Movie Review : M4M4

Tuesday 11 February 2020


Pengarah : Eyra Rahman 
Penulis Skrip : Faten Syamimie
Pelakon : Nabila Huda, Bella Dowanna, Kodi Rasheed, Ungku Hariz, Niezam Zaidi, Eyra Hazali, Faizal Hussein
Genre : Thriller
Syarikat Produksi : Da Motion Media
Tarikh Tayangan : 6 Februari 2020
Durasi Tayangan : 106 minit
Trailer :


Judging by trailer, minggu lepas buat keputusan tengok movie M4M4 sebab movie tempatan jarang nak keluar movie genre thriller macam ni. Nak pulak lakonan Nabila Huda quite convincing lah. 

Mengisahkan tentang Alya (Bella Dowanna) yang dirogol dengan 3 mat dadah di kawasan rumah dia - Apai (Kodi Rasheed), Remi (Niezam Zaidi) dan Luq (Ungku Hariz). Awalnya Alya dengan Elly (Eyra Hazali) dan Danny (Izzy Reef). pergi celebrate birthday dia di kawasan sekitar. Lepas bergambar di kedai, diorang bertiga melepak di warung mee rebus Pak Min. 


Tapi Apai, Remi dan Luq cari pasal sebab Apai berkenan dengan Alya. Apai mula ganggu tapi disebabkan tak selesa, pergaduhan berlaku antara mereka sampai rosak warung Pak Min. Dalam pergaduhan tu Apai kena siram dengan sup panas di bahagian tangan kanan sampai melecur teruk.


Geram dengan perbuatan Alya, mereka bertiga kacau Alya masa dia ditinggalkan berseorangan di pondok bas berdekatan dengan sekolah. Alya lari ke dalam hutan sambil minta bantuan dengan mama dia, Aini (Nabila Huda) tapi panggilan tak berjawab bila Aini tertinggal handphone dalam kereta. 

Puas Alya merayu minta maaf dan minta dilepaskan, tapi mereka bertiga tak ambil peduli. Luq cuba halang supaya tak buat benda tak elok pada Alya. Niat dia cuma nak takutkan Alya je bukan sampai rosakkan tapi Remi paksa Luq supaya tak jadi pengecut. Sekawan serigala katanya.


Lepas dirogol, Alya balik ke rumah dengan keadaan badan penuh luka. Berhari lamanya Alya dan Aini mengurung diri dalam rumah. Alya masih lagi trauma, kemurungan dan hilang selera makan. Aini pula malu dengan jiran-jiran bila dia dengar jiran dia membawang pasal kes rogol anak orang lain. 

Tak lama lepas tu 3 mat dadah datang ke rumah Alya supaya ikut diorang ke bangunan lama untuk puaskan nafsu. Alya terpaksa pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Aini disebabkan video yang dirakam oleh Remi. Alya cuba lari tapi malangnya mati lepas tergelincir dari jambatan. Aini ambil keputusan untuk balas dendam atas kematian Alya.


Keluar dekat mstars.com yang dakwa movie M4M4 ni sama dengan movie Bollywood, MOM lakonan SriDevi tapi sebenarnya tak. Tema dia sama tapi jalan cerita dia berbeza bilamana olahan  dan skrip MOM jauh lebih bagus dari M4M4.


Banyak loopholes dalam movie M4M4 bila Alya ambil keputusan untuk tunggu di pondok bas seorang diri walhal boleh je dia ikut Elly pergi ke sekolah sebab both dah buat keputusan untuk balik dengan Grab. Birthday Alya agak malang sebab belah pagi dia accident dengan mama dia, petang pula kena kacau dengan mat dadah. Cukup untuk dia berwaspada dan berjaga-jaga dengan keadaan dia. 

Kalau movie MOM, si ibu balas dendam dengan menggunakan ilmu biologi yang dia ada, dalam movie M4M4 pula agak merepek bila roh Alya yang bunuh Luq kemudian ganggu Remi, Apai dan bagi klu kepada Aini, siapa dalang sebenar. Betul, dalam trailer ada kemunculan roh Alya tapi tak expect sampai membunuh. Mungkin disebabkan dadah dan kemurungan Aini. 

