MA, I LOVE YOU BERJAYA RAIH KUTIPAN RM1.2 JUTA DALAM TEMPOH 3 HARI

Wednesday 25 January 2023

MA, I LOVE YOU BERJAYA RAIH KUTIPAN RM1.2 JUTA DALAM TEMPOH 3 HARI | Ma, I Love You buat penonton menitiskan air mata di pawagam

Sutradara tersohor, Chiu Keng Guan yang terkenal dengan kemampuannya menghasilkan naskhah menyentuh perasaan serta pecah panggung seperti The Journey, Olabola, dan kini mengulangi menerusi filem terbarunya Ma, I Love You telah berjaya meraih kutipan RM1.2juta hanya dalam tempoh 3 hari tayangan. Ma, I Love You terbitan Astro Shaw dan Multimedia Entertainment selaku penerbit bersama telah ditayangkan di pawagam mulai 22 Januari lalu.

Pengarah Ma, I Love You, Chiu Keng Guan berkata, “Saya bersyukur filem ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton. Niat saya menghasilkan filem ini bukan sahaja memberi hiburan semata-mata, tetapi turut memberi pengajaran serta mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kepada penonton tercapai. Saya merasa sangat terharu apabila melihat reaksi penonton selepas menonton filem ini, ada yang berpelukan sesama keluarga dan ada yang memberitahu saya, mereka mula tersedar kasih saying itu perlu diluahkan atau ditunjukkan supaya menampakkan ia lebih menghargai. Saya berharap kepada sesiapa yang belum sempat menonton filem ini dapat meluangkan masa menonton filem ini bersama keluarga. Saya percaya momen bersama menonton dengan yang tersayang akan menjadi satu kenangan yang sangat manis buat anda sekeluarga “

Sejak ditayangkan di pawagam, rata-rata penonton berkongsi komen positif di media sosial. Bukan itu sahaja malah film ini turut dilihat berjaya menjentik emosi penonton. Antara komen penonton adalah seperti berikut:

1) MAMA, I LOVE YOU! Is a good story well told. And in Chiu Keng Guan’s unique style with a subtext of how we can all learn from each other & experience life through our mistakes without pointing fingers at anyone. Great start to the new year! - Hassan Muthalib

2) I highly recommend Ma I Love you for the holidays in the cinema. Good and watchable movie. Suitable for family outing. - @ahmadyazid

3) Still cannot move on with movie Ma, I Love You. It's not our mom who can't live without us, but it's us who can't live without our mom. - @ehsankam

4) I break the queue. Filem Ma, I Love You ni memang sebuah filem yang cukup rencah sebagai filem Malaysia yang berpijak di bumi nyata. Siyes. Sangat brilliant. – Fariszuan Azhar

5) “Ma, I Love You”《真爱好妈》is an emotionally resonant film about a mother and her daughter. Fantastic film to celebrate the Chinese New Year with! Highly recommended! - Jack Chan Wah Loong

Filem bertemakan kekeluargaan ini mengisahkan Bee Ling, seorang ibu tunggal dan anak perempuannya, Qi Qi. Bagi Bee Ling, kehidupannya sangat bahagia. Qi Qi adalah segala-gala buatnya sehinggalah Bee Ling mengetahui rancangan rahsia Qi Qi untuk menyambung pengajian di Perancis. Bee Ling terasa dikhianati oleh anaknya sendiri dan nekad untuk menghalang hasrat Qi Qi. Apakah yang akan dilakukan oleh Bee Ling dan berjayakah Qi Qi meneruskan impiannya? Saksikan ‘Ma I Love You’ yang kini ditayang di pawagam seluruh Malaysia.

‘Ma, I Love You’ dibintangi oleh Ong Ai Leng, Siow Li Xuan, Loh Lai Kan, Felina Cheah dan Phei Yong. Lebih menarik lagi, penampilan istimewa daripada selebriti popular Malaysia seperti Hwang Yifei, Siow Hui Mei , Michie Lam, Klay Heng, OkokokMou, Ho YuHang dan Lalala Endy.

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.