Sunday, 6 May 2018

Movie Review : Siccin 1

Related image

Director : Alper Mestci
Cast : Merve Ates, Toygun Ates, Pinar Caglar Genctürk, Ebru Kaymakci, Koray Sahinbas, Aydan Cakir
Genre : Horror
Producer : Muhtesem Film
Running Time : 96 minutes
Release Date : 26 September 2014
Trailer :


Since ramai sangat yang kata Siccin ni seram sampai ada yang kena ganggu dengan hantu lepas tengok movie ni so I saja gatal tangan tekan play untuk join betapa seramnya franchise movie Turki ni.

Siccin 1 mengisahkan tentang Oznur (Ebru Kaymakci ) yang menggunakan khidmat bomoh untuk santau isteri Kudret (Koray Sahinbas) sebab dia gagal tawan hati sepupu dia walaupun dah berjaya goda dan mengandungkan anak Kudret. Malangnya lepas keguguran disebabkan bergaduh, Kudret minta dia jauhkan diri sebab hubungan sulit diorang satu silap besar.

Tak puas hati dengan keputusan Kudret, Oznur berjumpa dengan bomoh untuk bunuh Nisa (Pinar Caglar Genctürk)  untuk dapatkan balik Kudret. Bahan yang dia perlukan cuma sampel DNA Nisa so dia pergi ke rumah Kudret untuk ambil bahan yang dia perlukan. It’s an easy task for her since they’re related. Nisa memang tak syak apa-apa langsung sebab Oznur sepupu Kudret. Kedatangan Oznur dianggap hanya untuk melawat Ceyda (Merve Ates), anak perempuan Kudret & Nisa.

Related image

Oznur berjaya ambil rambut dengan darah dari pad di bilik air rumah Kudret kemudian diberikan kepada bomoh untuk upacara santau. Santau dia menjadi bila Nisa diganggu setiap hari sehinggakan Nisa bunuh diri tapi Kudret sempat selamatkan. Kemudian bawa Nisa jumpa Imam Ihsan (Aydan Cakir) untuk berubat.Tapi imam tu tak berjaya ubatkan sebab punca sebenar bukan dari Nisa tapi orang lain dan lebih teruk lagi bila Oznur sendiri diganggu hingga mati disebabkan niat busuk dia.

Image result for siccin 1 cast

Jalan cerita movie Siccin 1 ni simple je tapi cantik sebab adanya plot twist bila Oznur kena ganggu lepas dia buat santau dengan bomoh tu sedangkan santau tu untuk hapuskan keluarga Kudret. Bukan 1 je plot twist tapi 2 bila pembunuh sebenar terlepas tapi yang tak bersalah yang jadi mangsa. Lagi tambah kesian bila benda ni diadaptasi dari kisah benar. Dekat hujung cerita sebelum credit scene dia bagitahu kisah sebenar keluarga ni.

Lakonan memang cantik nak pula lakonan si kecil Merve Ates yang menjadi buta disebabkan kesalahan Kudret tak nak percaya bini dah nak bersalin walaupun air ketuban dah pecah kemudian ganggu saraf mengakibatkan Ceyda jadi buta kekal. Seram bila tengok dia main dengan anak patung kesayangan dia lepastu dia pulak dirasuk.

Image result for siccin 1 cast

Tak pasti kes ni berlaku tahun bila sebab tak ada teknologi lagi seperti smartphone ataupun kewujudan internet dalam movie ni. Mungkin era 80-an kot sebab era 90-an dah wujud internet dengan handphone walaupun gedabak. Nak kata keluarga Kudret ni miskin/sederhana, tak jugak sebab clothes and house decoration quite fancy.

Movie Siccin ni jadi seram mungkin sebab dia slow teruk kot lepastu bila orang leka keluar hantu, sebab tu la kot orang senang terkejut tapi kalau lajukan video, cerita dia tak seram mana pun. Cerita dia level Misteri Niyang Rapik je ataupun cerita santau biasa.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 7.9/10

7 comments:

  1. Belum tengok lagi tapi nampak banyak sangat Facebook posts and tweets yang raving pasal cerita ni.

    ReplyDelete
  2. Dah tengok movie ni. Takde lah seram sangat, cuma segala jampi dalam tu yang betul punya. So lebih baik pakai earphone bila tgk cerita ni. Odw nak tengok yang kedua n ketiga pulak.

    ReplyDelete
  3. Kawan bilang menakutkan kalau tengok sendirian. Jadi belum berani nak tengok lagi. Btw foloback #339

    ReplyDelete
  4. Akak dah lama nak tengok movie nie tapi belum kesempatan lagi..

    ReplyDelete
  5. Kalau nak tengok filem seram macam ni kena berteman, kalau sorang-sorang memang kecut perut la jawab nya

    ReplyDelete
  6. Aida sefamili kalau tonton horror movie mesti dedekat aje duduk nyer. Anak-anak penakot tapi nak tgk :-)

    ReplyDelete
  7. Hehe tak berani la nak tengok...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...