FILEM COAST GUARD ANGKAT PERJUANGAN MARITIM MENERUSI ‘OPS HELANG’

Wednesday 25 January 2023

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, DATUK SERI DR SHAMSUL BIN NASARAH, hadir bagi meraikan majlis Malam Gala Tayangan Perdana FILEM AKSI COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air. 

Filem yang mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara. 

Filem yang diterbitkan oleh FLYING DEALS SDN. BHD dan ARIE ZAHARI PRODUCTION serta penerbit bersekutu dan edaran METROWEALTH INTERNATIONAL GROUP (MIG) telah menzahirkan setinggi ucapan terima kasih kerana amat menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) serta pihak FINAS yang telah memberi sokongan DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) dan DANA KANDUNGAN MARKETING kepada filem ini demi memastikan filem Coast Guard Malaysia dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

Coast Guard telah mempertaruhkan SAHARUL RIDZWAN, ADLIN AMAN RAMLIE, JULIA FARHANA serta pelakon lagenda Malaysia, SABRI YUNUS sebagai barisan utama. Selain itu, HAZAMA, AZIZ M. OSMAN, JAJA ILLIYES, AKMAL AHMAD, KODI RASHEED, AMAN NASIM, HAFIZ RAFIAH dan JOE AZIZ turut sama membarisi filem ini.


Filem aksi hebat ini merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu ALLAHYARHAM PITT HANIF yang turut terlibat dalam penghasilan filem Lelaki Harapan Dunia dan One Two Jaga sebagai pembantu pengarah. Anak kepada seniwati negara Fauziah Nawi ini juga telah merangkul Anugerah Cerita Asal Terbaik menerusi filem One Two Jaga di Festival Filem Malaysia yang ke-30. 

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” mengisahkan tentang Leftenan Maritim Hafiz, seorang PEGAWAI PASUKAN TINDAKAN KHAS dan PENYELAMAT (STAR Team) dari AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) yang terpaksa berdepan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan dijadikan tebusan.

Melalui filem ini, penonton dapat melihat liku cabaran sebenar Pasukan Maritim Malaysia dalam menggalas tanggungjawab, amanah serta perjuangan yang berisiko hingga menggadai nyawa semata-mata demi memelihara dan mempertahankan perairan lautan negara.

Fenomena baharu industri perfileman Malaysia dijangka bakal tercetus apabila aset milik AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) didedahkan secara eksklusif dalam filem ini yang juga telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 6 JUTA RINGGIT dan tidak termasuk nilai aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang digunakan.

COAST GUARD MALAYSIA : “OPS HELANG” bakal membelah lautan pawagam di seluruh MALAYSIA, BRUNEI dan SINGAPURA pada 2 FEBRUARI 2023 ini!

**********************************

MOVIE INFO

Tajuk Filem : COAST GUARD

Durasi : 85 minit

Bahasa : Bahasa Melayu

Genre : Drama, Aksi

Klasifikasi : P13

Pengarah : Allahyarham Pitt Hanif

Pelakon : Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Adlin Aman Ramli, Hazama,

Aziz M. Osman, Jaja Iliyes, Akmal Ahmad, Kodi Rasheed, Aman

Nasim, Hafiz Rafiah, Joe Aziz dan ramai lagi.

Penerbit : Flying Deals Sdn.Bhd & Arie Zaharie Production

Edaran : Metrowealth International Group (MIG)

SINOPSIS

Filem Coast Guard ini memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau setelah mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi. 

Hafiz juga membawa tunangnya Nurul untuk tinggal bersama setelah mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika Majlis Sambutan Pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali telah menyerang mereka dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu-bapanya serta beberapa lagi tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan. 

Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana), seorang Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim yang ditugaskan untuk menyiasat kes itu berjaya menemui dan menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya. Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah itu berterusan mencabar komitmen Hafiz dan APMM lalu menyebabkan satu operasi besar- besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.

3 comments

  1. wowww....hebat hebat pelakonnya. Filem macam ni la kita kena bawa anak anak menonton. ada nilai moral, ilmu dan pengajaran

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.