Malam Terlarang membawa keunikan tersendiri dengan menginspirasi kisah-kisah misteri masyarakat Nusantara seperti ritual pemujaan pantai yang jarang ditampilkan dalam menyampaikan mesej tentang ‘Bila Bertuhankan Nafsu’, di mana ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi kemahuan duniawi. Berlatarkan tahun 1980an, filem ini memberi fokus kepada sebuah keluarga yang menyimpan banyak rahsia merentas generasi.
Berikut antara sebab anda harus melangkah ke pawagam untuk menonton filem Malam Terlarang terbitan Astro Shaw:
1. Inspirasi Mistik
Filem ini diilhamkan oleh mitos ritual Nusantara, termasuk upacara puja pantai atau pemujaan laut, menjadikannya satu pengalaman seram yang berbeza daripada filem seram tempatan biasa.
2. Tayangan Serantau
Malam Terlarang ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 30 Oktober 2025, serta di Kemboja pada 27 Oktober.
3. Transformasi Zul Ariffin
Zul membawakan watak seorang ahli politik dan menjalani transformasi fizikal yang luar biasa untuk karakter tersebut. Anda akan menyaksikan sisi dirinya yang belum pernah dilihat sebelum ini!
4. Penampilan Seram Pertama Sofia Jane
Ini menandakan kali pertama Sofia Jane memegang watak utama dalam sebuah filem seram sekaligus menjadi satu pencapaian penting dalam kerjaya lakonannya. Ia juga merupakan kemunculan pertamanya dalam filem arus perdana komersial selepas lebih dua dekad.
5. Kenali Pengarahnya
Nurhanisham Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Labu, membuat penampilan sulungnya sebagai pengarah filem cereka melalui Malam Terlarang. Sebelum ini, Labu banyak terlibat sebagai pengarah fotografi dan juga pernah mengarahkan siri premium Astro Originals, X-Change.
6. Cabaran Berbisa
Penggambaran di kawasan paya bakau hadir dengan cabaran tersendiri… terdapat banyak ular sebenar di set penggambaran!
Pemilihan masa di kawasan paya bakau amat penting kerana pasang surut air laut berubah mengikut fasa bulan. Jadual penggambaran perlu dirancang dengan teliti kerana air laut yang naik boleh menenggelamkan kawasan dengan cepat.
Ketika sesi latihan bagi salah satu babak ritual, ribut melanda dan memaksa produksi dihentikan. Keesokan harinya, seorang bomoh dibawa ke lokasi untuk memberikan sokongan spiritual sebelum penggambaran disambung semula.
7. Rahsia di Sebalik Set
Rumah keluarga Omar (lakonan Zul Ariffin) telah diubah suai sepenuhnya bagi menyesuaikan suasana dan jalan cerita yang menyeramkan.
Rumah tersebut ditemui secara tidak sengaja ketika sesi tinjauan lokasi berhampiran kawasan paya bakau dan tanah perkuburan Islam. Secara kebetulan, rumah itu terletak betul-betul di sebelah kawasan perkuburan sebenar.
Menariknya, rumah itu dibina pada tahun yang sama dengan latar masa filem Malam Terlarang, iaitu pada tahun 1987. Sepanjang penggambaran, para pelakon dan kru turut mengalami beberapa kejadian aneh yang dikaitkan dengan rumah tersebut.
Namun begitu, tanah perkuburan yang kelihatan dalam filem sebenarnya hanyalah set tiruan yang dibina menggunakan prop di kawasan berpasir berhampiran laut.
8. Keajaiban VFX Hebat
Kesan visual berskala besar dalam filem ini dihasilkan dengan kerjasama sebuah syarikat dari Indonesia, menambah elemen supernatural yang menakjubkan. Pasukan VFX yang sama sebelum ini turut terlibat dalam filem-filem Indonesia terkenal seperti Qodrat dan Sri Asih.
9. Komposer Muzik
Komposer muzik MonoloQue mencipta runut bunyi filem ini menggunakan rakaman sebenar Gamelan Pahang yang digabungkan dengan petikan tali kuartet. Pakar tarian dan Mak Yong, Zamzuriah Zahari, turut menyumbangkan vokal mistiknya serta melatih koreografi untuk watak Sarimah dan kumpulan Pamakbul.
Temui barisan pelakon pada 1, 2, 8 dan 9 November di sekitar Lembah Klang di pawagam-pawagam terpilih. Ikuti perkembangan terkini Malam Terlarang serta klip-klip menarik di akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak dengan hashtag #MalamTerlarang.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.