Pengarah: Zahiril Adzim, Adrian Teh
Penulis Skrip: Zahiril Adzim, Adrian Teh, Aloy Paradoks, Rayza Mukmin, Taqim Zaki
Pelakon: Fad Bocey, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Michael Ang, Anas Ridzuan, Nelissa Nizam, Theeban G, Dafi, Tony Eusoff, Fabian Loo, Safwan Nazri, Namron, Henley Hii, Han Zalini, Thian Siew Kim
Syarikat Produksi: ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw
Pengedar: GSC Movies
Genre: Komedi
Durasi Tayangan: 120 minit
Tarikh Tayangan: 12 Jun 2025
Trailer:
Sekumpulan pelakon tambahan – Iedil (Fad Bocey), Nafiez (Zahiril Adzim), Azza (Shiqin Kamal), Fad (Nafiez Zaidi) dan Emma (Elvina Chua) menyertai penggambaran filem aksi di sebuah pulau. Filem tersebut diarahkan oleh Pengarah Fabian (Michael Ang) kemudian dibantu oleh Tony (Anas Ridzuan) bersama krew filem yang lain.
Layanan yang diberikan oleh pelakon utama dan pelakon tambahan tersangatlah ketara. Nak pula pelakon utama yang membintangi filem tersebut adalah pelakon-pelakon terkenal filem tempatan. Kalau pelakon tambahan makan mi segera, Dato’ Amerul (Iedil Dzuhrie Alaudin) dan Elvina (Emma Maembong) diberi makan lamb chop dengan buah-buahan segar.
Sementara pelakon tambahan bergelut untuk dapat screentime dalam filem tersebut, mereka diintai oleh sekumpulan penjenayah yang beroperasi secara haram di pulau tersebut. Tanpa sengaja, Bro Safwan atau Tok Batin (Amerul Affendi) ditawarkan untuk berlakon sebagai ketua antagonis kerana pelakon asal cedera dikungfu oleh Azza semasa dia melatah gara-gara terkejut dengan letupan bom yang diselia oleh Theeban (Fabian Loo) dan Bob (Safwan Nazri).
Filem arahan dan penulisan pertama Zahiril Adzim menggunakan genre komedi yang berkisar tentang dunia pelakon tambahan dalam industri perfileman negara. Selain Zahiril, Adrian Teh juga bertindak sebagai pengarah dan penulis bersama untuk Martabat: Misi Berdarah di samping 3 lagi penulis lain - Aloy Paradoks, Rayza Mukmin, Taqim Zaki.
Sama macam Hairul Azreen yang menjadi pengarah untuk filem Ada Hantu (2021) dan Ada Hantu 2 (2022), Zahiril juga berlakon sebagai watak utama di dalam naskhah sulungnya. Filem Martabat: Misi Berdarah dijadikan spoof atau parodi kepada Malbatt: Misi Bakara (2023), sama templatnya dengan filem Pasal Kau (2020) yang lahir selepas kejayaan filem Paskal (2018).
Pelakon yang membintangi Martabat: Misi Berdarah tak lari jauh dengan barisan pelakon yang pernah membintangi filem-filem di bawah produksi ACT 2 Pictures macam Theeban G, Henly Hii, Fabian Loo dan ramai lagi. Uniknya, nama semua watak di dalam filem ni adalah nama sebenar pelakon-pelakon yang terlibat tapi bertukar antara satu sama lain. Mungkin untuk hadirkan komedi dalam kekeliruan tu tapi bila dah ramai sangat pelakon yang masuk dalam satu babak, dia jadi pening.
Sembang pasal genre komedi yang digunakan sebagai genre utama, tak semua elemen komedi yang dimasukkan menjadi. Mungkin sebab I tak faham reference yang digunakan memandangkan dalam dialog ada sebut semua filem arahan Adrian Teh. Mungkin juga sebab pengarah masukkan pelakon yang tak pandai berlakon macam Dafi. Tapi tak boleh nak salahkan lakonan pelakon juga sebab kelemahan utama tetap pada skrip dan dialog filem.
Selain komedi yang ada reference, komedi yang berulang pun jadi resipi tambahan dalam penulisan skrip. Bosan tengok Tony asyik ulang dialog Pengarah Fabian ataupun babak Bos Safwan berapa kali tembak tak kena. Dekat awal filem okay lah not bad alur ceritanya tapi bila ke tengah dah mula mendatar kemudian naik balik bila Soffi Jikan buat kemunculan istimewa dengan dialog beritma dia. Berdekah teruk tengok pelakon senior masuk set.
Idea untuk menyindir layanan pihak produksi terhadap pelakon tambahan bukan sesuatu yang baru sebab Bikin Filem (2020) atau naskhah lain menggunakan tema yang sama. Bezanya, Bikin Filem lebih seronok dan menghiburkan dengan skrip yang lebih kelakar juga bersahaja. Baik Bikin Filem atau Martabat: Misi Berdarah, isu yang dihadapi oleh pembikin filem masih juga sama.
Kedua-dua filem pun tak offer any solutions sebab masalah yang mungkin tak ada kesudahan so mungkin 5 tahun lagi akan muncul sebuah naskhah dengan idea yang sama juga. I don't point out this as weakness tapi kasihan lah dengan nasib krew yang terlibat tapi itu lah, setiap industri pun ada masalah dan cabaran dia kan?
Sinematografi dari Danny Voon dan musik dari Jackey Yow membantu penceritaan bergerak dengan baik. Tak pasti dekat mana lokasi penggambaran Martabat: Misi Berdarah tapi landskap alam semulajadi bagi suntikan visual yang menarik dalam semua babak. Overal, an okayish experience. One-time watch.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.