“MA, I LOVE YOU!” FILEM KELUARGA YANG MENCUIT HATI RAKYAT MALAYSIA DI PAWAGAM 22 JANUARI 2023

Wednesday 25 January 2023

Apakah cara yang lebih baik untuk meraikan bersama orang yang tersayang sempena Tahun Baru Cina ini?

‘Ma, I Love You!’ sebuah filem universal yang sangat dekat di hati kita semua, telah dihasilkan oleh Pengarah terkemuka Malaysia, Chiu Keng Guan, yang menerajui filem box office The Journey dan Ola Bola di mana berjaya mencipta fenomena luar biasa dan sehingga kini masih tersemat di hati semua rakyat Malaysia. Filem terbaru beliau ini pasti menyentuh perasaan, mencuit hati dan akan membuat anda tersenyum apabila selesai menontonnya. ‘Ma, I Love You!’ terbitan Astro Shaw dan Multimedia Entertainment selaku penerbit bersama bakal ditayangkan pada 22 Januari 2023 di pawagam seluruh Malaysia.


Istimewa buat rakyat Malaysia, banyak elemen tempatan digarapkan dalam filem ini. Walaupun sebuah filem sempena Tahun Baru Cina, pelbagai bahasa yang dituturkan dalam filem ini seperti Mandarin, Kantonis, Melayu, dan Inggeris. Bukan itu sahaja, kehidupan dan situasi yang dekat dengan masyarakat tempatan juga dipaparkan. Jadi tidak hairanlah Chiu Keng Guan dikenali sebagai ‘The King of Malaysian Movies’, seperti yang dipetik media South East Asian Globe.

Benar kata orang, menjadi seorang ibu memang rumit. Namun, apa yang lebih rumit adalah menjadi seorang anak perempuan. Filem bertemakan kekeluargaan ini mengisahkan Bee Ling, seorang ibu tunggal dan anak perempuannya, Qi Qi. Bagi Bee Ling, kehidupannya sangat bahagia. Qi Qi adalah segala-gala buatnya sehinggalah Bee Ling mengetahui rancangan rahsia Qi Qi untuk menyambung pengajian di Perancis. Bee Ling terasa dikhianati oleh anaknya sendiri dan nekad untuk menghalang hasrat Qi Qi. Apakah yang akan dilakukan oleh Bee Ling dan berjayakah Qi Qi meneruskan impiannya? Saksikan ‘Ma I Love You’ yang bakal berada di pawagam pada Tahun Baru Cina ini.

‘Ma I Love You!’ menampilkan dua lagu tema iaitu ‘How Do We Say Goodbye?’ yang dinyanyikan oleh Jess Lee dan sebuah lagu berbahasa Perancis bertajuk ‘Bonjour’ yang digubah oleh Froya.

Berkongsi pengalamannya mengarahkan filem tersebut, Chiu yang mengambil masa 1 bulan penggambaran, mengakui ini adalah sesuatu yang bermakna untuknya kerana dia berpeluang meneroka hubungan ibu bapa dan anak remaja. Dia berkata, "Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mencintai seseorang, dan makna 'pengorbanan' juga berbeza-beza bergantung kepada individu tersebut. Saya merasakan bahawa filem ini menggambarkan pelbagai bentuk cinta dan pengorbanan. Saya percaya tidak semua keluarga mudah untuk mengucapkan "saya sayangkan awak" atau meluahkan rasa sayang antara mereka. Gunakan peluang pada tahun baru ini, berhibur bersama orang tersayang dengan menonton filem ini di pawagam. Saya berharap ia dapat menyedarkan kita tentang erti kekeluargaan sebenar”.

Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Astro Shaw berasa sangat gembira sempena tahun baru ini, dapat menghidangkan sebuah filem yang bertemakan kekeluargaan yang sangat menyentuh perasaan, yang bukan sahaja boleh dinikmati bagi kaum berbangsa cina tetapi khas buat rakyat Malaysia. Chiu sentiasa memastikan setiap filem yang dihasilkannya sangat dekat dengan masyarakat dan bersifat universal yang cukup indah, penuh dengan makna tentang kekeluargaan, kehidupan, impian, cabaran yang dekat dengan kita semua. Kami merasakan ‘Ma, I Love You!’ juga merupakan antara karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh pengarah profilik Chiu Keng Guan yang menerapkan nilai murni yang mampu dijadikan pengajaran dan tauladan. Harapan kami agar filem ini dapat menghiburkan penonton serta mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan”.

