Lunch Terakhir Tahun 2022, Farewell Nora

Monday 2 January 2023


Setiap tahun kitorang suka buat aktiviti lunch terakhir yang entah sejak bila muncul idea tu tapi diteruskan tiap tahun just for fun. Bukan semua pun yang join sebab bukan aktiviti rasmi firm pun. Saja gedik make it special for the last moment of that year je. Lunch ni pun special juga sebab Nora dah resign jadi nak get together for the last time. 

Plan asalnya nak makan dekat Thai BBQ, tempat kitorang selalu makan tu tapi sebab Amalin mention Gino's Recipe secara tak sengaja lepastu ayuni pula cakap dekat situ sedap then kitorang decide untuk lunch dekat situ. 


Tepat lah keputusan buat lunch dekat sini sebab tak ada orang jadi kitorang boleh bergosip atau curhat session tanpa perlu behave. Faham je lah kalau perempuan berkumpul masa makan, dia punya joyah lain macam. 

Dekat Gino's Recipe ada lunch set dengan harga lebih murah dari biasa dan disediakan teh o atau ice lemon tea percuma. Boleh pilih nak sejuk ataupun panas. Masa tengok menu macam seram juga sebab banyak betul menu yang ada brokoli. Ingatkan orang Itali suka makan tomato je rupanya brokoli pun sama naik je. Memandangkan ramai yang dah heavy breakfast, kitorang order 2 set Pizza Margherita, Fettucine Carbonara Chicken Ham, Farfalle Chicken Sausage, Fish and Chips dan French Fries. 



Sebelum makan kitorang selfie dulu dengan makanan sebab muka memasing ada makeup, lighting pun on point dan makanan pun cantik. Kalau makan ramai-ramai ni memang banyak cerita akan keluar especially bab kerja. Nak pulak bila lepak dengan Nora mesti ada cerita kelakar yang keluar. 


Tak sangka lepas 3 tahun Nora akan resign sebab dia cakap dia nak stay je malas nak cari tempat baru tup tup kawan dia suruh join tempat baru, dapat pula position baru terus tender. Masa awal-awal masuk RRM dulu, tak ada kawan nak ajak sembang sebab kekok nak borak dengan lawyer, muka memasing pulak serious. 2 minggu kemudian, Nora join RRM untuk position PA. Tak ambil masa lama pun untuk kitorang berkawan dan bergosip. 

Kebanyakan task Nora dapat, I akan join sekali and vice versa sebab task kitorang lebih kurang sama je so memang most of the time dengan Nora lah selain Ain. Kadang pergi event luar pun dengan Nora. Sedih jugak lah bila last day tu sebab 3 tahun adalah tempoh masa yang lama, nak pula kita berjumpa hari-hari. Masa company trip pun tidur sebilik, makan semeja kadang share makan satu pinggan. Bila dah tak ada nanti terasa la jugak hilangnya. 


Sembang pasal makanan dekat Gino's Recipe ni, betul lah Ayuni kata tu memang sedap. Pizza Margheritta dia kosong je tau tak ada topping pun tapi happy sangat bila dapat makan. Makan panas-panas terasa sedapnya sebab ada cheese. Bahan dia sikit je, ada tomato puree, cheese dengan hirisan daun selasih tapi tu pun dah cukup untuk buatkan perut happy. 

I pulak memang suka thin crust so immediately fell in love without a doubt! Bau wangi cheese bercampur dengan basil yang mengundang satu potongan demi satu potongan masuk ke mulut. Masa tu macam terlupa cakap tak lapar sangat. 


Like I said earlier, I selalu share makanan dengan Nora, sama lah juga dekat Gino's Recipe ni. Nora order Fish and Chips tapi sebab banyak di mata dia, join lah makan sekali. Selalunya kalau Nora makan western, fries tu I yang habiskan sebab tahu dah dia tak makan habis. 

Fish and chips jarang lah tak sedap sebab menu terpaling simple untuk orang suka. Selalu yang membezakan level sedap tu ialah kualiti ikan. Kalau ikan tak bau hanyir, lembut dimakan, blend well dengan perahan lemon then it's good to go lah. 

Carbonara yang Ayuni makan pun sedap tapi farfare yang Liyana order agak masam sebab tomato puree dia banjir. 


Ikutkan hati nak order desserts tapi kosong je fridge dekat situ. Nak try pana cotta pun macam tak berani sebab nampak kosong sangat. Dekat situ je la yang minus. Tapi nasib baik jugak lah tak ada sebab memasing lepak sampai lupa dah habis waktu lunch hour. 


Lepas ni kalau boss kata nak makan dekat tempat sedap dan tak ramai orang, dah tahu dah nak menuju ke mana. Ada juga menu yang teringin nak cuba tapi dah lupa nama apa and pizza selections yang lain pun nampak sedap juga. Dangggg! 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.