Movie Review : Deadpool 2

Saturday 19 May 2018


Image result for deadpool 2 review 

Director : David Leitch
Cast : Ryan Reynolds, Josh Brolin, Morena Baccarin, Julian Dennison, Zazie Beetz, T.J. Miller, Brianna Hildebrand, Jack Kesy
Producer : Marvel Entertainment, Kinberg Genre & The Donners' Company
Genre : Action/Comedy
Running Time : 119 minutes
Release Date : 18 May 2018
Trailer :


Filem sequel Deadpool dari production Marvel Entertainment lakonan Ryan Reynolds sebagai badass superhero dalam collection Marvel. Berbeza dengan Deadpool 1 arahan Tim Miller,  Deadpool 2 hasil arahan David Leitch mengekalkan konsep yang sama cuma lebih badass, gory, funny and entertaining. 

Movie Deadpool 2 start dengan cubaan Deadpool membunuh diri dengan letupkan rumah dia disebabkan tak mampu nak move on dengan kematian Vanessa (Morena Baccarin). Deadpool dengan Vanessa dah merancang untuk bina keluarga and have kids tapi disebabkan geng pembunuh upahan datang ambush rumah dia and by some mistakes, Deadpool tak dapat selamatkan Vanessa.

Since Deadpool ni tak boleh mati so dia decide untuk letupkan diri supaya dapat tidur sekejap and that was the moment dia jumpa Vanessa tapi terhalang. Cuma dapat bercakap dari jauh je and Vanessa bagi hint yang Deadpool tak berhati mulia so diorang tak boleh bersama. Since then bermula la episode pencarian makna hati tak mulia sampai dia jadi trainee X-Men dibawah pengawasan Negasonic Teenage Warhead (Brianna Hildebrand) dan  Colossus (Stefan Kapičić) thus met with  Firefist (Julian Dennison).

Image result for deadpool 2

Tapi disebabkan perangai Deadpool yang suka ikut law sendiri, dia dan Firefist dimasukkan dalam Peti Ais, tahanan untuk semua mutant yang dilumpuhkan dengan kolar bom. Dekat sana boleh kata Deadpool agak lemah sebab barah dia dah merebak satu badan bila dia hilang kuasa superhero.

Bertambah masalah bila munculnya watak Cable (Josh Brolin ) mencari Firefist untuk balas dendam tapi dihalang oleh Deadpool sebab Firefist ni budak lagi, baru umur 14 tahun. Tapi bagi Cable yang datang dari masa depan, Firefist bila besar nanti akan jadi ancaman pada dunia sebab ketagihan Firefist untuk membunuh.

Image result for deadpool 2 review

Lepas berlawan dengan Cable, sekali lagi Deadpool tertidur sekejap dan berjumpa Vanessa tapi dengan hint yang berbeza bila Firefist akan buatkan Deadpool dan Vanessa bersatu so Deadpool sehabis boleh cuba untuk protect Firefist tapi Firefist dah jumpa sekutu baru, Juggernaut. Jadi masalah bila Juggernaut menyokong idea Firefist untuk bantu hapuskan pengetua sekolah asrama Firefist kes dera dan pedofilia.

Sepanjang misi dia nak menyelamatkan Firefist dan menghalang Cable memang banyak benda yang terjadi sampai satu tahap dia boleh team up dengan Cable tumpaskan Juggernaut. I seriously recommend you guys untuk tengok sebab visual dia memang top-notch! Nak pula scene Domino (Zazie Beetz) nak hijack trak tahanan Peti Ais. And yes CGI memang cantik bila Juggernaut berlawan dengan Colossus.

Image result for deadpool 2

Bab action pun cantik sebab David guna kelebihan badan Deadpool and most of it banyak main kotor but still looks creative. Nak sembang bab comedy I do enjoy dari awal sampai habis. Dari intro scene sampai credit scene memang semua kelakar. Tapi kalau you guys tak familiar dengan superheroes X-Men ambil masa jugak lah nak faham sarcasm Deadpool nak pula bila part dia bunuh penulis skrip Green Lantern dan scene Deadpool tembak villain yang bertarung dengan Wolverine.

Other than that, suka lagu tema Deadpool 2 nyanyian Celine Dion lagu Ashes because I miss her so much! Tak terbayang langsung lagu Celine Dion boleh masuk dalam Deadpool. At first ingatkan Deadpool saja nak membahan untuk marketing rupanya tak. Anyway, Celine Dion perfect as always.


If you guys decide nak tengok Deadpool 2, this is not a family movie sebab banyak scene yang jijik dan ganas that’s why Deadpool 2 untuk 18 tahun ke atas. Kalau tak tengok mvie yang pertama pun boleh je layan yang kedua sebab tak relate banyak pun sampai berkerut nak faham. Have fun!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought =1 = 8.8/10

10 comments

  1. saya belum tengok lagi tapi nak tengok nanti. saya first time datang sini & terus follow sebab suka content blog ni. kalau sudi meh la singgah blog baru saya

    ReplyDelete
  2. Draft your workplace policies and procedures to protect your business. In order to protect yourself, ensure that your polices restrict employee abuse (accessing restricted websites or sharing confidential information). click here

    ReplyDelete
  3. Belum tengok lagi hahaha baca review Farhana je dah rasa best

    ReplyDelete
  4. belum tgok lagi.. in shaa Allah nanti nk tgok dkt pawagam.. nice review :)

    Jemput untuk sertai giveaway terbaru
    http://aerillhassan.blogspot.com/2018/05/giveaway-ramadhanraya-2018-by-aerillhassan.html

    ReplyDelete
  5. patutlah suami, jijoi selalu ajak p tengok deadpool ni, macam best ja. tapi tak sesuai nak bawak dak sophea ni. takkan nak tinggal dia pulak. hahahaha dilema jugak ni

    ReplyDelete
  6. movie yg first pun tak sempat nak habiskan lagi.

    ReplyDelete
  7. Memang tak boleh tengok dengan anak.. kikiki.. Tak sabar pula nk gi tengok..

    ReplyDelete
  8. Yup, cerita ni mmg best! Paling x blh lupa bab 'kaki winnie the pooh'...bila teringat mesti akak senyum sendiri.

    ReplyDelete
  9. tengok sequel yang first tapi ingat2 lupa. kena refresh balik baru tengok yang kedua ni.. tapi hahaha bahasa memang tadak tapis..

    ReplyDelete
  10. aida pernah tgk skit part 1 citer ni dulu.
    tapi tak minat nak abiskan. mcm byk mencarut pun ada.
    yg ni lom lagi dpt tgk, farhana.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.