Movie Review | Mili (2022)

Tuesday 3 January 2023


Director : Mathukutty Xavier 
Writer :  Alfred Kurian Joseph, Noble Babu Thomas, Mathukutty Xavier,Riteish Shah 
Cast : Janhvi Kapoor, Sunny Kaushal, Manoj Pahwa  
Production Companies :  Bayview Projects, Zee Studios
Distributors : Zee Studios, Netflix  
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 127 minutes
Release Date : 4 November 2022 
Trailer :


Official remake dari filem Malayalam, Helen (2019), arahan Mathukutty Xavier mengisahkan tentang Mili Naudiyal (Janhvi Kapoor) yang bekerja di Doon’s Kitchen separuh masa dan bergilir dengan kelas TESL sebelum bekerja di Canada sebagai jururawat. Mili tinggal bersama ayahnya (Manoj Pahwa) dan sentiasa menjaga kesihatan orang tua tersebut untuk elakkan tekanan darah tinggi. 

Mili bercinta dengan Sameer Kumar (Sunny Kaushal) yang menganggur dan mencari kerja di pejabat kerajaan. Disebabkan status Sameer, Mili rahsiakan hubungannya dan tukar nama Sameer kepada Sameera supaya rahsianya selamat. 


Setiap hari Mili pergi ke kelas TESL pada waktu pagi selepas prepare ubat dan makanan untuk ayahnya kemudian masuk syif sehingga jam 12 malam. Habis kerja Mili akan pergi ke kuil sebelum pulang ke rumah. 

Tapi rutin harian tersebut berubah apabila Mili terpaksa tolong kawan sekerja masukkan bahan mentah ke dalam freezer di ruang belakang restoran sedangkan dia sudah punch out. Manager (Vikram Kochhar) yang tak perasan Mili masih di dalam freezer, kunci freezer tersebut dan pulang ke rumah seperti biasa. Handphone Mili pula tertinggal di luar freezer bila dia perlukan kedua-dua tangannya untuk mengangkat kotak besar. 


Review ni memang akan sembang sepenuhnya tentang filem Mili tanpa bandingkan yang mana bagus atau tidak sebab I tak pernah tengok lagi filem Helen. Memandangkan naskhah survival thriller ni dibikin oleh pengarah yang sama, jadi tak ada masalah pun tengok yang mana satu kerana ideanya masih lagi mengikut kerativiti orang yang sama. 

Penceritaan Mili bermula dengan kisah hidup dia yang menjalani rutin biasa orang kebiasaan di tengah kota. Tak susah pun untuk Janhvi lakonkan watak orang kebanyakan atau middle class people sebab Mili adalah naskhah keempat dengan watak dari golongan tersebut selepas filem Gunjan Saxena (2020), Ghost Stories (2020, Roohi (2021) dan terbaru, Good Luck Jerry (2022). 


Menariknya dalam filem Mili, Janhvi digandingkan bersama Sunny Kaushal buat pertama kali. Menyerlah betul chemistry mereka berdua sebagai pasangan muda yang hangat bercinta. Walaupun tak dapat tengok banyak babak mereka bersama tapi bila muncul, memang sweet sangat. Masa Mili dengan Sameer bergurau di kuil tu nampak comel. 

Masuk part Mili terperangkap dalam freezer tu memang ada banyak momen yang buatkan rasa sebak sebab tak boleh bayang perasaan duduk dalam ruang yang sejuk sehingga mencecah -17 darjah celcius. Nak pula cuaca negara India lebih kurang sama macam kita jadi dia tak biasa dengan perubahan cuaca yang mendadak dengan pakaian yang nipis juga tanpa lengan. 


Bukan saja Mili yang perlukan haba malah si tikus yang jadi punca manager mengamuk akibat rugi juga perlu bertarung untuk hidup. Awwwdorable moment bila tengok Mili peluk si tikus, sekurangnya dia tak berseorangan. Masa Mili tarik lengan dia yang melekat dekat lantai beku tu rasa perit sangat. Make up effects hidupkan lagi screenplay dalam freezer tu. Seram!

“I remember it (film) taking a genuine toll on my mental health because I would come back home after wrapping up shoot and I would go to sleep and dream that I was still in the freezer. I fell ill and I was on severe painkillers for two-three days and even the director was unwell.” – Janhvi Kapoor

Music score dari A.R. Rahman tak ada celanya dengan menampilkan lagu yang sesuai dengan situasi terutamanya lagu Jeena Hoga. Selagi ada kudrat, selagi tu lah berusaha sehingga ke hujung nyawa macam Mili yang sampai ke hujung ada saja ikhtiar dia sementara tunggu bantuan sampai walaupun entah bila. 



Sementara Mili bertarung di dalam freezer, ayahnya dan Sameer juga bertarung di luar untuk menjejak Mili. Tak ada masalah dengan babak Mili di dalam tapi timbul persoalan untuk yang berada di luar. Masa ayah dia pergi ke Pacific Mall kenapa tak check betul-betul ataupun tanya guard yang jaga kawasan? Lakonan Manoj Pahwa agak lemah sebagai ayah yang risaukan si anak, Sameer yang muncul sekejap pun lagi function dari dia. 

Part dia merajuk dengan Mili tu pun macam mengada sebab anak dia bercinta je pun, dia punya dosa tu elok je Mili maafkan sambil tergelak dengan permintaan merepek dia. I labelkan dosa sebab tabiat buruk dia punca isteri dia meninggal sampai Mili perlu berkorban banyak benda untuk pastikan si ayah sihat. 


Dekat hujung cerita ada babak cameo dari Jaggu Dada tapi Mathukutty Xavier tak pandai olah sampai rosak babak tu. Kalau dia buat badan bagi refleks dengan situasi helpless constable polis tu mungkin lebih logik. Masa Mili cuba buka panel dinding tu pun macam tiba-tiba. Kalau penulis buat Mili teringat pasal panel tu ataupun terdengar perbualan manager, mungkin lebih menarik sebab kita sama-sama berdoa untuk dia. You know that moment when we watched this type of genre? 

Walaupun ada kekurangan tapi Mili masih lagi menarik untuk ditonton dan lakonan Janhvi semakin bagus juga salah satu kekuatan utama naskhah Mili. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

1 comment

  1. dah add to my list dah, tapi mcm biasa la, tak tgk2 lagi.. he he he

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.