Makan-Makan Sempena Hujung Tahun 2022

Friday 13 January 2023

 

Bersempena penghujung tahun, managing partner ajak buat Hi-Tea session untuk Petaling Jaya branch sebab saja nak buat. Sambil makan sambil bincang pasal work progress dan recap achievements cawangan ni. 

I tak pernah makan dekat Chili's jadi tak ada apa-apa expectation langsung. Tak makan sebab Kak Nora kata tak sedap tapi dia jugak yang suggest tempat ni untuk jadi port hi-tea T.T

Ikutkan hati nak buat dekat Union Roastery tapi ramai sangat orang masa tu walaupun baru jam 4.30 petang. Ada meja panjang tapi macam tak selesa pula untuk large group menyembang. So kitorang proceed dengan Chili's je. Awal lagi En. Hisham dah pesan, order je apa nak order tapi tu lah, mana pernah makan sini jadi tak tahu apa nak order. Terkebil-kebil I tengok menu untuk jamu 14 orang makan. 


Sudahnya En. Hisham jugak yang orderkan sebab memasing macam blur. Dia order Bottomless Tostada Chips & Salsa, Chicken Drummets dan Onion Rings untuk appetizers, Crispy Chicken Tacos, Lamb Fajitas, Beef Fajitas pula untuk main menu. I tambah Skillet Toffee Fudge Brownie sebab dah lama tak makan brownies dengan aiskrim vanilla. For drinks order ikut tekak masing-masing. 


I order Long Island Mango Tea sebab tergoda dengan gambar dalam menu tapi tak lah sama sangat. Rugi jugak lah order air ni sebab dekat Chili's ada refillable drinks. Liyana dengan Ayuni ambil lemonade so diorang boleh repeat minta refill banyak kali sampai habis makan. Tapi kalau jenis minum air tak banyak, memang tak berbaloi pun order refillable drinks sebab setiap minuman dalam tu dah digandakan tiga kali harganya dari restoran biasa. Macam air Milo RM9, dekat luar RM3 segelas. 




Sebab seronok sangat menyembang masa tu, I lupa nak ambil gambar makanan especially Fajitas tu. Super recommend Beef Fajitas sebab juicy walaupun sizzling pan tu berasap masa sampai. Nak dibandingkan dengan Lamb Fajitas, daging kambing dia kering sangat. Bila makan rasa tak syok lah sebab makan kosong je. Kalau makan dengan tortilla mungkin tak terasa sangat lah sebab rasa roti dengan sos dah cover rasa kering daging kambing tu. 

Bottomless Tostada Chips & Salsa ni sebab banyak sangat dia letak, tak mampu pun nak habiskan ataupun minta refill. Sudahnya tapau je. Kuah salsa dia sedap, tak lah masam tomato sangat.  


Sambil makan tu, sambil dengar managing partner bercerita pasal work progress, lepastu setiap seorang kena bercakap atau bagi ucapan. Terkejut jugak semua chambee cakap terima kasih masa tu sebab I dah cecah status senior lah ek padahal baru 3 tahun lebih dekat Ram Reza & Muhammad. Kalau ikutkan junior lagi tapi sebab dah ramai yang resign, muka I dengan Ain je lah jadi akak admin senior. 





Ni dah tahu makanan Chili's macam mana, lepas ni boleh lah datang buat Hi-Tea session lagi sebab tempat dia luas dan selesa. Service pun tip top. Nak try jugak makan Sante Fe Quesadillas dengan burgers dia walaupun ada yang kata tak sedap tapi kalau pakai duit company, kita tak rugi ye. 


Anyway, happy new year everyone!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.