayu tradisional penuh autentik, sehinggalah kari moden yang diinspirasikan cita rasa generasi baharu, semuanya bakal diketengahkan dalam musim baharu kali ini.
Lebih menarik, musim bertema ‘Misi Mencari Kari’ ini turut memberikan peluang eksklusif kepada penonton untuk menang hadiah mingguan menerusi peraduan ‘Misi Menangi Kari’ anjuran TV3 dengan kerjasama penaja BABA’S – Kari Penuh Rasa, Hadiah Penuh Gaya!
Cara sertai Peraduan ‘Misi Menangi Kari’:
- Tonton JJCM setiap Ahad, jam 11.30 pagi di TV3.
- Kira & kenal pasti jumlah produk BABA’S muncul di skrin.
- Namakan produk tersebut serta lengkapkan slogan secara kreatif yang tidak melebihi 20 patah perkataan.
- Hantar jawapan anda di ruangan komen pada hantaran peraduan mingguan di Facebook TV3 Malaysia.
Penyertaan dibuka setiap minggu bermula Ahad, jam 11.30 pagi sehingga Selasa, jam 12.00 tengah hari. Nantikan pengumuman seorang pemenang bertuah dengan jawapan paling tepat dan slogan paling kreatif yang akan diumumkan setiap Rabu, jam 8.00 malam, eksklusif di semua platform media sosial TV3 Malaysia.
Peraduan Misi Menangi Kari ini bukan sahaja menambah elemen interaktif untuk penonton JJCM, tetapi juga meraikan kreativiti peminat setia rancangan ini. Kami berharap gabungan kandungan makanan dengan cabaran mingguan ini akan memberi pengalaman tontonan yang lebih seronok dan berbaloi!
Jangan lepaskan peluang menyaksikan musim baharu Jalan-Jalan Cari Makan dan sertai Misi Menangi Kari. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.