My Spotify Wrapped 2022

Sunday 15 January 2023

Sebelum ni dah buat yang JOOX Wrapped 2022, kali ni sembang pasal Spotify Wrapped 2022 pulak. Sebenarnya buat spotify wrapped dulu lepastu dua minggu kemudian baru tahu rumusan JOOX tapi ikut dan lah mana yang nak update dulu. 

Meriah betul warna Spotify Wrapped untuk tahun 2022, semuanya guna warna striking. Nak kata tak suka, tak lah juga, nak kata suka pun tidak juga. Masa PKP dulu guna Spotify Premium sebab tumpang slot orang lepastu dah malas dah nak subscribe sebab dah ada JOOX tapi tahun ni gigih guna balik sebab nak naikkan streaming number untuk album TREASURE. 

Kadang tu mute je supaya habis satu album TREASURE tu sebab nak dengar lagu dekat Youtube. Naikkan views dekat situ pun ye jugak. Life as kpop stan cenggini lah. Nampak macam buang masa tapi berbaloi ucapan penghargaan Hyunsuk. Cinta, mana ada relevannya. 


Berbalik kepada Spotify Wrapped 2022, tahun ni I banyak pasang lagu genre K-pop lah. Too obvious to deny this fact. Tahun 2020 dulu penuh dengan lagu Bollywood je. Keduanya, Desi Pop sebab lagu Hindi dalam Spotify semuanya updated berbanding JOOX. Tak syok bila nak cari lagu yang kita nak tapi keluar lagu lain sebab bukan akaun premium je. Apa beza K-pop dengan Korean Pop? Entah, hanya Spotify yang tahu. J-Pop tu terselit sebab lagu Betelguese, Shinunoga E-Wa dan Yosabi. 

List ni macam merepek pun ye jugak sebab lagu TREASURE more to hip-hop dan soft rock tapi layan je lah kalau dia nak limitkan kepada K-pop. 


Nampak tak kegigihan streaming album TREASURE? Sangat jelas, bukan? Semua lagu dari album TREASURE: The Second Chapter : The Second Step. Susunan ni bukan sebab yang mana I banyak dengar tapi susunan ikut sepertimana dalam album. Dah kalau dok ulang stream ikut turutan, jadi lah macam dalam gambar ni. 


Top Artist ni satu je lah betul. TXT memang patut ada dalam list lah tapi tempat dia patut dekat no 2 sebab diorang pun buat comeback jugak tahun 2022. Enhypen tu sekali je dengar satu album dia itupun banyak skip. NCT Dream tu muncul sebab Spotify yang suggest lepastu tak perasan lagu dah terpasang sampai setengah dah. G-Dragon pulak sebab I suka lagu Without You ft Rose. Entah berapa kali terpasang tanpa sengaja. I takde beef dengan idol group atau artis yang tak berkaitan, just explaining why they shouldn't be here. 


Rumusannya, I've spent 15,424 minit layan lagu dekat Spotify dengan lagu dari TREASURE. Tahun 2023 mungkin berbeza lah sebab I buat keputusan untuk subscribe akaun premium dan buang JOOX. Banyak apps ni pun susah juga, buat habis storage hp je. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.