Movie Review : Siccin 2

Sunday 6 May 2018

Image result for siccin 2

Director : Alper Mestci
Cast : Åžeyda TerzioÄŸlu, Bulut Akkale, Efsun Akkurt, Mana Alkoy, Ece Baykal, Sabir Irem Bölücek
Genre : Horror/Thriller
Producer : Muhtesem Film
Running Time : 86 minutes
Release Date : 10 July 2015
Trailer :


Movie kedua dari franchise Siccin mengisahkan tentang keluarga Hicran (Åžeyda TerzioÄŸlu) dengan Adnan (Bulut Akkale) yang dilanda kemurungan bila anak lelaki mereka, Birol mati selepas ditimpa almari kayu di biliknya. Adnan menyalahkan Hicran sebab cuai hingga mereka berdua kehilangan sumber kebahagiaan. Tak cukup dengan perangai Adnan, Hicran mula diganggu makhluk halus. Even worst, adik Adnan yang meninggal datang ke rumah mereka. Tapi Hicran sorang je yang kena gangguan ni so dia bagitahu kawan dia masalah ni sebab Adnan memang dah sakit hati dengan dia. Buka pintu lambat pun dah tengking pecah rumah.

Disebabkan kesedihan Hicran, kawan dia suggest Hicran untuk berjumpa dengan Imam untuk berubat. At first Hicran refuse sebab benda tu macam merapu tapi sebab tak tahan dengan gangguan tu, dia pun setuju dengan cadangan kawan dia. Lepas tilik dalam air, Imam tu bagitahu Hicran yang keluarga Hicran sendiri yang hantar santau ni. Katanya makcik Hicran menggunakan sihir paling kejam sekali, sihir 41 jahitan.

Image result for siccin 2

Tapi yang peliknya satu-satunya makcik Hicran sebelah ibu dah lama meninggal sejak kecil lagi so agak mustahil lah makcik dia nak buat perangai busuk macam tu. Nak tahu betul ataupun tak apa yang Imam tu kata, Hicran kena balik kampung siasat sendiri. Tambah pula Hicran kena cari patung dalam rumah makcik dia sebab patung tu punca santau tu berlaku.

Sebelum sampai ke rumah makcik dia, dah ada penduduk kampung situ yang tegah jangan pergi rumah berpuaka tu sebab tak pernah ada lagi Imam yang berjaya sucikan rumah tu. Walaupun takut, Hicran kena pergi jugak ke rumah berpuaka tu sebab kena ambil patung yang Imam tu pesan. Bila Hicran berjaya ambil patung yang dimaksudkan Imam tu, baru terbongkar kisah sebenar siapa sebenarnya makcik yang busuk hati hantar santau kepada Hicran dan sebab sebenar makcik dia hantar.

Image result for siccin 2

Tbh plot twist Siccin 2 lagi bagus dari Siccin 1 (Movie Review in HERE) tambah pulak memang tak boleh nak agak rahsia keluarga Hicran ni. Bila dapat tahu rahsia ni baru faham kenapa ada scene bunuh diri dekat awal movie. Lepas terbongkar rahsia tu pun tak sangka Hicran ambil keputusan yang salah demi kebahagiaan hidup dia.

Sama macam Siccin 1, movie Siccin 2 pun slow pace jugak. Nak tunggu Hicran habis menangis pun lama. Memang tak mampu nak tunggu kalau guna normal speed sudahnya guna 1.7x. 
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 7.5/10

6 comments

  1. ni pun seram jugak :3 hahaha

    ReplyDelete
  2. Plot cerita memang menarik apatah lagi diadaptasi daripada kisah sebenar..

    ReplyDelete
  3. Baca review antara Siccin 1 dengan Siccin 2, nampak macam Siccin 2 lagi best yang no 1 and 2 just so-so je

    ReplyDelete
  4. OMG, ngeri pulak tengok gambar tu

    ReplyDelete
  5. Dah tengok siccin 2 tapi still tak faham kenapa ada scene bunuh dari masa first2 cite ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.