JOOX Wrapped For 2022!

Sunday, 15 January 2023

Bila masuk hujung tahun antara perkara yang ditunggu ialah rumusan setahun dari music streaming apps macam JOOX ni. Rumusan JOOX ni antara yang ditunggu jugak lah sebab selalu guna masa driving. Pergi dan balik kerja mesti cari dulu lagu yang sesuai dengan mood hari tersebut. 

Start dengan Music Mix, dalam playlist banyak lagu Pop, K-pop, R&B dan Hip-hop. Memang dari dulu macam tu je lah music taste. Sejak layan iKON dengan TREASURE memang dah jarang layan lagu rock atau alternative rock. Tapi JOOX ni pun satu hal juga, lagu banyak yang tak available. I suka guna JOOX pun sebab lagu Kpop memang laju dia update. 


Masuk bab Favorite Songs of 2022, memang tak lari lah dengan lagu TREASURE dari album The Second Step : The First Chapter. Lagu It's Okay tu nombor kedua tertinggi sebab masa kena Covid bulan 3 dulu susah nak tidur. Bila pasang lagu healing and comforting macam It's Okay, tak nampak la bayangan malaikat maut dalam mimpi. 


Sama jugak dengan lagu Adore You sebab suara DK comforting habis start dari intro sampai habis. Lagu Star tu sejak dia keluar sampai sekarang dok dengar. Tepat ke tak tepat rumusan ni, yuppp perfectly accurate! 


Pukul 4.57 pagi pasang lagu Everything ni bukan sengaja pasang pun tapi sebab biar JOOX run satu playlist masa tidur. Ni kes tengok cerita hantu banyak sangat bulan tu sampai susah nak tidur. Tak nak hantu datang dalam mimpi punya pasal, pasang lah lagu dalam playlist JOOX sebab dapat free VIP sampai 2 hari. Kalau pasang Spotify mesti keluar iklan sebab bukan premium user hihu


JOOX rumuskan yang seketul Pana suka dengar lagu dalam playlist selama 34,669 minit dengan sebanyak 10,397 lagu. Dalam sehari cecah 200 lagu gamaknya sebab masa drive pergi balik pasang JOOX, masa main game pasang lagu dalam playlist. Masa buat kerja je tak sebab pasang dekat Youtube. 

Pelik lah annual artist masih lagi sama dengan tahun lepas, walhal tahun 2022 dah start layan lagu TREASURE. Kenapa annual song boleh dapat dekat Darari - TREASURE tapi annual artist ialah iKON. Aneh tapi benar. 


Bulan lepas I perasan JOOX ada buat perubahan dengan tambah beberapa theme baru yang cantik macam warna purple pinkish macam ni. Favorite gila sebab my fav color is purple sooooo instantly fell in love! 


Lagi satu perubahan ialah pada lirik lagu. Lirik akan bertukar warna hijau selari dengan apa yang penyanyi tu nyanyi tapi kalau keluar lirik hangeul macam ni memang tak faham pun. Mampu pandang je. Syok lah rasa macam tengah karaoke. 

Tapi sekarang JOOX dah tak syok sebab start minggu lepas I perasan banyak lagu dah tak ada sebab isu copyright. Pelik jugak lah sebab lagu yang dimuatnaik dekat akaun rasmi penyanyi tu pun hilang. Macam lagu Bahaya hilang terus dari akaun Luqman Podolsky. Bukan lagu Bahaya je, semua lagu dalam album hilang. Akaun ada, verified tapi kosong. 

Memandangkan makin hari makin banyak lagu tak ada, I buat keputusan untuk buang apps JOOX dan subscribe Spotify sebab lagu Hindustan updated, lagu cover TREASURE pun wujud dekat Spotify dan semua lagu TREASURE yang I dengar akan dikira sebagai points untuk mana-mana award event. 

Thank you JOOX for being a great buddy through happy, sadness and anxious times :)

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.