Kumar Sanu Live In Malaysia | It's Embarassing T.T

Thursday, 4 September 2025


Lepas konsert Sonu Nigam bulan Jun lepas, I dah malas nak pergi konsert penyanyi luar negara sebab event organizer charge tiket mahal sangat. Ditambah dengan rules tak boleh bawa masuk air dan powerbank, I rasa macam membazir sangat spend duit. Belum kira kos logistik dan makan lagi bila pergi konsert. 

Masa Kak Liya ajak pergi konsert Kumar Sanu, I dari awal lagi cakap tak nak sebab organizer baru, for sure tak okay. Harga tiket pun mahal gila. Tapi last minute Fiza offer tiket dia sebab dia nak upgrade ke seat VIP. So I got half price lah for seat Diamond. Dari office gerak pergi KLCC Plenary Hall, solat Maghrib dekat sana lepastu jumpa my Bollywood gang dekat area luar hall sebelum masuk dalam. 


I duduk dengan Sabby dan Rina tapi sebab hujan lebat masa tu, Rina sampai lambat sikit. Walaupun seat Diamond tapi jauh ke belakang hall. I rasa better lagi beli Gold tapi depan but since tiket I ni tiket orang so redho je lah. 


Bila Rina sampai, banyak lagi seat yang kosong dekat depan. Kitorang plan macam nak pergi fill-in je mana yang kosong sebab jauh sangat dari stage. Event crew tu cakap boleh je buat macam tu sebab diorang ada call time. Tapi bila kitorang tanya bila boleh pergi, dia asyik delay padahal orang takde pun. 


Masa ni konsert dah start dah pun tapi biasalah bila organizer yang entah siapa-siapa ni mesti akan letak opening performance entah siapa-siapa jugak. Sama macam konsert Udit Narayan, satu jam pertama habis dengan performance entah siapa-siapa yang we don't even bother to listened lah sebab kita bayar tiket untuk Kumar Sanu bukannya orang lain. Kalau dua lagu je okay lah tapi ni sampai satu jam. 


Suddenly Kumar Sanu masuk dekat pintu depan seat depan kitorang. Excited lah dapat tengok jarak dekat tapi tak lah nampak sangat sebab gap dalam 8 langkah macam tu. Dah la pendek, senang sangat pandangan terhalang oleh orang lain T.T


Expectation I so so je lah sebab Kumar Sanu ni penyanyi lama so energy dia mungkin tak lah tinggi mana. Mungkin dia nyanyi lagu sikit je dari berpuluh ribu lagu yang dia pernah nyanyi. Tapi hmm tak sangka lah, sikit nau lagu dia nyanyi. Tak sampai 20 lagu pun dalam masa sejam 15 minit tu. Nasib baik dia nyanyi jugak lagu Chura Ke Dil Mera - Main Khiladi Tu Anari (1994). 


Bab live performance, suara Kumar Sanu memang sedap lah macam telan emas. Tapi bab pemilihan lagu, I rasa sedih sebab banyak lagu hits lama yang dia perform. Lama means 80-an, I layan lagu 90-an. Event organizer patutnya arrange lah ambil lagu dari zaman sekian sekian sebab masa yang diorang allocate tak banyak. 

Dah la tu, setiap kali habis perform, PA dia akan datang tolong bagi air. I was like, duhhh ambil lah air sendiri. Dah la PA dia berlegar-legar di atas stage, kacau pemandangan orang. Duduk lah belakang stage masa Kumar Sanu perform. Nak bagi air ke lap peluh ke, tunggu la masa ment. 



Masa break 5 minit baru guna smoke machine tapi bukannya untuk performance Kumar Sanu, untuk penyanyi selingan sementara tunggu Kumar Sanu tukar baju. Lupa ke nak guna masa dekat performance awal tadi lepastu beria guna sampai penuh atas stage tu. Apoooo


I tak faham kenapa Kumar Sanu nak tukar baju sebab tak ada kepentingan pun. Kalau baju tu dari penaja, kenapa Kumar Sanu tak tayang biar semua orang nampak dia pakai baju apa. Lepas tukar baju tu dia nyanyi 3 lagu je lepastu habis konsert. Tak ada encore, tak ada satu lagu akhir khas buat fans ke apa, tak ada meet and greet selit ke apa tak ada. Habis. Khalas. 

Ingatkan konsert Udit Narayan dah teruk rupanya ada yang lagi teruk. Kalau nampak event organizer ni bawa datang penyanyi Bollywood, elak-elakkanlah pergi. Tak pasti lah siapa in-charge bab setlist tapi tolong lah maklumkan dekat penyanyi tak payah lah beria nyanyi full song. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.