KELAHIRAN SEMULA KISAH CINTA IKONIK, “RANGGA & CINTA” BAWA KEMBALI MAGIS AADC!

Monday, 3 November 2025

Kuala Lumpur, 3 November 2025 – Dua dekad selepas Ada Apa Dengan Cinta? mencipta fenomena dan menjadi lambang cinta remaja era 2000-an, kisah ikonik itu kini bernafas kembali dalam wajah baharu menerusi Rangga & Cinta, arahan pengarah tersohor Riri Riza. Menggabungkan sastera, irama dan nostalgia cinta dengan sentuhan segar Generasi Z, filem ini bakal menemui penonton Malaysia di pawagam mulai 6 November 2025.

Diterbitkan oleh Miles Films dengan penerbit berpengaruh Mira Lesmana selaku peneraju bersama Nicholas Saputra dan Toto Prasetyanto, Rangga & Cinta turut mendapat sokongan Primeworks Studios sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi di Malaysia. Filem ini menampilkan barisan pelakon muda berbakat termasuk Leya Princy, El Putra Sarira, Jasmine Nadya, Kyandra Sembel, Katyana Mawira, Daniella Tumiwa, Rafi Sudirman dan Rafly Altama.

Apabila sastera mempertemukan dua jiwa berbeza!

Kehidupan Cinta (Leya Princy), pelajar 17 tahun yang popular, berbakat seni dan disayangi ramai, kelihatan sempurna dikelilingi geng sahabatnya Alya, Maura, Milly dan Karmen yang juga mengurus kelab majalah sekolah. Namun dunianya mula berubah ketika Rangga (El Putra Sarira), pelajar misteri yang mengekspresikan diri melalui karya sastera, muncul dan menewaskan Cinta dalam pertandingan puisi tahunan sekolah.

Berusaha menerima kekalahan dengan tenang, Cinta merancang untuk menemu bual Rangga bagi majalah sekolah. Namun pertemuan pertama mereka tidak seperti yang diharapkan kerana Rangga bersikap dingin dan sedikit angkuh. 

Hari demi hari, ketegangan itu perlahan-lahan menjalin ikatan halus melalui kata-kata sastera. Di sebalik perasaan yang mula mekar, Cinta pula diuji antara mengekalkan kesetiaan kepada sahabatnya atau mengikut bisikan hatinya sendiri.

“Bagi saya, Rangga & Cinta mungkin kisah cinta remaja, tetapi ia tetap mencerminkan realiti sosial semasa. Cerita ini membangkitkan emosi yang kuat, cukup peribadi dan sangat relevan bagi penonton masa kini. Ia menggambarkan perjalanan remaja yang tumbuh di persimpangan antara cinta, identiti dan impian,” ujar Riri Riza, pengarah filem ini.

Tambahnya lagi, pengalaman mengarahkan filem ini merupakan antara yang paling emosional dalam kariernya. “Ratusan kru dan pelakon telah memberikan dedikasi luar biasa bagi menjayakan filem ini. Setiap perincian, dari jalan cerita, visual hingga muzik, lahir daripada kerjasama yang tulus. Kami berharap penonton dapat merasakan kehangatan dan semangat itu di layar lebar.”

Menariknya, Rangga & Cinta bukan sekadar adaptasi, tetapi sebuah interpretasi baharu muzikal yang mengharmonikan sastera, lagu dan koreografi sebagai bahasa utama penceritaan. Filem ini menampilkan semula lagu-lagu hit Melly Goeslaw & Anto Hoed seperti Suara Hati Seorang Kekasih, Kubahagia dan Bimbang, sambil memperkenalkan tiga lagu baharu, termasuk lagu tema Rangga Cinta nyanyian Eva Celia dan Bilal Indrajaya, yang menjadi simbol penyatuan antara kenangan lama dan baharu.

Melalui rakan kerjasama publisiti, Samsung berganding bahu dengan filem Rangga & Cinta menerusi Galaxy S25 FE, meraikan semangat generasi baharu yang kreatif dan ekspresif. Kerjasama ini turut disertai siri kandungan sosial berkonsepkan “meme-fication” yang menghubungkan adegan filem dengan kehebatan AI pintar dan kamera profesional Galaxy S25 FE, menjadikan kisah cinta dan persahabatan ini lebih dekat dengan dunia digital hari ini.

Rangga & Cinta menjanjikan pengalaman menonton yang penuh rasa, mengajak penonton menyelami getirnya cinta pertama, manisnya persahabatan dan nostalgia yang kekal hidup dalam ingatan.


Bila dua jiwa bertemu, cinta menemukan nadanya..
Kerana setiap generasi punya Rangga & Cinta mereka sendiri.

Bersedia untuk menghayati semula dialog legenda dan menyelami baris-baris puisi yang diungkapkan Rangga buat Cinta secara langsung di pawagam, bermula 6 November 2025! Kongsikan juga pengalaman serta detik tontonan anda di semua platform media sosial dengan tanda pagar rasmi #RanggaCintaDiMalaysia, agar seluruh Malaysia turut merasai magis kisah cinta ini.

Untuk perkembangan dan kandungan eksklusif filem ini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.

***********************

Mengenai Primeworks Studios 

Primeworks Studios - Peneraju Legasi Landskap Hiburan Di Mata Dunia

Primeworks Studios merupakan sebuah syarikat terkemuka di Asia Tenggara yang memiliki asas kukuh dalam pembangunan kandungan, pengeluaran filem, pengedaran filem, jualan kandungan, dan animasi. Selama lebih dari tiga dekad, Primeworks Studios telah menjadi peneraju yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap hiburan di Malaysia. Dengan menerapkan nilai dan teras yang utuh, Primeworks Studios terus unggul dalam  menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti buat penonton di seluruh dunia disamping  mengekalkan legasi hiburan untuk menghiburkan penonton sejajar dengan keadaan masa kini dan masa akan datang.

Mengenai Miles Films

Founded in 1995, Miles Films is an award-winning Indonesian production company known for its high-quality coming-of-age films with strong musical elements. Its first two highly successful feature films, Petualangan Sherina (2000) and Ada Apa Dengan Cinta? (2002) prompted the birth of a new generation of moviegoers that embraces Indonesian cinema. 

In more than two decades, Miles has produced a wide variety of films, from box-office hits to art house feature films, documentaries, shorts, as well as TV and web series. Miles has worked not only with local production companies, but also international companies— such as CJ Entertainment and SK Global, and more recently with Barunson E&A and Primeworks Studios. Since its establishment, Miles has also been a place where young filmmakers learn filmmaking. Many well-known Indonesian filmmakers today have worked with Miles Films in their early years working in the film industry. 

Mengenai Samsung Electronics Co., Ltd.

Samsung inspires the world and shapes the future with transformative ideas and technologies. The company is redefining the worlds of TVs, digital signage, smartphones, wearables, tablets, home appliances and network systems, as well as memory, system LSI and foundry. Samsung is also advancing medical imaging technologies, HVAC solutions and robotics, while creating innovative automotive and audio products through Harman. With its SmartThings ecosystem, open collaboration with partners, and integration of AI across its portfolio, Samsung delivers a seamless and intelligent connected experience. For the latest news, please visit the Samsung Newsroom at news.samsung.com

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.