Pengarah: Mohit Suri
Penulis Skrip: Sankalp Sadanah, Rohan Shankar
Pelakon: Ahaan Panday, Aneet Padda
Syarikat Produksi: Yash Raj Films
Pengedar: Yash Raj Films, Netflix
Genre: Romantik / Drama / Muzikal
Durasi Tayangan: 156 minit
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2025
Trailer:
6 bulan Vaani Batra (Aneet Padda) mengurung diri selepas Mahesh Iyer (Shaan Groverr) batalkan perkahwinan mereka dan terbang ke San Francisco untuk mulakan kehidupan baru bersama kekasih baru, anak kepada taikun bisnes dalam industri muzik. Setelah dipujuk oleh keluarga baru lah Vaani berani keluar dari rumah dan mencari kerja baru sebagai penulis di sebuah majalah.
Di sana dia berjumpa dengan vokalis sebuah band indie bernama Krish Kapoor (Ahaan Panday) yang berang dengan ulasan dari editor. Terkejut dengan kelakuan Krish, Vaani cuma mampu melihat kekecohan yang berlaku. Kali kedua mereka bertemu di sebuah festival musik di mana Vaani perlu dapatkan temubual eksklusif bersama rapper terkenal, Prince (Shaad Randhawa).
Krish yang kasihan dengan Vaani cuba berunding dengan pengurus Prince supaya Krish, Vaani dan Prince dapat win-win situation. Prince perlukan sebuah lagu hit yang sarat dengan lirik bermakna untuk projek terbarunya. Krish pula perlukan kolaborasi bersama bintang terkenal supaya band dia, Josh dikenali ramai. Vaani pula perlukan temubual bersama Prince supaya dia dapat status permanent di syarikat majalah tersebut.
Walaupun Krish nampak kasar, baran dan sukar dikawal tapi dengan mudahnya Vaani dan Krish bekerjasama untuk hasilkan lagu tersebut. Vaani mendapat ilham dan motivasi dari Krish sementara Krish mendapat ilham dari penulisan yang dihasilkan Vaani. Prince bagi mereka berdua masa selama seminggu dan mereka berdua akan dibayar dengan jumlah wang yang lumayan. Berjaya tak mereka berdua hasilkan lagu yang diingini Prince, kena layan sendiri lah dekat Netflix.
Filem cinta arahan terbaru Mohit Suri menampilkan dua pelakon Bollywood yang baru dan muda untuk membawakan kisah cinta yang sarat dengan emosi. Walaupun Ahaan Panday dikenali ramai bila dia sering muncul di akaun media sosial kakak sepupu dia, Ananya Panday tapi tak ramai yang tahu bakat lakonan Ahaan.
Uniknya, filem Saiyaara tidak dipromosikan oleh YRF sebelum ditayangkan kepada umum. Tak ada temu bual eksklusif bersama Ahaan atau Aneet, tak ada shoutout atau sebarang highlight diberikan. Semua orang tak jangka yang filem Saiyaara akan meletup dekat box office.
Sama macam filem-filem cinta Mohit Suri yang lain, Saiyaara mempunyai music album yang ampuh dan meninggalkan impak mendalam hasil gubahan Mithoon, Tanishk Bagchi, Sachet-Parampara dan lain-lain. Sejak title track Saiyaara keluar dan berada di tempat pertama carta, makin ramai tak sabar nak layan Saiyaara. Tak ada lagu yang tak best, semua ada bait lirik dan melodi yang mengasyikkan untuk naskhah romantis.
Bila layan full movie, dah boleh faham kenapa ramai yang layan Saiyaara banyak kali dekat pawagam. Jalan cerita Saiyaara ringkas tapi emosi yang dimasukkan tu mendalam. Kenapa Vaani anggap Krish sebagai bintang yang sentiasa mengembara dan jadi bintang paling terang dalam hidup dia adalah disebabkan passion dan bakat Krish.
Masa Krish gubah lagu guna lirik dia, Vaani dah jumpa semangat dia yang hilang because clearly Mahesh tak anggap bakat penulisan dia istimewa. Kalau I jadi Vaani pun kagum tengok Krish boleh gubah curhat biasa jadi sebuah lagu yang luar biasa dalam masa yang sangat singkat. Semua orang yang dengar boleh enjoy lagu gubahan Krish dan Krish tak pernah lupa kenalkan Vaani sebagai penulis lirik depan semua orang. That is like the most selfless thing to do berbeza sangat dengan Mahesh yang egois dan bongkak.
Most of the time watak Vaani akan pandang Krish tapi saat-saat tu lah dia mengenali Krish dan jatuh cinta. Watak Vaani banyak convey emotion dari pandangan mata sebab dia tak banyak bercakap, tambah pula dia baru nak keluar dari depression cocoon dia. For me, Aneet performed it very well and convincingly since I can relate and connect with Vaani.
Selain bintang, Saiyaara juga bermaksud kekasih atau cinta jadi sifat tu ada lah pada Krish yang sanggup berjuang dan korbankan banyak hal demi untuk selamatkan Vaani. Chemistry Aneet dengan Ahaan menghidupkan kisah cinta ala 90-an walaupun penulisan Sankalp Sadanah banyak lompongnya.
Walaupun I tak suka dengan perangai Krish yang sukar dijangka emosinya atau perangainya sampai membahayakan karier Josh dan KV (Alam Khan) tapi Krish dan Vaani berhubung melalui melodi dan lagu. Hati mana tak cair kalau ada yang pertahankan cinta di saat susah dan senang. Saiyaara menggunakan format cinta lama di Bollywood campur dengan bad boy filmy type jadi senang lah mencairkan hati para penonton wanita. Di saat wanita dah mula tak percayakan cinta dan perlukan protector, watak Krish tampil berikan fantasi cinta tu.
Sinematografi Vikas Sivaraman kukuhkan lagi naskhah romantik drama Saiyaara dengan latar tempat yang indah dan memukau. Kalau tak silap rumah Krish dengan Vaani tinggal di Alibaug tu rumah yang sama dalam filem Malang - Unleash The Madness (2020) tempat Advait dengan Sara curi-curi masuk dekat Goa. Bila tengok Saiyaara ni teringat-ingat filem Malang dengan Aashiqui 2 (2012) sebab ada vibe dan signature yang sama.
Selain kisah cinta Krish dan Vaani, YRF selitkan sindiran pada scenario industri musik yang semakin lama semakin hilang jiwa. Macam babak Prince tanya dekat mana nak masukkan rap dalam lagu Humsafar padahal lagu tu dah sempurna tanpa perlunya rap dan remix. Bab Prince mengaku lagu Humsafar adalah ilham dia sendiri tu bukan perkara yang baru pun dalam mana-mana industri muzik. Sindiran juga diberikan pada editor atau produser yang mengejar rating dan beri kepentingan pada populariti selebriti melebihi bakat dan karya melalui babak Krish mengamuk di Buzzlist.
Filem Saiyaara mungkin tak lah dikarang dengan baik kerana logik yang tidak menentu, sama seperti angin Krish, tapi ada repeat value yang mungkin disarankan oleh Netflix sesuai dengan template streaming platform. Kalau suka dengan kisah cinta zaman 90-an, Saiyaara is a must watch film.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.