‘INNOVATHON’ Kembali Dengan Musim Ke-3, Mencungkil Lebih Ramai Inovator Berbakat

Monday, 10 November 2025

‘INNOVATHON’ Kembali Dengan Musim Ke-3, Mencungkil Lebih Ramai Inovator Berbakat | Musim baharu tampil dengan lebih banyak inovasi mengagumkan dan peningkatan penyertaan belia

Kuala Lumpur, 10 November 2025 – Astro kembali bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi melancarkan program ‘INNOVATHON 3’. Program realiti TV yang berteraskan sains, teknologi dan inovasi ini menjadi platform untuk mengangkat kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia seiring dengan usaha mencari penyelesaian serta penambahbaikan terhadap isu-isu sosioekonomi semasa. ‘INNOVATHON 3’ bakal bersiaran pada 6 Disember 2025, Sabtu, jam 9 malam, di Astro Ria (saluran 104) serta turut disiarkan di RTM 1 (saluran 101), Okey (saluran 146), Astro Vaanavil (saluran 201), Astro AEC (saluran 306) dan Astro Showcase (saluran 413).

Seramai 56 peserta telah terpilih menerusi sesi uji bakat dan bakal bersaing di pentas ‘INNOVATHON 3’ menerusi lapan episod yang sarat dengan idea-idea segar berteraskan sains, teknologi dan inovasi. Musim ini turut memperkenalkan Anugerah Khas Juri yang merangkumi tiga kategori, terbuka kepada semua jenis inovasi dan tidak lagi terhad kepada inovasi murid sekolah sahaja.

Selain daripada membariskan 56 produk inovasi untuk musim ini, ‘INNOVATHON 3’ turut memberi tumpuan kepada perjalanan dan penambahbaikan produk-produk inovasi yang telah diperkenalkan pada musim pertama dan kedua. Ia turut menarik minat ramai pemikir baharu yang berbakat, yang ingin mencari ruang dan peluang untuk membentangkan inovasi kreatif mereka. 

Agnes Rozario, Ketua Pegawai Kandungan Astro, berkata, “Astro akan terus meraikan golongan pemikir kreatif serta menyediakan platform untuk mereka membentangkan idea-idea inovatif melalui ‘INNOVATHON’. Dengan sokongan padu daripada Kementerian Ekonomi dan MOSTI, Astro akan memastikan setiap idea ini mendapat perhatian, peluang penambahbaikan serta dikembangkan menjadi inovasi yang menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi negara. Usaha ini juga menyahut inisiatif kementerian dalam usaha mempopularkan budaya sains dan teknologi, terutamanya dalam golongan generasi muda, dengan menggalakkan mereka terus berinovasi dan menyumbang idea bernas kepada masyarakat.”

Menurut Menteri Ekonomi, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, “Kementerian Ekonomi telah meningkatkan nilai hadiah keseluruhan bagi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan daripada RM1.0 juta kepada RM1.65 juta pada tahun ini ”.

‘INNOVATHON 3’ menampilkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang dan juga YBhg. Dato' Nor Azmie Bin Diron, Ketua Setiausaha Menteri Ekonomi sebagai Juri Tetap, bergandingan dengan Juri Selebriti, Erra Fazira. Sementara itu, Datuk Aznil Hj. Nawawi kembali sebagai Mentor Persembahan, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. Gandingan Awal Ashaari dan Amelia Henderson pula bakal mengemudi pentas sebagai hos musim ini. Sementara itu, Ceddy Ang sekali lagi menggalas tanggungjawab untuk mengacarakan Kapsul ‘INNOVATHON’ dan ‘INNOVATHON XTRA’ bagi merungkai kejadian menarik di sebalik tabir dan juga komen serta pendapat juri sewaktu pasca rakaman.

