Movie Review | Kitab Sijjin & Illiyyin (2025)

Saturday, 22 November 2025


Pengarah: Hadrah Daeng Ratu 
Penulis Skrip: Lele Laila 
Pelakon: Yunita Siregar, Dinda Kanyadewi, Djenar Maesa Ayu, Tarra Budiman, Kawai Labiba, Firzanah Alya
Syarikat Produksi: Rapi Films, Sky Media, Rhaya Flicks, Legacy Pictures, Narasi Semesta  
Pengedar: Rapi Films, Golden Screen Cinemas (Malaysia), Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 99 minit
Tarikh Tayangan: 17 Julai 2025    
Trailer:


Kisah bermula dengan kematian ngeri kedua-dua orang tua Yuli (Firzanah Alya) akibat disantau oleh Ambar (Nai Djenar Maisa Ayu). Yuli dibawa masuk ke dalam keluarga Ambar untuk didera sejak kecil hingga lah dewasa. Kakak tirinya, Laras (Dinda Kanyadewi) juga turut membenci Yuli dan menyebarkan fitnah bahawa Yuli (Yunita Siregar) adalah anak luar nikah ayahnya sehingga orang kampung percaya. 

Setelah Ambar meninggal, Yuli yang sakit hati dan trauma didera sejak kecil bertemu dengan dukun untuk santau seluruh ahli keluarga Laras. Semua yang diajar oleh dukun dilakukan dengan cermat sehinggalah selesai. 


‘Darah bertemu darah, kulit bertemu kulit, daging bertemu dagingm songsang terhalang oleh songsang. Gelap bumi, gelap langit. Aku dikendalikan oleh nenek moyangku. lebur, lebur, lebur. Aku minta Ratu Santet di gunung tinggi. Aku tahu Ratu selalu menginginkan sesuatu. Aku bawakan sajian kesukaan Ratu. Terimalah perintahku untuk hancurkan semua orang ini.’ - Yuli 

Dukun berpesan supaya selesaikan ritual terhadap kesemua ahli keluarga yang dituju dalam tempoh seminggu, jika tidak semua sihir akan berpatah balik kepada Yuli. Mendengarkan pesanan si dukun, Yuli segera melakukan santau seorang demi seorang. 


Dalam rumah tersebut, hanya Tika (Kawai Labiba) yang menjaga solat dan sentiasa berdoa agar keluarganya dilindungi oleh sihir. Tika dinasihati oleh abuyya (David Chalik) agar sentiasa melakukan Tahajud meminta pertolongan dari Allah s.w.t. sepertimana yang pernah diamalkan oleh Nabi s.w.t ketika disihir dahulu. 

Installment kedua untuk universe filem Sijjin (2023) arahan Hadrah Daeng Ratu menggunakan tema santau akibat dendam yang dipaparkan oleh watak Yuli. Penceritaan Kitab Sijjin & Illiyyin bersilih ganti antara kekuatan ilmu hitam yang beralaskan dendam dipengaruhi oleh jin dan kekuatan agama Islam. 


Konsep penceritaan filem sama seperti tajuk filemnya. Kitab Sijjin dan Illiyyin adalah dua kitab yang disebutkan dalam Surah Al-Muthaffifin yang digunakan untuk mencatat amal perbuatan manusia. Sijjin adalah kitab untuk mencatat perbuatan orang-orang derhaka, sedangkan Illiyyin adalah kitab untuk mencatat perbuatan orang-orang soleh dan beriman. 

Menerusi watak Dukun, boleh nampak betapa kuatnya dendam yang digenggam oleh Yuli. Semua perbuatan Yuli untuk selesaikan ritual hanya dipandang oleh si Dukun. Gali mayat, sembelih kambing dan banyak lagi perbuatan yang menggelikan dan mengerikan sanggup ditempuh oleh Yuli semata-mata untuk lunaskan dendam. Sama juga dengan watak Tika yang bertambah kuat iman dan mental setiap kali diganggu oleh Ratu Ilmu Hitam. 


First half filem Kitab Sijjin dan Illiyin diceritakan dengan bagus tapi bila masuk separuh masa kedua, jalan cerita mula longgar. Semua watak yang terkena santau akan mati dengan cepat walaupun terseksa tapi bila sampai part Laras, filem terasa panjang dan meleret. Laras yang dirasuk pun mula berkelakuan seperti zombi. 

Patutnya Yuli tak perlu buang masa bertekak dengan Yono dan fokus dengan santau. Nak juga tengok apa akan jadi kalau Tika yang kena santau. Mampu atau tidak amalan dan doa selamatkan dia dari sihir santau. Lebih menarik kalau ketegangan filem diletak di situ daripada biarkan Laras yang meracau ganggu Tika. 


Filem Kitab Sijjin dan Illiyin yang ditulis oleh Lele Laila mempunyai mesej yang kuat tentang berbuat amal kebaikan. Boleh faham kenapa Yuli tak kesian pun dengan Dean atau Tika walaupun mereka masih belum dewasa. Dari kecil sampai ke besar, dua watak ni langsung tak menegah atau bersuara bila Yuli didera. Apa guna Tika pergi surau, jaga solat, kelas agama tapi tutup mata dengan kezaliman keluarga sendiri. Tak boleh nak salahkan Yuli sepenuhnya bila dia pilih jalan gelap sebab Ambar dan Laras memang hati busuk. 

Filem Kitab Sijjin dan Illiyin agak gore dan ngeri jadi tak sesuai ditonton waktu makan. Mual tekak bila muncul babak-babak santau. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.