Movie Review | X-Men: The Last Stand (2006)

Sunday, 6 September 2026

Pengarah: Brett Ratner  
Penulis Skrip: Simon Kinberg, Zak Penn  
Pelakon: Hugh Jackman, Halle Berry, Ian McKellen, Famke Janssen, Anna Paquin, Kelsey Grammer, James Marsden, Rebecca Romijn, Shawn Ashmore, Aaron Stanford, Vinnie Jones, Patrick Stewart  
Syarikat Produksi: 20th Century Fox, Marvel Entertainment, The Donners' Company, Dune Entertainment, Ingenious Film Partners
Pengedar: 20th Century Fox 
Genre: Superhero / Aksi   
Durasi Tayangan: 104 minit
Tarikh Tayangan: 24 Mei 2006 (Cannes), 26 Mei 2006 (United States)   
Trailer:


Berpatah balik ke tahun 1986, di mana Charles Xavier (Patrick Stewart) dan Erik Lehnsherr (Ian McKellen) bertemu dengan Jean Grey (Haley Ramm) yang masih kanak-kanak di rumah orang tuanya. Charles menjemput Jean untuk tinggal di sekolahnya. 10 tahun kemudian, pada tahun 1996, Warren Worthington II (Ben Foster) mengetahui anak lelakinya (Cayden Boyd) adalah mutan dan mempunyai kepak di bahagian belakang badan. 


Pada latar masa sekarang, Worthington Labs mengumumkan mereka berjaya menghasilkan serum yang boleh mengubati individu yang mempunyai sel mutan. Serum tersebut dihasilkan menggunakan sel darah Jimmy / Leech (Cameron Bright) yang boleh meneutralkan sel mutan sekiranya individu tersebut berada dekat dengan dia. 


Mendengar khabar tersebut, Rogue (Anna Paquin) ingin mendapatkan serum tersebut kerana dia tak mahu membahayakan orang lain dengan kuasanya. Hubungan dia dengan Bobby (Shawn Ashmore) juga semakin renggang apatah lagi Bobby banyak habiskan masa bersama Kitty Pryde (Elliot Page). 

Dr. Hank McCoy melawat ke Xavier’s School untuk maklumkan pada Prof X tentang penemuan terbaru tersebut. Sementara mereka berbincang bersama Storm (Halle Berry) dan Logan / Wolverine (Hugh Jackman), Scott Summers / Cyclops (James Marsden) pergi ke Alkali Lake untuk mencari Jean Grey (Famke Janssen). 


Pencarian dia berhasil namun Jean Grey yang muncul bukanlah Jean Grey yang dia kenal. Akibat kemalangan yang berlaku, minda Jean melepaskan personaliti alternatif yang berbahaya dan bersifat menghancurkan dinamakan sebagai Phoenix. Mengetahui situasi tersebut, Magneto ajak Jean bersama dengan dia dan mutan lain untuk menghalang misi Kerajaan yang ingin mengubat sel mutan. 


Setelah filem X-Men (2000) dan X2 (2003), Bryan Singer digantikan Brett Ratner sebagai pengarah untuk instalment kepada trilogi asal X-Men. Selain kemunculan beberapa watak baru di Xavier’s School, di pihak Magneto juga diperkenalkan Juggernaut yang kuat, Multiple Man, Kid Omega yang boleh hasilkan duri beracun, Psylocke (Meiling Melancon) dengan kebolehan teleport, Archlight (Omahyra Mota) yang boleh menghasilkan shock waves dan banyak lagi. 


Fun fact, watak Juggernaut muncul dalam filem Deadpool 2 (2018) sampai jadi punca Deadpool  bergabung dengan Cable.  


Dalam filem X-Men: The Last Stand juga dimaklumkan bahawa mutan mempunyai kelas bawah dan kelas atasan bergantung pada kebolehan kuasa masing-masing. Memandangkan durasi filem agak terhad, tak semua watak diperkenalkan dengan terperinci, cukup sekadar nama dan kuasa. Pandai-pandai lah penonton fikir siapa yang berada di kelas mana.

Kalau ikutkan, penghasilan serum untuk hilangkan sel mutan dalam badan manusia tu wajar dan beri pilihan kepada mutan seperti Rogue. Wolverine tak halang Rogue untuk ambil serum kalau alasannya semata untuk bercinta dengan Bobby tapi dia nak Rogue fikir masak-masak. 


Pilihan Rogue tu munasabah je kalau bukan nak bercinta dengan Bobby sebab keluarga Rogue sayang dengan dia tapi tak boleh nak buat apa. Rogue sendiri yang lari dari rumah sebab tak nak ada yang cedera. Walaupun sekejap tapi boleh nampak mak dia cuba nak tenangkan Rogue dalam X-Men (2000). Bila dia minta Wolverine panggil dia Marie, masa tu dia dah nekad dengan pilihan cuma ragu-ragu kalau pilihan dia bebankan ahli X-Men yang lain. 


Masa pengumuman oleh Warren pun, dia tak cakap sesuatu yang provokatif walaupun awalnya dia tak suka mutan. Lepas tahu Angel ada sel mutan, dia cuba cari jalan supaya Angel boleh hidup normal. Sebab tu dia kata mutan pun manusia dalam ucapan tu. 

Konflik dalam X-Men: The Last Stand sekali lagi paparkan perbalahan pendirian Charles dan Erik tentang mutan atau manusia. Erik agak melebih-lebih bila kumpulkan mutan yang jahat untuk serang Kerajaan dan Worthington Labs padahal tak ada siapa pun yang paksa mutan untuk hidup seperti manusia. 


Watak Jean Grey yang dimasukkan sebagai konflik kedua juga kurang mendukung jalan cerita bila cuma ditafsirkan sebagai distraction kepada Scotts dan Logan. Patutnya penulis asingkan dua konflik ni supaya filem tak jadi serabut bila ada dua konflik utama. Kedua-duanya ada emosi yang tersendiri tapi disebabkan ruang yang terhad, naskhah X-Men: The Last Stand terlihat lemah. 

Latar masa yang dimasukkan dalam X-Men: The Last Stand juga mengelirukan atau mungkin juga production sengaja tak disclose latar masa yang tepat supaya penonton tak bertanya tentang Charles dan Erik muda macam dalam X-Men: First Class (2011).


Babak pertempuran antara Magneto dan X-Men pun draggy bila pihak tentera tak mampu nak bantu X-Men padahal ada senjata yang kuat iaitu serum Leech. Masalah utama franchise X-Men untuk babak aksi adalah bila protagonis tak pernah bincang apa-apa strategi sebelum berperang. Mana maunya kurang dari 10 orang lawan dengan satu kumpulan walaupun yang sikit tu mutan kelas 5. Tak sampai 5 saat, Magneto boleh kalahkan Wolverine. 

Kerajaan ada Mystique yang sakit hati bila dibuang oleh Magneto padahal dia dah setia sejak 1962, bukan satu tempoh yang pendek. Magneto juga yang tekankan supaya Mystique terima keunikan dia sebagai mutan. Patutnya pengarah masukkan babak Mystique balas dendam bukan sebagai pembelot tapi sebagai watak yang tersakiti. 


Filem X-Men: The Last Stand adalah instalment paling lemah untuk franchise X-Men terutamanya bila hentikan watak Cyclops untuk naikkan Storm sebagai pengganti Prof X dan bagi ruang kepada Wolverine mencipta kisah cinta sejati terhadap Jean Grey. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.