‘Ma, I Love You!’ dibintangi oleh Ong Ai Leng, Siow Li Xuan, Loh Lai Kan, Felina Cheah dan Phei Yong. Lebih menarik lagi, penampilan istimewa daripada selebriti popular Malaysia seperti Hwang Yifei, Siow Hui Mei , Michie Lam, Klay Heng, OkokokMou, Ho YuHang dan Lalala Endy. Chiu mengajak anda semua untuk “Tunjukkan kasih sayang anda, Saya sayang Ibu dan Ayah!”. 

Kempen ini merupakan salah satu usaha bagi mempromosikan filem ini bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Salah satu aktiviti yang dijalankan di lokasi pawagam GSC yang terpilih adalah peraduan istimewa “Shout Out Loud Ma, I Love You Contest’ bermula 21 Jan 2023, di mana penonton hanya perlu ke pawagam GSC dan merakam video luahan rasa sayang anda di tempat yang telah disediakan. Maklumat lanjut boleh ditemui menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter GSC dan Astro Shaw.

Filem ‘Ma, I Love You!’ mendapat kerjasama dan sokongan daripada beberapa pihak. Coway sebagai Penaja Utama, McDonald’s dan Seasons merupakan penaja bersama untuk filem ini. Penaja lain adalah seperti Singapore Airline, Scoot Air dan Alliance Francaise Kuala Lumpur.

Ikuti informasi dan klip terkini filem ‘Ma, I Love You!’ menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

**********************************

Tajuk 电影 : Ma, I Love You 真爱好妈

Genre 类型 : Family Drama

Dipersembahkan oleh 出品 : Astro Shaw Sdn Bhd, Multimedia Entertainment Sdn Bhd

Syarikat Produksi 制作 : Woohoo Pictures Sdn Bhd 无乎电影

Penerbit Eksekutif 出品人 : Raja Jastina Raja Arshad

Penerbit Eksekutif Bersama : Datuk Steven Lim Boon Siong

Penerbit Bersekutu 监制 : Angela Chua An Qi 蔡安琪, KC Chuan 马全, KC Cheong 王章

Penerbit 制片 : KC Chuan 马全 & Chu Yew Miin 周尤敏

Pengarah 导演 : Chiu Keng Guan 周青元

Penerbit 制片 : KC Chuan 马全 & Chu Yew Miin 周尤敏

Bahasa 语言 : Chinese

Durasi Filem 电影时长 : 110min

Jumlah Hari Penggambaran : 27 Days

Lokasi Penggambaran 拍摄地点: Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pangkor

Tarikh Tayangan di Pawagam : 22 Januari 2023


BARISAN PELAKON 演员表

Siow Li Xuan 萧莉璇 sbg Qi Qi

Ong Ai Leng 王爱玲 sbg Bee Ling

Loh Lai Kan 罗励勤 sbg Grandma

Felina Cheah 谢德容 sbg Li Yan

Phei Yong 培 永 sbg Zi Hao


Tenaga Produksi

Pengarah 导演 : Chiu Keng Guan 周青元

Screenplay 编剧 : Lyu Lihua 吕里华

Lakon Layar Ling Tang 邓壹龄, Sabrina Tan 陈彩慧, Alison Khor 艾立森

Cerita Asal 原创故事 : Chiu Keng Guan 周青元

Pengurus Produksi 制作统筹 : Kwek Khai Weng 郭继荣

Pengarah Fotografi 摄影指导 : Jordan Chiam Wei Meng 詹伟明

Penyunting 剪接 : Soo Mun Thye 苏文泰

Kesan Visual 影像特效设计 : Bak Chee Hong 麦志康

Muzik Skor 音乐总监 : Froya 李秋仪

Penata Bunyi 音效指导 : Tu Duu-Chih 杜笃之 &Wu Shu-Yao 吴书瑶

Pengarah Seni 美术指导 : Soon Yong Chow 孙詠钊

Pereka Busana 造型指导 : Elaine Ng Keok Cheng 黄菊清

Jurugambar 剧照师 : Pow Lai Xiang 傅来祥


OFFICIAL SOUNDTRACK 电影原声

Lagu 歌曲 : How do we say goodbye?《离别,怎么写》

Artis 主唱 : Jess Lee 李佳薇

Durasi 时长 : 3 min 26 sec

Komposer 作曲 : SooYung 杨书荣

Penerbit/Lirik 制作/作词 : Ruiye 瑞业


Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang seorang ibu tunggal Ling dan anaknya Qiqi. Pelbagai konflik dan dugaan berlaku apabila rahsia Qiqi untuk melanjutkan pelajarannya di Perancis telah terbongkar. Niat Qiqi ingin menjauhkan diri daripada ibunya kerana inginkan kebebasan. Adakah perkara ini akan merenggangkan hubungan mereka? Kisah mereka menjadi sebuah teladan tentang kematangan, kemaafan, kerestuan, dan lebih penting tentang kasih sayang.

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.