Pengarah: Yandy Laurens
Penulis Skrip: Yandy Laurens
Pelakon: Sheila Dara Aisha, Dion Wiyoko, Goran Bogdan, Livio Badurina, Lara Nekic, Borko Nekic, Mathias Muchus, Maya Hasan, David Gojkovic
Syarikat Produksi: Cerita Films, Slingshot Pictures, Imajinari Productions, Miles Films, Studio Artemis, Jagartha, Trinity Entertainment, Dwidaya Amadeo Gemintang
Pengedar:
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 119 minit
Tarikh Tayangan: 10 Julai 2025
Trailer:
Setelah pulang dari Artik, Jonathan (Dion Wiyoko) bertemu dengan Sore (Sheila Dara Aisha) yang memperkenalkan dirinya sebagai isteri Jonathan dari masa hadapan. Jonathan yang terkejut dengan perkara tersebut memarahi ejennya, Karlo (Goran Bogdan) kerana bergurau melebihi batas.
Jonathan mengusir Sore keluar dari rumah tapi sepanjang hari Sore mengekori Jonathan sampaikan jejaka tersebut ditinggalkan teman wanitanya, Elsa (Lara Nekic). Lama-kelamaan Jonathan menerima Sore bila kesemua rahsia hidup Jonathan diketahui oleh Sore.
Pelik dengan kehadiran wanita tersebut Jonathan bertanyakan kenapa. Kata Sore, dia hadir untuk mengubah hidup Jonathan asalkan Jonathan janji untuk akur dengan kata-kata Sore. Kehidupan Jonathan berubah menjadi lebih baik tapi hanya sementara sahaja kerana Jonathan belum mampu tinggalkan rokok, arak atau hidup dengan rutin yang sihat.
Filem Sore: Istri Dari Masa Depan arahan dan penulisan Yandy Laurens merupakan adaptasi dari web series sebanyak 4 episod dengan judul yang sama. Filem yang tercalon dalam pemilihan Indonesia ke Oscar ini menceritakan tentang hidup, kematian dan peluang kedua yang diberikan kepada Sore untuk selamatkan Jonathan.
Menggunakan konsep time-loop, Sore datang dari masa hadapan untuk ubah cara hidup Jonathan iaitu 3 tahun sebelum pertemuan pertama mereka. Bila tengok kesungguhan Sore menghalang Jonathan merokok dan mabuk, boleh agak yang suaminya meninggal kerana gaya hidup tak sihat. Jonathan mula merokok sejak zaman sekolah, Waktu muda sering mabuk dan tidur yang tak tentu jadi tak hairan lah kalau dia jatuh sakit.
Masa pertama kali kita berjumpa Sore pun dah boleh tahu yang Sore dah banyak kali muncul dalam hidup Jonathan sebab dia dah hafal gerak langkah Jonathan, dialog apa yang akan dituturkan atau apa yang akan terjadi. Dari tagline filem Sore: Istri Dari Masa Depan pun dapat hint berapa banyak percubaan demi percubaan dilakukan oleh Sore untuk selamatkan Jonathan.
Penceritaan Sore: Istri Dari Masa Depan mempunyai tiga perspektif yang berbeza – Jonathan, Sore dan Waktu. Penceritaan Jonathan lebih kepada pengenalan sementara Sore banyak bermain dengan emosi – marah, penat, hampa, putus asa dan banyak lagi manakala Waktu mewujudkan rasa sedih, pasrah dan harapan.
Mana-mana filem yang menggunakan konsep time-loop akan ada waktunya kita akan jadi penat sebab tengok perkara yang sama berulang kali namun sutradara Yandy Laurens olah setiap pertemuan Sore dengan Jonathan mempunyai emosi tersendiri. Kalau rasa frust pun memang sebab file mini menuntut perasaan tu kerana ketegangan dan misteri yang disembunyikan oleh takdir dan waktu. Lakonan Sheila Dara dan Dion ternyata menjadi tunjang kuat filem Sore: Istri Dari Masa Depan. Not to mention their chemistry yang buatkan perbualan biasa jadi manis bersama pandangan sarat rasa cinta dan rindu.
Sinematografi dari Dimas Bagus Triatma Yoga menggunakan landskap indah alam semulajadi di Grožnjan, Croatia juga Artik. Close-up banyak digunakan untuk babak sentimental dalam Sore: Istri Dari Masa Depan namun perasaannya jelas dan mendalam terutamanya pada watak Sore. Diadunkan bersama musik latar yang sarat dengan lirik puitis terutamanya dalam lagu Terbuang Dalam Waktu - Barasuara buatkan beberapa moment antara Jonathan dan Sore terasa dekat di hati.
"Kamu tahu nggak kenapa senja itu menyenangkan? Karena kadang Ia merah merekah bahagia, kadang Ia hitam gelap berduka, tapi langit selalu menerima senja apa adanya" – Sore
Mesej yang dimasukkan bukanlah mesej yang luar biasa tapi pesanan yang sentiasa dititipkan oleh orang sekeliling supaya sentiasa menghargai dan berdamai dengan takdir. Sama juga dengan mana-mana filem berkonsepkan time-loop, yang manusia tak akan mampu mengubah takdir yang terjadi tapi pengalaman dan kenangan adalah hadiah berharga dari filem Sore: Istri dari Masa Depan.
Satu lagi buah tangan berkualiti dari Imajinari Pictures selepas filem Ngeri Ngeri Sedap (2022), Jatuh Cinta Seperti di Film-Film (2023) dan Cinta Tak Seindah Drama Korea (2024). Lepas menonton Sore: Istri Dari Masa Depan, I dah boleh faham kenapa ada yang sampai ulang tengok 17 kali, 20 kali bahkan 25 kali. Ada perasaan dan harapan yang mendamaikan jiwa. Recommended to watch.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.