Wedding Ziqa Di Sungai Pelek, Sepang

Saturday 1 February 2020


Dari tahun lepas lagi dah dapat invitation from one of my close friend dekat UiTM Segamat dulu. Dari sem 1 kitorang dah rapat tapi bila dah grad, dah kerja memang tak dapat nak jumpa walaupun dekat je memasing. Just contact dekat Whatsapp je. 

our past conversation during final exam.....she's just being weird.....


Awalnya plan nak pergi belah lelaki sebab dekat je di TTDI tapi tarikh tu sama tarikh dengan majlis kahwin ex-staff tempat kerja lama. Ngam pulak timing my other close friend, Pajana nak join sebab minggu tu dia free. Sembang dia kalau gerak sekali boleh gilir-gilir drive. [Sembang je wei, lepas pekena nasi minyak dia boleh kroh kroh dekat belakang]

Dah lama tak balut hadiah but managed to wrap it nicely :)

Gerak dari Subang and pickup Pajana tak la awal sangat walaupun sembang kencang buat plan jam 8 dah nak gerak. Well cannot blame myself entirely for that fault sebab semalam kerja, siapa je larat nak bangun awal pada hari Sabtu pagi yang indah? 

Dah set Waze, dah ready shade, so we heading to our destination to Sg. Pelek, Sepang. Perjalanan dalam 2 jam jugak lah sebab jam and lucky for us, perjalanan melebihi 90km so boleh buat jamak. Boleh spend masa lama sikit dekat majlis. 

Nak sampai ke sana agak jauh, siap sesat lagi salah masuk kampung orang. Finally jumpa jugak. Tak tunggu lama lah untuk makan sebab tak breakfast so perut pun dah berbunyi hebat. Nampak pulak nasi minyak sedap dengan set lauk sedap. Tak cukup dengan main dish, ada pulak kuih-muih dekat bahagian belakang.




Popia dia sedap, menyesal tak tapau hari tu. Tak tahu pun boleh tapau. Kuih seri muka dia sedap, cara berlauk pun sedap ya ampun semua lahhhh. Ni semua saudara mara Ziqa yang rewang tolong masak. Kalau tengok stok dekat belakang memang baaaaaaanyak lagi diorang sediakan untuk guests. 


Dah siap makan, boleh la bergambar dengan pengantin. Kinda lucky jugak lah sebab tak payah beratur panjang tunggu turn. Boleh relaks sembang dengan dia. Dah habis sembang dengan pengantin, sambung pulak sembang dengan kawan-kawan yang lain. Tak ramai yang datang but enough to have a small and fun conversation. 



On the way balik, singgah dulu dekat Sarah Corner beli buah naga sebab dekat area ni memang banyak sangat ladang buah naga. But sadly diorang jual harga sama je dengan yang dekat Subang, rasa pun biasa je, tak manis sangat cuma tahan seminggu tak rosak tak macam beli dekat pasar malam. 


Yang paling best air buah naga dia lah sebab pekat kemain, puas hati minum sebab terasa isi buah tu. Kalau dekat Subang kordial semata je lah. Kalau dia blend pun sikit je. Yang ni memang kaw-kaw. Berbaloi beli.

Anyway, congrats to Ziqa & Ashraf, semoga berbahagia sampai ke Jannah haaa gittewwww.

3 comments

  1. Pasangan pengantin sama cantik sama padan.Tahniah. Orang Sg Pelek ni kalau kenduri kawin memang still buat cara kampung. Tu yang best makan macam-macam

    ReplyDelete
  2. itu itu ituuuuu...macam cempedak goreng...nyum nyummmm

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat kawan Farhana..
    sedapnya makanan dia..
    Buah naga tu yang paling esok..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.