Pengarah: Scott Beck, Bryan Woods
Penulis Skrip: Scott Beck, Bryan Woods
Pelakon: Hugh Grant, Sophie Thatcher, Chloe East
Syarikat Produksi: Beck/Woods, Shiny Penny Productions, Catchlight Studios
Pengedar: A24
Genre: Psikologi / Seram
Durasi Tayangan: 111 minit
Tarikh Tayangan: 08 September 2024 (TIFF), 08 November
Trailer:
Sister Paxton (Chloe East) dan Sister Barnes (Sophie Thatcher) menjalankan aktiviti dakwah dengan penduduk setempat sekitar Gereja LDS. Dalam perjalanan pulang ke gereja, mereka menumpang teduh di rumah Mr. Reed (Hugh Grant) sementara menunggu hujan ribut berhenti.
Awalnya mereka teragak-agak untuk masuk kerana tiada kehadiran wanita di rumah tersebut namun Mr. Reed yakinkan isterinya berada di dapur sedang memasak. Mr. Reed mempelawa mereka berdua untuk makan malam bersama. Sementara menunggu, Sister Barnes dan Sister Paxton bersoal jawab tentang agama.
Semakin lama semakin mereka sedar yang isteri Mr. Reed masih juga belum muncul dari dapur. Ada sesuatu yang pelik di rumah tersebut. Ketika Mr. Reed minta diri ke dapur, Sister Barnes perasan mereka diperdaya oleh tuan rumah kerana bau pai blueberry dari dapur rupanya bau yang datang dari lilin wangian blueberry.
Mereka berdua mencari jalan keluar namun gagal kerana rumah Mr. Reed mempunyai sistem kuno di mana pintu hanya akan terbuka pada sekian waktu atau elektrik hidup dengan timer. Tak ada tingkap dan tiada juga talian telefon. Mereka berdua cuba lengahkan masa kerana pihak gereja akan mencari ahli yang keluar sekiranya tidak pulang seharian.
Naskhah yang ditayangkan di Toronto International Film Festival dan tercalon dalam Independent Spirit Awards untuk Best Screenplay merupakan filem ketujuh dihasilkan dari produksi Beck/Woods selepas kejayaan filem A Quiet Place (2018).
Penceritaan Heretic mempunyai latar masa yang pendek dan latar tempat yang sama cuma berbeza ruang. Kebanyakan masanya filem bergerak menerusi perbualan mereka bertiga tentang agama, kepercayaan dan prinsip hidup masing-masing. Perbualan yang berat dengan topik yang sensitif jadi tak semua orang akan terima filem ni dengan baik.
Kekuatan pada Heretic bukanlah pada dialognya kerana Mr. Reed cuma bertanyakan soalan yang provokatif tanpa jawapan yang mendalam dari Sister Barnes atau Sister Paxtor. Mungkin sebab mereka berdua masih baru jadi jawapan cuma banyak diambil berkisar pengalaman hidup dan perspektif masing-masing. Macam percanggahan quote di mana Sister Paxton dengan senang hati bagitahu dari filem Spiderman tapi Mr. Reed dengan nada yang serius beritahu Volitaire. Tapi boleh jadi perbualan dalam ni terlihat sensitif atau menarik untuk yang tak biasa.
‘If revelation by God is filtered through man, and man is flawed and man sins and man lies, then how do we know any of it is true?’ – Mr. Reed
Kekuatan lakonan Hugh Grant sebagai Mr. Reed yang mudah mesra dengan orang dan menggunakan personaliti yang baik. Walaupun bertanya soalan provokatif, mulut dia tak berhenti senyum. Tona suara yang digunakan dalam melontarkan dialog juga mencuri perhatian. Mungkin sebab dah terbiasa dengan filem romantik jadi pemilihan Hugh sebagai Mr. Reed tampak sempurna sebab dia masih ada sisi yang menawan untuk umpan mangsa. Tapi personaliti baik tu tetap hadirkan rasa tak senang dan menakutkan.
Lakonan Sophie Thatcher dan Chloe East juga tak kurang hebatnya di samping Hugh Grant. Mereka bawa watak yang berbeza personalitinya. Sister Barnes lebih berhati-hati sementara Paxton terlihat polos dan positif. Mungkin juga kerana usia dia yang muda dan dibesarkan dalam persekitaran yang baik tak seperti Barnes. Kebanyakan masanya dia biarkan Barnes yang lead the way sementara dia lebih selesa menyokong di belakang.
Penceritaan Heretic pada separuh masa pertama menarik perhatian sebab nak tahu apa yang Mr. Reed nak dari perbualan mereka bertiga. Masuk second half, penulis mula kuatkan genre seram dan elemen saspen sebab Mr. Reed dah berubah karakter. Dari awal lagi penulis tak berselindung yang Mr. Reed nak bereksperimen dengan Sister Barnes dan Sister Paxton cuma kita tak tahu hingga ke tahap mana.
Menariknya di second half karakter Paxton berubah personaliti dan hidupkan ketegangan antara protagonis dan antagonis. No wonder dia lebih selesa di belakang sebab dia lebih suka memerhati keadaan sekeliling cuma tersilap langkah di rumah Mr. Reed.
Sinematografi dari Chung Chung-hoon banyak bermain dengan close-up dengan kamera bertukar ganti pada sekian-sekian watak, sesuai dengan konsep yang dibawakan oleh pengarah. Penggunaan cahaya yang kelam dan pencahayaan minimal kuatkan lagi elemen seram dan aura jahat watak antagonis dalam Heretic. Music score gubahan Chris Bacon menambahkan lagi impak pada penceritaan.
Bila tengok klimaks dan jawapan kepada misteri di dalam rumah Mr. Reed, misteri tu macam tak logik juga bila pihak gereja tak ambil apa-apa tindakan padahal dah banyak kali berlaku. Sama juga dengan keadaan mangsa-mangsa yang lain atau babak-babak thriller yang lain pada second half. Instead of the religion banter, I lebih geram dengan keselamatan di kawasan tu.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.5/10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.