Bermula 1 November, YRF bekerjasama dengan streaming platform terkemuka, Netflix untuk tayangkan semua filem-filem terbitannya. Sebelum ini Yash Raj Films menawarkan kontrak tayangan tersebut kepada Amazon Prime Video. Sebaik sahaja kontrak tamat, tanpa berlengah, YRF menawarkan kerjasama kepada Netflix sebelum filem-filem baru seperti Dhoom 4 dan Mardaani 3 muncul bertemu peminat.
Kerjasama ini secara tak sengaja meraikan ulangtahun kelahiran Shah Rukh Khan, King of Bollywood yang ke-60 pada 2 November lepas. Juga bakal meraikan ulangtahun kelahiran Salman Khan yang juga mendukung populariti yang sama di Bollywood pada 27 Disember kelak.
Antara filem-filem yang boleh ditonton di Netflix ialah:
A. The Badshah of RomanceAkshaye Widhani, CEO YRF berkata "Selama lebih daripada 50 tahun, Yash Raj Films telah berpeluang untuk membentuk jiwa dan nadi layar perak India melalui kisah-kisah ikoniknya. Kami amat berbesar hati dengan kasih sayang dan kepercayaan yang telah diberikan oleh penonton terhadap filem-filem kami. Membawa warisan sinematik yang luar biasa ini ke Netflix membolehkan dunia merasai warna, muzik dan keajaiban India serta layar perak India yang sentiasa diraikan oleh YRF. Filem-filem ini telah membentuk impian, memberi inspirasi kepada generasi, dan membawa degupan jantung penceritaan India ke seluruh dunia. Dan kami berbangga kerana filem-filem ini kini mempunyai tempat tinggal di Netflix. Perpustakaan kami bukan sekadar koleksi filem ikonik, tetapi sebuah pintu masuk kepada lima dekad budaya, kreativiti dan semangat. Kami teruja kerana warisan ini kini akan menemui penonton baharu dan berbicara kepada generasi baharu di seluruh dunia melalui Netflix.
Menghargai kerjasama bersama Yash Raj Films, Monika Shergill, Naib Presiden Kandungan Netflix India berkongsi, “Kerjasama ini menandakan satu detik bersejarah bagi dunia perfileman India di Netflix. Selama hampir sedekad, kami berbangga menjadi rumah kepada kisah-kisah terbaik dari India yang telah menghiburkan penonton di seluruh dunia. Daripada siri dokumentari yang digemari ramai, The Romantics, meninjau lebih intim tentang warisan Yash Raj Films, hinggalah kini membawa filem-filem blockbuster abadi ini kepada pelanggan setia Netflix, kami memperkukuh lagi komitmen kami untuk memperjuangkan kedalaman, kepelbagaian, dan emosi dalam penceritaan India. Kerjasama ini menyatukan warisan kaya YRF dengan capaian luar biasa Netflix untuk meraikan perfileman India dalam segala kehebatannya - bukan hanya di India, tetapi di seluruh dunia. Apabila filem-filem ini tiba di Netflix, para peminat dapat menghidupkan semula keajaiban bintang-bintang ikonik dan kenangan nostalgia zaman silam, manakala penonton baharu pula akan menemui daya tarikan abadi mereka buat pertama kali. Pelancaran kerjasama ini akan diraikan melalui festival dan detik istimewa yang menyatukan keluarga untuk merasai kegembiraan serta keindahan perfileman India hanya di Netflix.”
Selain menghargai pelanggan Netflix, Yash Raj Films ingin generasi baru menghargai karya-karya ikonik perfileman Bollywood bersempena ulangtahun ke-50 syarikat produksi tersebut. Menjadi penerbit dan pengedar rasmi dalam dan luar negara bukan sesuatu pencapaian yang biasa dan akan terus berkembang maju sebagai salah satu produksi utama di Bollywood.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.