Pihak polis pun digambarkan sebagai lemah dalam movie ni bila tak ada scene perbincangan tentang laporan forensik walhal movie dimulakan dengan scene mayat Alya dicuci sebelum diserahkan. Masa pergelutan terakhir antara Alya dan Apai, Alya cakar Apai agak dalam di bahagian tangan yang melecur. Well supposedly ada la DNA Apai tapi pengarah ignore je.


Pihak polis cuma buat andaian melalui gambar, tak ada pun scene pergi ke tempat kejadian atau cuba check CCTV untuk dapatkan gambar pembunuh. Dah 2020 kot tapi kita disajikan dengan movie asal boleh. Daripada letak scene melodrama, ada baiknya letak scene pihak polis buat siasatan. 

Aini pula tak bawa Alya berjumpa doktor ataupun pihak polis lepas Alya dirogol teruk. Tak ada scene Aini rawat kesan luka Alya ataupun pujuk Alya berjumpa dengan doktor atau polis. Scene Aini meroyan sebab terdengar jiran membawang sahaja dipaparkan.


Mungkin pengarah nak tunjuk yang betapa malunya mangsa dan keluarga akibat rogol tapi scene ni tak berjaya menambah emosi pun. Nampak dangkalnya Aini sebagai penjaga sebab tak ambil langkah keselamatan tambah pula dia punca Alya trauma sebab kedegilan dia main phone sambil memandu. 

When I said MOM wayyyy better, it is indeed did their best. Betul si ibu ambil tindakan sendiri untuk balas dendam sebab polis detektif terikat dengan protokol daan undang-undang. Dalam M4M4 pula Aini sembunyikan bukti dari pihak polis tapi berani mengutuk kelemahan pihak polis untuk bawa kes anak dia ke muka pengadilan. Tak ada kekangan pun dari mana-mana pihak sampai Aini rasa terjerat macam politik, kuasa duit ataupun kongsi gelap. 

Dah jadi kebiasaan movie Melayu untuk letakkan scene melodrama untuk menghidupkan elemen emosi dan drama tapi sayangnya team M4M4 gagal bila dialog sedih yang sama diulang dari awal movie hingga hujung - 'Kalau abang/Aini/Alya tak ada .........'. Ditambah pula dengan kehadiran Pak Min ke rumah Aini untuk tazkirah tentang soal hidup dan mati for me tersangatlah bosan dan draggy. The reason I watch this movie untuk tengok scene Aini balas dendam bukan tazkirah.

Music score agak messy dengan plot berterabur. Tiba-tiba masuk scene Elly dengan Danny walhal tak menambahkan apa-apa pada jalan cerita. Scene yang sepatutnya ada, tak ada dan buat kita tertanya-tanya macam mana Aini boleh jumpa Pak Min dan mat dadah. Danny yang tiba-tiba muncul masa pihak polis buat serbuan dan tiba-tiba juga hilang. Polis pun cuma pakai syak je untuk tangkap Aini. There's no solid evidence or alibi pun. Facts and figure macam tak wujud!


Bab lakonan baik pelakon utama mahupun pelakon pembantu masing-masing deliver their character well cuma sayanglah bakat tersia dengan garapan dan olahan skrip yang lemah. Niezam Zaidi tak pernah gagal menghidupkan suasana. Watak dia sebagai Remi antara sebab kenapa I tak keluar dari panggung. Overall I'm disappointed with M4M4. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.7/10

28 comments

  1. my sis pun ckp cita ni mcm tiru cita Mom tu...
    x tgk pun..tunggu kuar astro first je la kot.

    ReplyDelete
  2. i ada nampak cerita momn ni kat netflix..nanti nak tengokla..dah agak cerita mom ni best

    ReplyDelete
  3. Cerita ni tak berapa sesuai la kalau ditonton sekali dengan anak remaja. Kat netflix tu ada part mereka tak sensor.

    ReplyDelete
  4. Adeh,, macam tak teruja nak tengok lepas baca review farhana. ^^

    ReplyDelete
  5. lepas baca review, terus faham cerita ni camna. hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Wrmbth Sis Farhana. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  7. honestly sis tak pernah tengok citer MOM,... dn mmg tergerak gak la ngan preview citer MAMA.. so kalau dh gini baik sis tgk citer MOM tu je.. nice review..

