Movie Review | Ada Hantu 2 (2022)

Sunday 15 January 2023


Pengarah : Hairul Azreen
Penulis Skrip : Adrian The, Amar Amir 
Pelakon : Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Sophia Albarakbah, Fify Azmi, Theebaan G, Henley Hii, Rubini Rubi, Nelissa Nizam, Harith Iskander, Dafi 
Syarikat Produksi : ACT 2 Pictures
Pengedar :  GSC Movies, Disney+ Hotstar
Genre : Seram / Komedi 
Durasi Tayangan :103 minit
Tarikh Tayangan : 15 September 2022
Trailer :


Sekuel kepada kisah prank terhadap Aliff (Zahiril Adzim) dalam Ada Hantu (2021) membawa mereka berlima kembali ke rumah pusaka nenek Bariah (Shiqin Kamal). Kali ni misi mereka ingin mencari bilik rahsia gara-gara mimpi seram yang dialami oleh Ba ditemani oleh 3 orang jurukamera professional. Ba pelik kenapa sebelum ni mereka tak nampak pun bilik tersebut sedangkan semua tempat sudah digeledah. 

Peluang cerah kepada Aliff sebenarnya untuk raih tontonan tinggi selepas live Ada Hantu mencanak tinggi. Bukan dia tak cuba buat video lain selain video seram namun sambutan hambar hingga mengancam kewangannya. Sebab tu lah dia beria ajak Bariah, Talha (Hairul Azreen), Jimmy (Nafiez Zaidi) dan Shasha (Elvina Chua) buat live di rumah tersebut. Mana tahu rezeki mereka dapat rakam hantu perempuan berkimono. 


Sebaik saja masuk ke dalam rumah tersebut, mereka berlima terkejut dengan kehadiran Hana (Rubina Rubi) yang juga membuat content seram yang sama di Youtube. Aliff halau Hana keluar kerana mengganggu peluang dia. Memang tak lah nak share content yang sama. Habislah view dia nanti. Yang lain rasa kesian dengan Hana sebab kasar sangat cara Aliff tu. 

Masuk ke ruang dapur, mereka ternampak ukiran jampi beserta lilin dan patung voodoo di bahagian tengah. Perkakas dapur juga berada di bahagian sinki. Talha dan Jimmy syak Hana yang bawa semua peralatan ni. Perangai Hana juga pelik bila dia renung tajam kemudian senyum ngeri. Ada masanya Hana berjalan seorang di luar rumah. Tak lama kemudian satu demi satu kejadian pelik berlaku hingga membahayakan nyawa mereka berlima. 


Sebelum ni filem Ada Hantu (2021) dikutuk hanya kerana poster yang dianggap sampah oleh beberapa pihak maka untuk sekuel, team production come up dengan poster yang lebih cantik visualnya. Sayangnya masih tak ada promosi meluas. Tahu tahu je dah nak keluar panggung. 

Rasanya Hairul Azreen dah tak payah buat video TikTok jatuh tangga sebab takut tak ada yang pergi tengok filem dia sebab Disney+ Hotstar dah jadi pembeli setia untuk kedua-dua naskhah. Mungkin yang ketiga nanti pun Disney+ dah book awal. Kenapa I cakap installment ketiga sebab ending membuka peluang untuk kita tengok perjalanan 5 sekawan ni berjumpa dengan Jeneral dan juga isterinya. 


Sama seperti naskhah sebelumnya, sekuel juga mempunyai plot twist yang menarik dan kelakar. Semuanya tak dijangka langsung sebab pengarah sorok sampai tiba masa untuk diceritakan. Penat gelak tengok bila Team dengan Team B huru-hara dalam memastikan plan mereka berjalan dengan lancar. Masa Peter (Henry Hii) dengan Suresh berlakon balik situasi dalam Ada Hantu dulu pun berdekah beria. 

Fify Azmi menyerlah sangat dalam avatar Anita yang menguruskan segala hal termasuklah sesi berkasih sayang dengan boyfriend dia. Tak pernah lagi tengok sisi sweet Fify ni sebab dia banyak berlakon sebagai watak tomboy yang lasak berlawan. Selain Fify, Rubina juga mencuri tumpuan dengan karakter yang pemalu dan naif. Masa dia merungut payment sikit tapi banyak kerja nak buat tu kelakar dan comel. Please berlakon banyak lagi sebab tak puas tengok!


Dari segi kualiti filem, selain dari naskhah yang santai dan menghiburkan, Ada Hantu 2 juga menjaga sinematografinya walaupun hanya bermain di kawasan yang sama. Selesa tengok filem ni sebab babak yang seram tak terganggu dengan ruang yang gelap. Kalau I jadi penonton Youtube pun puas hati nak follow jejak mereka berlima sebab seronok. 

Bab Aahhheee tu macam merepek sebab susah kot nak dengar bila guna vokal I di hujung. Nevertheless, recommended to watch this film! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 =  8.6/10

8 comments

  1. Hahahaha.. best sangat, kita tengok sampai tiga kali kot, tak jemu. Ada Hantu yg dulu pun berkali-kali tengok.

    ReplyDelete
  2. ooo baru tahu kewujudan movie ni..terbaru ni ada movie nama Pulau pulak, nampak trailer kat IG GSC..belum apa2 da kena kecam weii...FJ da tengok tak trailer dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sebab tak promote sangat padahal movie best. dah tengok haritu, trailer dia ada unnecessary scenes. takut yang kecam tu yang ramai pergi sebab nak tengok magic trick haha

      Delete
  3. This is my first time visit to your blog and I am very interested in the articles that you serve. Provide enough knowledge for me. Thank you for sharing useful and don't forget, keep sharing useful info: download youtube video

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak tengok sekuel dia nie..

    ReplyDelete
  5. ala...macam best la pula, kena masuk diseney hotstar pulak la nampaknya

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.