Movie Review | Brave Citizen (2023)

Sunday, 9 November 2025


Pengarah: Park Jin-pyo
Penulis Skrip:  Yeo Ji-Na, Hyeon Chung-Yeol
Pelakon: Shin Hye-sun, Lee Jun-young, Park Jung-woo, Park Hyuk-kwon, Cha Chung-hwa, Lee Chan-Hyeong   
Syarikat Produksi:  Finecut, Studio N, Content Wavve, VOL Media (co-production), Oscar10studio (co-production)  
Pengedar: Mindmark (Korea), Kadokawa Plus (Jepun), Moviecloud (Taiwan), Lumix Medi (Vietnam), Kairos Distribution (Inflight Rights) 
Genre:  Aksi / Komedi
Durasi Tayangan: 112 minit
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2023
Trailer:


So Si-min (Shin Hye-sun) nekerja sebagai guru kontrak di Sekolah Menengah Mooyoung. Dari luaran, sekolah tersebut nampak ceria dan selamat hingga dijadikan sekolah contoh tanpa kes buli. Namun hakikatnya semua tak mampu lawan pelajar sukan bernama Han Soo-kang (Lee Jun-young). Ayahnya ialah pendakwaraya terkenal, ibu pula seorang peguam sementara pakcik adalah pegawai polis. Yayasan di Sekolah Menengah Mooyoung  dibiayai sepenuhnya oleh keluarga Han Soo-kang. 

Setiap hari akan ada pelajar yang menjadi mangsa buli malah guru yang cuba menghalang juga akan terima nasib yang sama. Bekas guru kontrak di sekolah tersebut cuba halang Soo-kang namun akhirnya bunuh diri kerana tak tahan dibuli. Guru yang berada di situ menasihati So-min supaya tidak ambil campur urusan pelajar di situ sehingga dia menjadi guru tetap di sekolah tersebut. 


Tak ada yang tahu So Si-min mempunyai medal dalam sukan tinju, tali pinggang hitam untuk taekwondo dan hapkido dan namanya So Si-min yang bermaksud rakyat yang berani diberi oleh ayahnya yang juga jaguh dalam sukan. So Si-min bosan dengan sukan lalu bekerja sebagai guru tapi baru beberapa hari di sekolah tersebut, dia sudah tak tahan hidup berpura-pura baik dan polos. 
Si-min dapat idea untuk menyamar dengan topeng kucing dan belasah Soo-kang. 

Filem Brave Citizen arahan Park Jin-pyo diadaptasikan dari webtoon dengan judul yang sama hasil karya Kim Jung-hyun. Penceritaan menggunakan tema buli bukan sesuatu yang baru namun penggunaan konsep vigilante yang mengajar si pembuli adalah sesuatu yang menarik untuk ditonton. 


First half Brave Citizen menceritakan betapa kejam dan berkuasanya Han Soo-kang kerana pengaruh keluarga dan harta. Boleh nampak kenapa Han Soo-kang jadi kurang ajar dan hilang perikemanusiaan bila semua kesalahan dan perangai jahat dia ditutup oleh keluarga. Ada laporan buli kepada Kementerian bukannya disiasat tapi diugut supaya tarik balik laporan. 

‘Do you take us all for fools? Do you think we all gave up and didn’t even try? School violence is fought with lawyers now. Lawyers from both sides fight at the committee. Then what happen? Jin-hyung will get a public defender, and Han gets an army of lawyers. They’ll look the other way this time.’ – Lee Jae-kyeong (Cha Chung-hwa)


Lakonan Lee Jun-young sebagai Han Soo-kang tersangatlah mengerikan sebab dia tak kisah pun bermain dengan darah mangsa. Kalau ada yang mati sebab dia pun dia tak kisah. Tak hairan lah kalau guru pun takut nak melawan dia. Bukan setakat kena hadap gila Soo-kang, kena hadap sekali perangai keluarga dia. Ada bermacam helah untuk dia jatuhkan mangsa dia, tak cukup dengan fizikal dia akan buli secara mental. Banyak kali pengarah paparkan Han Soo-kang seperti iblis dari pelbagai teknik visual. 

Ambil masa yang lama untuk watak So Si-min transform kepada Meow atau vigilante sebab penulis terangkan kenapa tak ada yang melawan dan lebih rela abaikan kes buli yang berlaku di sekolah. Kelakar tengok watak Si-min yang terpaksa berpura-pura baik sebab nak dapatkan tempat sebagai guru tetap.  


Selain dari konflik yang berlaku di sekolah, watak Si-min juga mempunyai konflik bersama bapanya So Yeong-taek (Park Hyuk-kwon) merangkap jurulatih untuk sukan tinju. Dekat second half baru pengarah reveal kenapa Si-min lari dari sukan tinju. Sebab konflik peribadi semasa membesar juga antara punca Si-min teragak-agak untuk jadi vigilante atau berdiam diri. 

Walaupun genre utama Brave Citizen adalah aksi komedi tapi mood penceritaan lebih banyak ke arah aksi drama. Masuk second half dah tak nampak elemen komedi. Mungkin tema buli dalam sesebuah naskhah bukanlah sesuatu yang baru tapi Brave Citizen ada kekuatan tersendiri dalam menyampaikan mesej sebagai pihak guru dan masyarakat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.