Para penonton boleh menyaksikan siri ‘INNOVATHON 3’ bermula 6 Disember 2025, setiap Sabtu jam 9 Malam di Astro Ria (saluran 104), RTM 1 (saluran 101), Okey (saluran 146), Astro Vaanavil (saluran 201), Astro AEC (saluran 306) dan Astro Showcase (saluran 413). Program ini juga boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

PENJURIAN & TRIVIA ‘INNOVATHON 3’

  • Secara ringkas, setiap episod menampilkan lapan inovasi tetapi hanya satu idea terbaik akan dipilih untuk mara ke Pentas Akhir untuk memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1,650,000.00. Lapan peserta untuk setiap episod akan memperkenalkan dan membentangkan idea mereka di hadapan 100 Juri Awam yang mewakili suara pengguna dan 5 Juri Profesional. 
  • Para inovator akan melalui 3 peringkat:

  1. Pengenalan Latar Belakang
  2. Bimbingan
  3. The 100 Pitch

  • Pengenalan Latar Belakang merupakan salah satu proses yang dilalui para peserta semasa sesi uji bakat serta sesi bersama mentor. Sesi ini dilakukan sejurus sahaja para peserta disenarai pendek untuk ke pusingan seterusnya. Pada peringkat ini, idea-idea yang dibentangkan akan dinilai dari sudut kemampuan untuk dibangunkan serta kemampanan dalam pelaksanaan. 

  • Menerusi Segmen Bimbingan, peserta-peserta akan menerima nasihat dan mentorship daripada pakar yang berpengalaman dalam industri masing-masing. Ini termasuk alumni ‘INNOVATHON’, agensi kerajaan, usahawan, pelabur, ikon niaga dan personaliti tersohor tanah air . 
  • Setiap peserta yang terpilih untuk mara ke peringkat rakaman ‘INNOVATHON’ seterusnya akan menerima sesi bimbingan asas bersama Datuk Aznil Hj. Nawawi, mentor yang berpengalaman secara bersemuka bagi membantu perjalanan mereka sewaktu sesi pitching berlangsung.

  • The 100 Pitch pula menyaksikan para peserta membentangkan idea mereka kepada 100 juri awam iaitu bakal pengguna yang dipilih daripada pelbagai latar belakang demografi yang merangkumi 40% daripada penilaian keseluruhan.  

  • Selain daripada 100 individu tersebut, lima Juri Profesional akan dijemput setiap minggu daripada kumpulan pakar. Mereka akan menilai dan memberikan peratusan markah sebanyak 60% menerusi penilaian profesional mereka.  

  • Di Pentas Akhir, finalis akan membentangkan produk inovasi mereka yang telah melalui proses penambahbaikan di hadapan lima orang juri profesional daripada pelbagai bidang termasuk menteri, wakil kementerian, usahawan, ikon niaga, potensi pelabur dan selebriti. Para juri akan menilai kemajuan idea berdasarkan beberapa faktor seperti peluang, teknikaliti dan kriteria lain serta memberikan maklum balas sebelum memilih pemenang. 

  • Juara INNOVATHON akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM80,000 dan RM50,000. Tempat keempat dan kelima akan menerima RM10,000 dan RM5,000. Kelima-lima pemenang ini juga akan menerima Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan mengikut kesesuaian dan skala perniagaan mereka dengan nilai terkumpul sehingga RM1,650,000.00.

  • INNOVATHON kali ini menampilkan Anugerah Khas Juri; 3 anugerah terbuka kepada semua jenis inovasi dan tidak terhad kepada inovasi ciptaan murid sekolah sahaja. Secara tidak langsung memberi peluang lebih luas kepada inovator daripada pelbagai latar belakang untuk diketengahkan.

  • Program INNOVATHON Musim 3 akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) dan RTM saluran TV1 bermula 6 Disember 2025, Sabtu. Selain itu, INNOVATHON 3 juga bakal bersiaran Astro Vaanavil (saluran 201), Astro AEC (saluran 306) dan Astro Showcase (saluran 413).

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.