KARNIVAL JOM HEBOH 2025 GEGAR PENANG DENGAN WARNA, MUZIK & KERIANGAN TANPA HENTI!

Monday, 3 November 2025

JOM MAI RAMAI-RAMAI! | KARNIVAL JOM HEBOH 2025 GEGAR PENANG DENGAN WARNA, MUZIK & KERIANGAN TANPA HENTI!

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2025 - Warga utara bersiap sedia untuk merasai kehangatan acara padang paling ikonik di Malaysia! Karnival Jom Heboh (KJH) kini kembali menemui pengunjung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang selama tiga hari berturut-turut bermula 7 hingga 9 November 2025 (Jumaat hingga Ahad) dengan pelbagai aktiviti menarik, persembahan hebat dan kejutan istimewa buat seisi keluarga.

Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti riadah, hiburan dan pertandingan menarik seperti Street Soccer 3 on 3, Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Pertandingan Tarian Tradisional Drama Sangat terbuka, Buletin Challenge, sesi Meet and Greet bersama barisan pelakon drama TV3 dan personaliti TV9, Kids Colouring Contest, Tonton Thrill Rumah Hantu, permainan Soopa Doopa, pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma, aktiviti memanah, Zumba Challenge, Pound Fitness Challenge, Jom Lokal Jam serta kemuncak yang dinanti-nantikan, Konsert Jom Heboh selama dua malam berturut-turut!

Karnival kali ini turut memperkenalkan tarikan baharu yang pasti mencuri tumpuan, NSTP Light Sensory Room: Family Fiesta of Lights, dibawakan khas oleh The New Straits Times Press (NSTP). Di bawah tema ‘Dance, Dream, and Delight in Projections’, ruang interaktif ini menawarkan pengalaman imersif berasaskan cahaya dan deria yang sesuai untuk seisi keluarga. Pengunjung berpeluang menari bersama pancaran cahaya interaktif, menikmati visual lembut seperti langit berbintang dan dunia fantasi, serta merasai elemen multi-sensori seperti bunyi, aroma dan cahaya berirama yang membangkitkan imaginasi serta mencipta kenangan indah untuk semua lapisan usia.

Buat julung kalinya, Jom Heboh Fun Run bakal mencipta sejarah apabila dianjurkan sempena KJH di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada pagi Ahad, 9 November 2025, sekali gus menandakan pembaharuan besar dalam karnival ikonik yang meraikan ulang tahun ke-22 tahun ini. Larian santai sejauh 5KM ini menggabungkan elemen hiburan, muzik dan gaya hidup sihat dalam suasana penuh warna, dengan penyertaan personaliti dan artis seperti Farah Nabilah Wazer, Fahiz Ariff, Barr Zaizan, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Fatin Hamimah, Muaz Mohamed, Drama Band dan ramai lagi. 

Peserta turut menerima jersi edisi khas, goodie bag Jom Heboh yang bernilai lebih RM50 dan juga peluang menangi hadiah cabutan bertuah yang bernilai lebih RM40,000! Hadiah utama cabutan bertuah tersebut adalah Percutian Luar Negara termasuk pelan U FAMILY 128 percuma dari U Mobile selama 12 bulan untuk 4 orang dan antara hadiah yang lain seperti TV 50”, Elektrik Skuter, Beg Bagasi, Robot Vakum dan banyak lagi! 

Selain itu, aktiviti terbaharu yang bakal mencuri tumpuan di KJH Pulau Pinang kali ini ialah Viper Challenge, cabaran halangan lasak yang menyeronokkan untuk seisi keluarga! Menampilkan pelbagai rintangan menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur, aktiviti ini bukan sahaja menguji kekuatan fizikal dan semangat berpasukan, tetapi juga menjanjikan pengalaman penuh keriangan dan cabaran. Lebih menarik, pasukan Komando Malaysia (GGK) turut hadir dengan mini setup dan demonstrasi khas di lokasi bagi memberikan pengalaman sebenar cabaran ketahanan kepada para pengunjung. Sertai keluarga dan rakan-rakan anda dalam Viper Challenge dan rasai sendiri keseronokan menakluki halangan dalam suasana penuh kemeriahan!

Antara barisan selebriti yang bakal memeriahkan KJH Pulau Pinang ialah Muaz Zabir, Shamsul Ghau Ghau, Saidah Kamarudin, Syahmie Thsaqeef, Dayang Areeda, Anna Jobling, Liza Abdullah dan Shaza Bae, manakala personaliti Media Prima yang turut hadir termasuk Fedtri Yahya, Amirulhakim Lokman, Fatin Hamimah, Fahiz Arif, Farah Nabilah Wazer, Zati Nizam, Shafiq Adnan dan Neesa Khir. Mereka bukan sahaja akan membuat kemunculan di pelbagai segmen interaktif, malah turut beramah mesra dengan para peminat sepanjang karnival berlangsung.

Tidak ketinggalan, selain reruai di bawah naungan Media Prima, lebih daripada 150 reruai lain turut menawarkan promosi hebat dan hadiah menarik untuk para pengunjung! Antara jenama yang turut serta ialah Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) yang mempromosikan Simpan Baik Baik, Puspakom dengan info berkenaan keselamatan kenderaan, Perkampungan Usahawan UDA dan banyak lagi! Lebih menarik lagi, anda sekeluarga boleh meluangkan masa berkualiti sambil menikmati pelbagai makanan viral yang kini trending di media sosial.

Sempena kehangatan tayangan filem Rangga & Cinta yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 6 November ini, Pertandingan Karaoke Rangga & Cinta turut dianjurkan di Studio Tonton Drama Sangat (STDS) pada Sabtu, 8 November 2025, terbuka kepada peserta berusia 13 hingga 50 tahun. Menampilkan lagu-lagu ikonik daripada filem Rangga & Cinta dan Ada Apa Dengan Cinta, pemenang tempat pertama hingga ketiga bakal membawa pulang hadiah wang tunai terkumpul sehingga RM2500. Sementara itu, Ahad, 9 November 2025, menyaksikan Pertandingan Karaoke Terbuka dengan pilihan lagu bebas untuk semua peserta.

Kemuncak acara pastinya Konsert Jom Heboh, yang bakal menggamatkan suasana malam Sabtu dan Ahad. Konsert malam pertama (8 November 2025, Sabtu) akan dikendalikan oleh Muaz Mohamed dan Aisha Mazlin dengan persembahan hebat daripada Amelina, Nabila Razali, Sofaz, Kaka Azraff dan Jimi (OIAM). Malam kedua (9 November 2025, Ahad) pula dimeriahkan oleh barisan artis popular seperti K.O.I, Aisha Retno, Naqiu, Khai Bahar, Drama Band dan Aina Abdul, yang bakal menutup tirai karnival dengan persembahan penuh bertenaga, sarat emosi dan warna hiburan tersendiri.

KJH Pulau Pinang edisi tahun ini menjanjikan pengalaman yang menyatukan hiburan, gaya hidup sihat dan interaksi komuniti dalam satu acara mega yang tidak wajar dilepaskan. Sertai ribuan pengunjung di Stadium Batu Kawan dari 7 hingga 9 November 2025 (Jumaat hingga Ahad) dan alami sendiri kemeriahan yang hanya boleh dirasai di KJH!

Gunakan tanda pagar rasmi kami #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh, dan #KJHPenang2025 untuk berkongsi detik istimewa anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti kami di Facebook dan Instagram: @jomhebohofficial.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.