Semoga Bertemu Lagi & Selamat Pengantin Baru, Ms Ayuni!

Tuesday, 4 November 2025


Bulan September dah dapat perkhabaran Yun akan jadi isteri orang awal bulan November tapi bad newsnya, dia kena pindah balik ke Seremban. Menyewa dengan husband dekat sana dan kerja dekat sana. At first macam try adjust tapi tak dapat juga sebab husband tak nak PJJ so terpaksa lah terima 29 Oktober adalah tarikh last Yun bekerja di RRM. 

Kitorang plan a small farewell, sambut dengan yang mana ada je sebab ada yang tak dapat masuk office gara-gara influenza. Ada yang ada urusan dekat luar. Kalau nak tunggu semua memang tak dapat lah cerita dia. Awal pagi tu dah siapkan semua kerja, order Texas Chicken pukul 3.30 petang macam tu so kitorang akan buat waktu hi-tea. 
















Dayan: I nak buat puding jagung lah untuk farewell esok
Also Dayan: I tak sempat nak buat, nah kek pisang hehe

 








Dah selesai susun semua makanan, dah bancur air baru kitorang panggil Ms Ayuni ke majlis farewell dia. 










Kitorang beria tak tegur Yun dari pagi sebab konon nak buat surprise party tapi Yun kata dia dah tahu ada makan-makan sebab bau ayam Texas wangi semerbak masa dia masuk ke Griffin untuk letak dokumen. Kantoi teruk dekat situ tapi sebab tak nak kantoikan kejutan satu office, dia pura-pura tak tahu sampai lah Ain panggil ajak ke sebelah. 






Tapi takpe lah benda dah kantoi nak buat macam mana. Masa preparation tu pun dah kantoi sebab Syida ke hulu ke hilir bawa kotak donut tanya nak susun mana. Lepastu I pulak terlepas cakap bagitahu ayam dah sampai dekat sebelah. 

'Rasa nak marah tapi kena sabar.'- Ain, 2025


Tak sure siapa yang bawa brownies tapi caramel puding tu dari Teha. First time dia buat khas untuk farewell Yun. Berbaloi lah effort Teha sebab sedap, kena dengan tekak kitorang sebab tak manis sangat. Licin ye caramel puding ni lepas semua dah habis makan ayam. Lepas ni boleh request dekat Teha kalau ada makan-makan. 









Dah habis makan kitorang bertukar hadiah sebab majlis Yun dekat Bahau, agak jauh nak pergi jadi ramai yang tak dapat hadir. Alang-alang tuan badan dah ada dekat office, kitorang bagi je terus dekat dia. 

Masa ni ada hadiah farewell dan hadiah kahwin dikirim dari Syu guna Lalamove sebab Syu mc, tapi sebab hadiah dia tak ada nama, semua tertanya-tanya hadiah tu dari siapa. I pun bagi hadiah sekali dekat Yun kongsi dengan Syida. Kitorang bagi pan Tefal untuk Yun masak setiap hari buat husband tercinta. 


Tak ingat dah dapat hadiah apa sampai happy macam ni >.<

Lepas habis sesi memberi hadiah, tiba lah sesi bersalaman dan bermaafan untuk kali terakhir. Masa ni Yun cuba untuk tak menangis tapi bila sampai turn Kak Ida, pecah jugak empangan. 





Thank you Yun jadi kawan I dekat RRM dari chambering sampai sekarang. I pun tak sangka kita boleh jadi kawan gara-gara I pasang lagu Still With You - Jungkook. Walaupun I bukan ARMY macam u tapi Jungkook adalah pujaan hati. Selamat bekerja di tempat baru dan selamat melayari bahtera perkahwinan bersama imam muda. Semoga perkahwinan u diberkati dan dirahmati. Ada rezeki kita jumpa lagi đź’—

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.