RUMAH TANGGA SYAMIM FREIDA RETAK AKIBAT CEMBURU DALAM ‘KE MANA HILANG CINTA’

Thursday, 3 September 2026

RUMAH TANGGA SYAMIM FREIDA RETAK AKIBAT CEMBURU DALAM ‘KE MANA HILANG CINTA’  | KETIKA KEPERCAYAAN HANCUR AKIBAT SIKAP OBSESI BERLEBIHAN 

Kuala Lumpur, 2 September 2026 – Sejauh manakah cemburu mampu meruntuhkan sebuah perhubungan? Persoalan itu menjadi nadi drama terbaharu TV3 menerusi slot Samarinda, Ke Mana Hilang Cinta yang mengupas isu cinta, cemburu buta serta konflik rumah tangga apabila kasih sayang bertukar menjadi ketertiban untuk memiliki secara obsesif.

Diterbitkan oleh Million Pictures serta karya penulis Sha Hanim Ramli, drama 20 episod ini Menampilkan Syamim Freida, Keith Foo dan Marc Syahmie sebagai teraju utama, bakal menemui penonton mulai 3 September 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3.

Ke Mana Hilang Cinta mengisahkan Sya (Syamim Freida), seorang pereka hiasan dalaman kerjaya mantap yang tidak pernah menyangka akan jatuh hati dengan Aidil (Keith Foo), seorang duda anak satu yang kematian isteri dan sekadar bekerja sebagai Pengurus Pentadbiran. Biarpun berbeza taraf kerjaya di samping masing-masing membawa kisah silam, ketulusan cinta membuatkan Sya menerima lamaran Aidil untuk membina bahtera rumah tangga bersama.

Bagaimanapun, selepas setahun mendirikan rumah tangga, sikap Aidil mula berubah secara drastik. Rasa cemburu yang melampau membuatkan setiap pergerakan Sya dikawal ketat, daripada pemeriksaan telefon bimbit dan kawalan kewangan, sehinggalah pergerakan harian yang diekori. Terperangkap dalam perkahwinan yang semakin toksik dan kehilangan kebebasan diri, Sya berada di persimpangan dilema sama ada mahu terus mempertahankan rumahtangganya atau membebaskan diri. 

Keadaan bertambah rumit apabila kehadiran Harris (Marc Syahmie), rakan sekerja merangkap kawan baik Sya yang tidak pernah disukainya secara peribadi, mula menimbulkan salah faham dan meretakkan lagi hubungan mereka. Sya mula menyedari bahawa perubahan sikap suaminya bukan sekadar isu cemburu terhadap Harris tetapi melibatkan sebuah rahsia besar yang disembunyikan oleh Aidil.

Mengenai peranannya, Syamim Freida berkongsi bahawa watak Sya memberikan cabaran emosi yang sangat mendalam.“Sya bukan wanita yang mudah mengalah. Dia cuba mempertahankan rumah tangga dan dalam masa yang sama berdepan dengan perubahan sikap suaminya yang semakin sukar difahami. Watak ini banyak bermain dengan emosi dan saya harap penonton dapat sama-sama merasai perjalanan Sya apabila cinta yang pada awalnya indah mula berubah menjadi sesuatu yang menakutkan,” Ujarnya.

Apabila syak wasangka mengatasi kepercayaan, mampukah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dipertahankan?

Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri Ke Mana Hilang Cinta, mulai 3 September 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam hanya di TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton atau memuat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.