Movie Review : Baaghi

Wednesday 23 May 2018


Related image

Director : Sabbir Khan
Cast : Tiger Shroff, Shraddha Kapoor, Sudheer Babu, Paras Arora, Shaurya Bhardwaj, Sourav Chakraborty, Sunil Grover
Production Company : Nadiadwala Grandson Entertainment Pvt Ltd
Genre : Action/Romance/Comedy
Running Time : 2 hours 18 minutes
Release Date : 29 April 2016
Trailer :

Baaghi mengisahkan tentang Ronny (Tiger Shroff) yang jatuh cinta dengan Sia (Shraddha Kapoor) pada pandangan pertama dan berusaha untuk berkawan dengan Sia menggunakan pelbagai cara dalam masa yang sama training dengan Guruswamy di Kerala atas arahan ayahnya untuk bentuk Ronny jadi seorang yang pandai gunakan baran dia ke arah yang positif.


Lepas beberapa kali berjumpa, Ronny dan Sia bercinta tapi tanpa pengetahuan diorang berdua ayah Sia, Khurana menerima tawaran Raghav (Sudheer Babu) untuk mengahwinkan anaknya dengan bayaran Rs50,000 crore. Khurana arahkan Raghav untuk bunuh Ronny walaupun Khurana dengan Ronny berkawan baik. Balik rumah Khurana buat cerita katanya Ronny yang belasah hingga sebabkan Sia bencikan Ronny tapi tak pula dia pilih Raghav untuk jadi suami.

Sudahnya Raghav culik Sia dan letak dia di bangunan penuh dengan anak buah supaya Sia tak lari ataupun Ronny kacau plan dia untuk berkahwin dengan Sia. Tapi tak kisah macam mana ketat pun kawalan Raghav dan anak-anak buahnya, Ronny tetap dapat masuk dan selamatkan Sia.


Kalau diikutkan movie Baaghi ni lebih kurang sama dengan debut movie Tiger, Heropanti under production company yang sama, Nadiadwala cuma lebih banyak action yang diketengahkan which is great sebab itu brand Tiger. Even action stunt dari Shraddha Kapoor pun tak mengecewakan selain dari dancing and singing skills dia dalam lagu Sab Tera.

Cuma first half movie agak bosan sikit sebab chemistry Tiger-Shraddha tak lah secantik chemistry Tiger-Kriti dalam Heropanti. Well I can only use Heropanti as reference sebab ni movie kedua Tiger dalam industry dan under production and direction yang sama. Kalau tengok dalam trailer pun diorang compare dengan Heropanti.

Apart from beautiful songs dalam Baaghi, cinematoghraphy pun cantik jugak bila team Baaghi tonjolkan keindahan kawasan Kerala, India and you guys can watch Nehru Trophy Boat Race ataupun dikenali dengan Vallam Kali dalam movie ni since Raghav champion dalam boat race. Another beautiful shooting place dalam Baaghi ialah Poda Island, Thailand khas untuk lagu Sab Tera. Cuma scene Ronny dengan Sia berjumpa dekat menara api dengan part Raghav lompat keluar dari tingkat atas nampak CGI lemah sikit.



Lakonan Shraddha macam biasa nampak plain je macam lakonan dia yang lain cuma terselamat dengan lakonan Tiger dan Sudheer Babu, pelakon Tamil yang debut di Bollywood dalam movie ni sebagai seorang psiko.


Baaghi tak mampu deliver jalan cerita yang menarik pun tapi kalau nak tengok sebab action, then this movie is worth your attention.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought =0.4 = 7.1/10

6 comments

  1. Alahai poster tu, awat tak menarik hati?

    ReplyDelete
  2. Tengok jalan citer pun memang hampir sama dengan Heropanti..

    ReplyDelete
  3. Macam menarik.. tapi poster tu nampak macam kurang sesuatu..

    Jemput untuk sertai giveaway terbaru
    http://aerillhassan.blogspot.com/2018/05/giveaway-ramadhanraya-2018-by-aerillhassan.html

    ReplyDelete
  4. brapa ribu dia bayo org ni.. rmai ke main. tp boleh try tgok kot. hehe

    ReplyDelete
  5. Kalau ada action mesti menarik..

    ReplyDelete
  6. yes betul. plot nyer biasa2 aje.
    aida sempat tertido lagi.
    lawan-lawan nyer menarik.
    patah riuk pihak lawan dibuatnya :)
    asben aida suka citer lawan-lawan gini, farhana.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.