Movie Review | Love Untangled (2025)

Monday, 10 November 2025

Pengarah: Namkoong Sun
Penulis Skrip: Ji Chun-hee, Wang Doo-ri 
Pelakon: Gong Myung, Shin Eun-soo, Cha Woo-min, Yoon Sang-hyeon, Kang Mi-na
Syarikat Produksi: Bombaram Film
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 119 minit
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2025
Trailer:


Park Se-ri merupakan pelajar yang riang di sekolah namun sering berasa malu dengan rambutnya yang kerinting. Dia suka dengan pelajar lelaki bernama Kim Hyun yang kacak dan aktif dalam sukan bola keranjang di sekolah. Cubaan untuk tegur Kim Hyun seringkali gagal kerana ramai pelajar perempuan lain yang suka dengan Kim Hyun namun Park Se-ri mempunyai satu kelebihan rahsia bila dia tahu tempat rahsia di Busan. Tempat hanya dia dan Kim Hyun yang tahu. 


Semasa menunggu Kim Hyun, Park Se-ri terkejut dengan lelaki yang lemas di tempat dia berenang. Keesokan harinya lelaki yang sama perkenalkan diri sebagai transfer student di Sekolah Menengah Garam dan masuk kelas yang sama dengan Park Se-ri. Han Yoon-seok berpindah dari Seoul ke Busan kerana dia dan ibunya ingin lari dari ayahnya yang kaki pukul. Setelah kemurungan dan cubaan untuk bunuh diri, Han Eung-hee (Baek Jang-mi) berpindah lalu buka salon di Busan untuk menyara mereka berdua di sana.


Kebetulan Park Se-ri perlu rebonding rambut supaya kelihatan menawan di hadapan Kim Hyun lalu dia terima tawaran Han Eung-mi untuk berkawan dan menjaga anaknya dengan baik. Setiap hari Park Se-ri bersama rakan-rakannya, Baek Sung-Rae (Yoon Sang-Hyeon), Ko In-Jung (Kang Mi-Na) dan yang lain-lain buat strategi supaya dapat bertemu atau bercakap dengan Kim Hyun. Berjaya ke tak rancangan mereka, kena tengok lah dekat Netflix. 

Happy bila tengok filem Love Untangled arahan Namkoong Sun yang diadun dalam template santai dan menghiburkan. Menggunakan latar zaman persekolahan untuk kisah cinta yang comel dan menekankan mesej tentang paras rupa dan keyakinan diri. 


Penceritaan Love Untangled ringkas tapi ada emosi yang kuat dari kisah kehidupan dua watak utama – Park Se-ri yang sedih dengan kekurangan diri dan Han Yoon-seok yang perlu keluar dari konflik keluarga untuk terus hidup. Tapi kedua-duanya ada support system yang kuat supaya mereka terus hidup dengan bahagia. Park Se-ri sebenarnya tak lah sedih sangat pun hidup dia tapi dari pov remaja perempuan yang ada insecurities, benda tu jadi big deal untuk dia. Walaupun ayah dia photoghrapher rasmi untuk Sekolah Menengah Garam tapi kalau dia tak suka bergambar pun susah jugak. 


Yang geramnya dengan Love Untangled ni bila Cha Woo-min terus hilang dari cerita bila Park Se-ri dengan Han Yoon-seok semakin rapat padahal Se-ri dah dapat attention dari Kim Hyun sejak dia tahu port rahsia di Busan tu. Sayang betul pengarah tak guna chemistry Shin Eun-soo dengan Cha Woo-min sebaiknya because personally for me, chemistry pairing lead tak kuat sangat. Kadang nampak macam adik dengan abang. 

Mungkin sebab watak Han Yoon-seok seorang yang pasif tapi ketara sangat muka dia berusia sebab umur sebenar pun dah 31. Tak faham kenapa casting director tak ambil idol berlakon watak utama sebab watak dia tak susah sangat pun. Pendiam, bijak, observant dan suka dengan fotografi. 


Tak sangka Cha Woo-min dalam filem Love Untangled boleh jadi seseorang yang menawan dengan senyuman yang murni sebab watak dia berlakon - Weak Hero Class 1 (2022), Brave Citizen (2023) dan Study Group (2025) semuanya watak antagonis berhati batu. Dalam Melo Movie (2025) dia dapat watak baik tapi tetap ada nakalnya sebab kena compete dengan male lead. Risau bila tengok dia tegur Se-ri sebab takut penulis masukkan plot twist dia sebenarnya kasanova tapi sampai ke hujung kemunculan dia, watak Kim Hyun memang baik dan sweet orangnya. 


Bila tengok Shin Eun-soo sebagai Park Se-ri dalam Love Untangled, baru faham kenapa dia dapat watak bisu dalam drama Twinkling Watermelon (2023). Mulut dia memang tak berhenti bercakap dari awal sampai habis. 

Masa tengok babak Se-ri terkejut bila Han Yoon-seok sebut 4862 tu, rasa pelik juga lah tengok reaction dia. Bila baca reddit, baru faham yang 486 maksudnya I Love You. 4862 pula maksudnya I Love You Too. Rasanya sebelum ni dah tahu tapi lama dah tak nampak scene macam ni so dah lupa dah. 

Anyway, it’s a cute rom-com movie with high rewatch value! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.