Kuala Lumpur, 29 September 2025 – Debaran semakin terasa! Seluruh negara kini menantikan detik bersejarah apabila pelakon kesayangan Malaysia, Anna Jobling, bakal berangkat ke Seoul, Korea Selatan untuk menghadiri Seoul International Drama Awards (SDA) 2025. Dengan pencalonan dalam kategori Outstanding Asian Star – Malaysia, Anna yang bakal ke Seoul pada 1 Oktober ini, bukan sahaja membawa harapan peribadi, malah semangat jutaan peminat yang sentiasa menyokong langkahnya.
Pencalonannya dalam kategori Outstanding Asian Star – Malaysia pula menjadi bukti nyata terhadap bakat Anna yang semakin bersinar. Pengiktirafan di pentas berprestij antarabangsa ini membuka lembaran baru dalam kerjayanya, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bintang muda paling berpengaruh di rantau ini.
Anna, yang mencipta fenomena melalui lakonannya dalam drama popular Melur Untuk Firdaus, tercalon melalui drama Hai Cinta, Dengarkanlah, sehingga berjaya mencuri perhatian bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau Asia. Populariti drama tersebut di platform penstriman Tonton melonjakkan lagi gelombang sokongan sehingga Anna berjaya mendahului carta undian. Setiap undi yang diberikan bagaikan denyut nadi penyokong yang mahu melihat Anna menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa.
“Saya benar-benar terharu dengan sokongan yang luar biasa daripada semua peminat. Pencalonan ini adalah hadiah terbesar buat saya dan saya amat bersyukur dapat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Saya harap semua akan terus mendoakan dan menyokong saya, kerana kemenangan ini bukan sahaja untuk saya tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia.” kata Anna Jobling.
Anna juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus mendoakan kejayaannya serta memastikan undian tidak terhenti sehingga malam kemuncak. Setiap undian dan doa amat bermakna dalam membawa pulang kemenangan buat negara.
Bagi meraikan pencapaian ini, Tonton menghadiahkan penonton dengan promosi eksklusif ‘Koleksi Pujaan Hati’, langganan Tonton dengan harga istimewa hanya RM20 untuk tiga bulan melalui kod diskaun eksklusif ‘ANNAJOBLING’ yang membolehkan anda menonton kesemua drama lakonan Anna. Kempen ini juga menjadi jambatan buat peminat untuk terus menyokong perjalanan Anna Jobling dari kaca skrin tempatan hingga ke pentas dunia.
Seoul International Drama Awards 2025 bakal berlangsung pada 2 Oktober 2025 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan. Majlis anugerah ini akan menyaksikan Anna berdiri sebaris dengan bintang-bintang besar Asia. Acara tersebut turut disiarkan secara langsung di YouTube pada 2 Oktober 2025 dan akan ditayangkan pada 3 Oktober 2025, jam 6 petang (waktu Korea), melalui siaran SBS TV.
- Acara Karpet Merah : 3.30pm (waktu Korea)
- Acara Kemuncak Anugerah : 5.00pm - 7.00pm (waktu Korea)
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.