Breakfast di Meat Cartel, Seksyen U5

Thursday 12 January 2023


Bila dah bosan breakfast dekat tempat sama, mula la rasa nak mencuba dekat tempat lain. Kali ni breakfast di Meat Cartel pulak sebab tak pernah try lagi restoran berwarna merah yang menghidangkan makanan BBQ. 

Menu BBQ dan grill tu menu utama dan dibuka dari petang hingga malam, lepas pandemik ni dia buka untuk breakfast pula. 


Menu breakfast dia tak banyak sangat mungkin sebab baru nak test market macam mana. Masa tu ingatkan ada menu nasi lemak dengan daging grill. Mana la tahu boleh makan nasi lemak dengan steak ke tapi takde pun sebab nasi lemak dia ada pilihan untuk biasa, ayam goreng ataupun telur mata sahaja. Jadi both of us ambil nasi lemak telur mata dan nasi lemak dengan ayam goreng je. 


Meat Cartel bahagikan tempat tebar roti canai dan nasi lemak satu kaunter, untuk minuman dekat dalam dan untuk roti bakar dekat kaunter lainnya. Ada juga laksam, nasi kerabu dan nasi dagang tapi yang ni rasanya peniaga lain tumpang letak sekali dekat sini biar nampak meriah. 


Bila order sampai a bit kecewa sebab ayam dia bukan ayam goreng crispy ataupun ayam goreng biasa tapi ayam berempah dan hitam. Tak suka ayam berempah goreng garing macamni. Kecewa lah tapi sebab sambal dia sedap, tak manis sangat, tak pedas menyengat sangat, okay je lah nak makan. Teh ais dia pun pekat, kena dengan tekak. 



Makanan dia just nice lah portion  dengan harga tu, affordable untuk sarapan pagi. Harga standard orang bandar tapi sekarang harga barang dah naik, tak pasti lah harga menu naik jugak ataupun portion berkurang sebab kitorang pergi makan pun tahun lepas. Baru sekarang nak buat entry sebab entah kenapa terlupa nak update. 


Best makan dekat Meat Cartel ni sebab open space, kawasan sini pula tak sibuk jadi tak lah bising sangat. Nak bayar pun senang sebab ada pilihan untuk bayar guna QR. Next time datang nak try roti bakar dengan latte pulak. 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.