    ReplyDelete
  8. baru nampak dan tahu sikit pasal movie mama nih, sebab dok kata ini movie seram tapi tak tau datang dari mana hantunya... oh nasibla farhana cerita detail...

    movie mom tu tak pernah tengok jugak, tapi nampak menarik bila tahu pelakon nya sridevi mesti best

    ReplyDelete
  9. lepas baca review ini rasa macam nak tengok filem hindi tu la pula..

    ReplyDelete
  10. Filem ni pun ramai kata best! Review semua kata best..tapi tu lee, nak pegi tengok takde geng huhuhu...jom teman Sis jommm...

    ReplyDelete
  11. Baru je cakap gan kawan yang cite ni macam ikut cerita hindustan je. Haa betul lah kan, cite mom tu sis pun dah tengok, memang best cerita dia. so nanti nak tengok pulak cerita mama ni..sebab ramai kata best, mayb diorg lom tengok cerita mom tu kot

    ReplyDelete
  12. ala.. bila ada dispointed tu terus tak jadi nak tengok harini.. hahahahaha~ okay.. next movie apa ?

    ReplyDelete
  13. hahahaa..tu biasaa..cerita melayu..yang sepatutnya dibuat tak dibuat memng geram..kita penonton pun taula kan presedur nya..tapi watak tengok memng aumm..

    ReplyDelete
  14. Lepas bca ni rasa nak tengok pulak cerita MOM. Huhu. Pelakon best nabila huda rasa nak tengok tp bila review mcm tak jadi nk tgk 😂 biasa mcmtula. Pelakon dah best skrip n produksi plak jnis tangkap muat.

    ReplyDelete
  15. Tengok gazet dia macam cerita yang menyeramkan. Nak pegi tengok takut anak-anak takut plak. Tunggu keluar astro la nanti. Hihi

    ReplyDelete
  16. Perghhhh kaki filem, dia olah kaw kaw nie... bila nak kuar tgk wayang sesama... citta mall?

    Baru tahu pasal filem ini last week.. itu pun lepas tayangan perdana T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha melepas tiket free. Hah nak tengok movie apa? Kita on je kalau orang belanja! HAHAHA

      Delete
  17. Nampak trailer memang cam best cerita ni. Teringin gak nak tengok tapi tunggu keluar kat Wstro first hahahah

    ReplyDelete
  18. baru tengok je semalam movie ni. Nasib baik tengok free je hehe Nanti nak buat ulasan jugak :)

    ReplyDelete
  19. tak pernah tengok pula citer ni. nanti tunggu keluar kat astrolah gamaknya

    ReplyDelete
  20. Bila filem ni keluar? Ya Allah tak tau pun. Akak kalau filem Abil berlakon memang akak suka. Mesti tonton. Nanti nak cari masa utk tonton. Ada kat Astro OD la kot kan?

    ReplyDelete
  21. Dah ada kt Astro First ka... Teringin nak tgk.. Tpi bila baca review rasa mcm xnak pulak tengok.. Heee

    ReplyDelete
  22. Saudari tak tengok cerita ni betul2 kot. Tak bolehlah bagi review kalau camni, mana ada perogol 3 orang tu datang rumah, depa ugut dengan message fon berserta video tu. Lepas tu campak batu pecahkan cermin tingkap. Elly dan Danny juga punca dalam kes ni. Polis adapergi ke tempat kejadian. Ish ish ish, camna nak jadi reviewer kalau bias dan review tak repat. Cerita ni tak sama dgn cerita MOM dan ada kekuatan sendiri. Wallahu alam bissawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry..tp sy sependapat dgn penulis.cerita ni mmg xworth utk ditengok..manada penulis bias.sy yg ulang cerita ni bila sampai scene seterusnya pun xfhm kenapa mak dia jd mcm tu..kenapa semuacpelakin bermata lembam..mmg ada scene perogol dtg rumah n baling batu kt rumah..rsenya awkla yg xtgk cerita ni betul2��

      Delete
  23. Aku betul ii nak tahu kenapa Danny tu nk jmpa mak alya lepas tengok cita ni.tapi xde apa ii pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wey aku pun nak tau part Danny tu pergi mane sbnrnye kat bus stop tu..

      Delete
  24. Aku pun nak tahu apa yang Danny nak cakap dan apa kaitan dia dalam kes tu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.