FILEM ASTRO SHAW, MALAM TERLARANG RAIH KUTIPAN PEMBUKAAN RM3 JUTA

Monday, 3 November 2025

FILEM ASTRO SHAW, MALAM TERLARANG RAIH KUTIPAN PEMBUKAAN RM3 JUTA  | Terima Pujian Atas Visual Memukau, Lakonan Mantap, Jalan Cerita Mistik Nusantara

3 November 2025, Kuala Lumpur – Filem seram terbaharu terbitan Astro Shaw, Malam Terlarang, mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan pembukaan RM3 juta.

Kejayaan ini membuktikan sambutan penonton positif terhadap naskhah seram tempatan yang menampilkan gandingan pertama kali Zul Ariffin dan Sofia Jane, di bawah arahan pengarah baharu, Labu, serta hasil pencipta dan penerbit kreatif yang diketuai oleh Hazo Mahayuddin. 

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Malam Terlarang merangkap Ketua Astro Shaw, “Kami amat berterima kasih atas sokongan luar biasa daripada penonton yang memilih untuk menonton Malam Terlarang di pawagam. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa karya tempatan yang dihasilkan dengan kualiti tinggi dan jalan cerita yang dekat dengan jiwa penonton masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kami ingin mengajak mereka yang belum menonton untuk merasai sendiri pengalaman sinematik Malam Terlarang di pawagam, sebuah pengalaman yang pastinya lebih mengujakan dan berbeza apabila dinikmati di layar besar.”

Malam Terlarang bukan sekadar menampilkan elemen seram dan mistik Nusantara, tetapi turut mengangkat kisah kekeluargaan yang penuh emosi. Visual yang memukau serta lakonan mantap barisan pelakon turut menjadi antara faktor kejayaan Malam Terlarang.

Antara komen penonton yang telah menyaksikan sendiri sendiri fenomena seram tempatana yang menjadi bualan ramai di pawagam seluruh negara ini,

  • Cubaan yang menarik daripada Team Malam Terlarang. Dah tonton and aku agak terkesima dengan pembikinannya. MESTI TONTON ! - @Don_Aziz
  • Korang kena tengok Malam Terlarang. Much better thn Conjuring... aku rate 8.7/10 - @ItsAryya
  • Satu perkara yang saya puji tentang Malam Terlarang ialah bagaimana filem ini menampilkan sesuatu yang sangat jarang dilihat dalam industri filem Malaysia — iaitu penggambaran autentik kepercayaan dan ritual Nusantara. Ironiknya, aspek warisan ini jarang sekali diketengahkan, sedangkan ia begitu sebati dengan budaya kita. - @ConsoleWonders
  • Ok, cerita Malam Terlarang best.! 10/10 sebab jumpscare tak meleret, Jalan cerita padu, dan berdasarkan amalan pujaan lama yg pernah diharamkan. - @HilmiHimself

Malam Terlarang menyampaikan mesej tentang ‘Bila Bertuhankan Nafsu’, di mana ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi kemahuan duniawi. Berlatarkan tahun 1980an, filem ini memberi fokus kepada sebuah keluarga yang menyimpan banyak rahsia merentas generasi. 

Mawar, seorang gadis berusia 18 tahun membesar di sebuah bandar kecil bernama Kampung Pasir Larung. Cita-citanya sebagai wartawan tertangguh kerana terpaksa menjaga ibunya, Sarimah, apatah lagi bapanya, Omar sibuk dengan kerjaya politik. Namun, pemergian mengejut kakaknya, Safar mengubah keadaan. Mawar diganggu pengalaman mistik dan kejadian paranormal yang mengerikan, membuatkan dia nekad mencari punca misteri kematian Safar. 

Filem ini bintangi oleh Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.  Temui barisan pelakon yang akan membuat penampilan istimewa di pawagam-pawagam terpilih. Ikuti akaun Astro Shaw dan Astro Gempak untuk maklumat lanjut.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.