Pengarah: Fazli Yasin
Penulis Skrip: Rohaya Halid
Pelakon: Kodi Rasheed, Amerul Affendi, Cat Farish, D'Boy Hamdan, Bohari Ibrahim, Nor Albaniah
Syarikat Produksi: Lil Studios
Pengedar:
Genre: Seram / Thriller
Durasi Tayangan: 110 minit
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2025 (Malaysia)
Trailer:
Ramli (Kodi Rasheed) dan Malik (Amerul Affendi) dari Syarikat Maju Jaya ditugaskan untuk memujuk penduduk Kampung Limbungan untuk projek pembinaan empangan di kawasan Pantai Timur. Pengurus projek dari syarikat Garuda Putih yang melaksanakan tugas tersebut sebelum ini dilaporkan telah hilang tanpa jejak. Namun kerana upah dan peningkatan gaji yang lumayan, Ramli mengendahkan bahaya tersebut.
Dia pergi dengan membawa senapang patah dan satu tong kecil minyak tanah sebagai persiapan di sana. Malik pula hanya sempat titipkan pesan kepada ibunya (Noralbaniah) supaya menjaga anaknya, Aya dengan baik semasa dia berada di sana. Perjalanan dari bandar Kuala Lumpur hingga ke Kampung Limbuingan memakan masa selama 8 jam. Mereka mungkin sampai ketika senja lalu Ramli akan berbincang dengan Tok Ketua (Bohari Ibrahim) dan pulang pada malam itu juga cadangnya.
Tanpa mereka sedari, Tok Ketua dan penduduk Kampung Limbungan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dari makhluk misteri yang menghantui setelah sekian lama. Tok Ketua cuba ‘pagar’ kawasan kampung tersebut dan penduduk kampung dinasihatkan supaya berkurung sebaik saja senja. Makhluk tersebut akan muncul ketika gerhana merah.
‘Ramli waktu aku kecil dulu, datuk aku pernah cerita, ada orang amalkan ilmu Cindaku. Manusia jadi harimau. Waktu tu ada satu keluarga, lapan orang mati. Baik kita keluar cari bantuan.’ - Malik
Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 arahan Fazli Yasin mengambil inspirasi daripada sebuah catatan Hugh Clifford, seorang Residen British di Pahang yang bertugas pada tahun 1986 hingga 1903. Unsur supernatural iaitu harimau jadian digabungkan dengan projek pembinaan empangan hidroelektrik di Tasik Kenyir, Terengganu yang dibina pada tahun 1975.
Suasana era 70-an dihidupkan dalam naskhah seram thriller kerana pengarah suka dengan konsep suasana zaman tersebut. Pakaian yang dipakai oleh barisan pelakon utama terutamanya watak lelaki digayakan mengikut era tersebut. Walaupun Kampung Limbungan cuma dilakukan dalam studio tapi seronok tengok senibina zaman dahulu yang banyak menggunakan buluh dan daun nipah.
Bajet untuk hidupkan visi pengarah ni mungkin terhad sebab 90% dibina dalam studio sahaja. Dalam beberapa babak pun memang ketara penggunaan CGI tapi okay lah sebab latar tempat tak banyak. Respect lah dengan usaha semua team production yang cuba bereskperimen dengan latar masa tersebut. Kostum harimau jadian pun nampak menggerunkan walaupun kostum hanya pada muka sahaja. Transition dari manusia kepada harimau pun nampak smooth.
“Harimau jadian ini adalah pengamal ilmu hitam yang membuat penjanjian dengan iblis dan makhluk ini hanya meminum darah sahaja dan tidak memakan semua mangsanya.’ – Fazli Yasin
Penceritaan naskhah Limbungan: Tragedi Hitam 1975 mudah difahami dan bersifat straightforward. First half diceritakan dengan baik tentang konflik syarikat pemaju dan orang kampung manakala pada second half dimasukkan pertembungan antara harimau jadian dan watak-watak utama.
I tak suka klimaks dengan ending yang sengaja nak menguatkan elemen dramatik macam Malik tiba-tiba gelojoh nak buka kabel padahal both of them boleh bincang macam mana nak lawan harimau jadian tu memandangkan Malik tahu tentang Cindaku. Geram juga tengok Malik sengaja jatuhkan semua peluru senapang patah Ramli. Tahu takut, tapi dia bukannya tahu pun macam mana nak lawan makhluk tu. Patutnya dia jadi pembantu Ramli bukannya makin menyusahkan keadaan.
Perkembangan watak-watak dalam filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 agak mengelirukan sebab semuanya tak dijelaskan dengan baik. Kenapa Ramli tak suka anak sampai emo setiap kali Zubaidah (Chacha Maembong) sebut tentang anak. Dia ada gaji besar, muda, sihat tapi tak nak anak. Memang dia kata ada anak ni leceh tapi kenapa? Alasan dia tak munasabah. Bukan ke zaman tu masih pentingkan zuriat dan keturunan? Watak Tok Ketua pun lemah, suka betul emo bila tahu orang keluar rumah. Kalau pagar dia kuat kenapa nak emo?
Dalam filem ni penulis ceritakan macam mana harimau jadian boleh wujud tapi macam mana untuk hapuskan tu tak diceritakan. Yang pastinya, penduduk Kampung Limbungan semuanya bersetuju untuk keluar dari situ sebab empangan dah berjaya dibina dah pun. Harimau jadian sahaja yang kekal sebagai mitos sebab tak pernah ada yang nampak dah sekarang. Harimau pun dah nak pupus apatah lagi harimau jadian. Saka harimau mungkin ada.
Anyway, I have fun watching this walaupun terganggu dengan pembaca berita yang seakan AI dan elemen dramatik yang tak perlu.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.7 /10

Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.