Movie Review | Angkat (2025)

Sunday, 9 November 2025


Pengarah: Feisal Azizuddin
Penulis Skrip:  Wong King Wai, Feisal Azizuddin
Pelakon: Firdaus Karim, Sky Iskandar, Syazani Zikry, Sara Mack Lubis, Ayu Azlina, Azhar Amir, Liana Rafiai, Nazmi Suhaimi   
Syarikat Produksi: Feisk Production  
Pengedar: 
Genre: Komedi Gelap
Durasi Tayangan: 85 minit
Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2025
Trailer:


Kisah bermula dengan keputusan Pak Gani (Azhar Amir) menghantar ketiga-tiga orang anak lelakinya – Ibrahim (Muhammad Syazwan Asyraf), Yusuf (Muhamad Afiq) dan Karim ke Kuala Lumpur mencari rezeki. Berpuluh tahun kemudian mereka bertiga dipanggil ke Hospital Awam Jalan Besar oleh Pak Ramli (Harris Andria) untuk kebumikan jenazah Pak Gani yang pergi secara mengejut. 


Mak Eton (Ayu Azlina) minta agar kebumikan jenazah suaminya sebelum Maghrib namun van jenazah yang dipandu Mia (Sara Mack Lubis) pula rosak di tengah jalan. Yusuf (Sky Iskandar) yang pergi meninjau kemudiannya pulang dan cadangkan mereka cari bantuan dari orang kampung di sekitar kawasan tersebut. Karim (Syazani Zikry) pula cadangkan mereka mengangkat jenazah tersebut hingga ke rumah kerana jaraknya cuma 20km dari tempat mereka tersadai. 


Penceritaan Angkat menggunakan genre komedi gelap, antara genre yang jarang digunakan dalam industri perfileman Malaysia. Bila pengarah dan penulis Feisal Azizuddin guna genre untuk tema kekeluargaan, I jangka akan ada banyak babak yang menarik dan menghiburkan. 

Sangkaan tu meleset sebab skrip Angkat agak lemah untuk genre komedi gelap. Lakonan dari barisan pelakon utama agak kayu dengan lontaran skrip yang terikat dengan bahasa baku. Mungkin requirement dari FINAS tapi macam mana skrip yang double meaning boleh lepas? Macam babak Mak Eton usik Azrin (Nazmi Suhaimi) bila dia terangkan tentang cili dia jual untuk kilang sos. 


Banyak juga persoalan yang muncul bila tengok Angkat macam van jenazah milik Mia sekeluarga. Tak pernah lagi tengok van jenazah seteruk tu. Betul lah soalan yang Ibrahim (Firdaus Karim) tanya tapi Mia pula sentap. Yusuf pun betul bila tanya pasal insurans. Dalam perjalanan pun Mia paksa untuk ketiga beradik ni bersyukur padahal belum kenal pun mereka bertiga dan tahu trauma yang buatkan keluarga ni bermasalah. Tak faham juga kenapa Ibrahim tak drive Cayenne dia balik ke kampung, biar  Mia yang handle jenazah. Tapi kalau dia buat macam ni, tak jadi lah pulak perjalanan Angkat. 


Tambah menyakitkan hati bila muncul babak Sara dengan Mak Eton sembang tentang kisah cinta anak sulung dia dan Azrin. Tak ada waktu lain ke nak sembang padahal ada kematian. Walaupun Angkat adalah genre komedi gelap tapi tak bermaksud, penulis boleh abaikan perkara sedih yang berlaku pada masa tu. Rumah ada kematian pun orang rumah tak terjejas sangat perasaannya. 


Tak ada pun babak orang kampung datang tolong bersihkan rumah atau sediakan tempat untuk mandikan mayat. Bila ambil latar budaya masyarakat kampung, sepatutnya kena ada lah babak yang melibatkan orang kampung juga. 

Continuity Angkat pun terjejas masa van jenazah rosak sebab sepanjang jalan sebelum rosak adalah jalan yang berbatu tapi bila van tersadai, tiba-tiba berubah pula jalan berturap elok. Masa Ibrahim, Yusuf, Karim dan Mia berbincang macam mana nak minta tolong, jelas sangat dekat belakang Mia ada rumah orang kampung. Laluan masuk ke rumah tu pun jelas sangat. Masa mereka berempat lari dari babi hutan, tak faham kenapa Karim sakit hati dengan Ibrahim. Mungkin sebab terlalu gelap sampai tak nampak apa yang berlaku antara dua watak ni. 


Personally, I do feel lakonan pelakon boleh tahan lah cuma nampak dangkal sebab skrip yang lemah. Kalau vision pengarah pun lemah, macam mana yang bekerja untuk hidupkan vision tu nak nampak. Cringe tengok Syazani Zikry sebagai Karim yang lembut dan watak Mia yang suka emosi. Patutnya penulis buang watak Sara dan kembangkan watak Mia yang semakin lama semakin rapat dengan tiga beradik. Dubbing audio yang tak selari mengganggu juga tapi untuk filem dengan bajet rendah, pejam mata je lah. 

Keseluruhannya, filem Angkat tersasar dari genre utama lantas buatkan filem terasa mendatar dengan dialog yang hambar. Kelemahan pada bahagian teknikal makin mencacatkan penceritaan yang asalnya ada idea yang menarik tapi tersia.  

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 4.4/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.