Showing posts with label Jubilee Moment. Show all posts
Showing posts with label Jubilee Moment. Show all posts

Sembang Syawal 2023

Saturday 29 April 2023

Sama macam tahun lepas, raya tahun ni pun huru-hara sebab ada percanggahan sama ada beraya hari Jumaat atau Sabtu. Untuk yang dapat bercuti awal tu tak ada masalah lah sebab boleh elak kekeliruan tu tapi untuk pekerja marhaen macam kitorang ni, hari Khamis tu dok resah esok Raya atau tidak. 

Minggu akhir tu dah redho dah kalau raya Jumaat, apa je lagi boleh buat kan? Kalau raya hari Jumaat, balik je lah pagi raya. Memang dari Subang ke Sabak tak jauh pun, 3 jam je tapi kawasan kampung ni senang sesak bila orang keluar beraya. Tapi tu lah, nak buat macam mana, hadap je lah. 

Lagi perit raya tahun ni jatuh tengah bulan, gaji tak masuk lagi. Nak beraya pun rasa takde mood sebab duit kering. Memang kering habis lah bulan ni sebab elaun makan tak dapat langsung lepastu ada additional expenses yang tersalah bajet. Nasib baik lah raya jatuh hari Sabtu, pagi Jumaat tu kitorang balik jalan lengang. 

Sampai je rumah, kemas apa yang patut lepastu keluar pulak beli baju raya sebab tukang jahit tak jahit pun kain yang kitorang hantar. Hampeh. Dah tanya dah sempat siap ke tak, katanya sempat tapi sunyi sepi. I memang tak suka tempah baju sebab dah banyak kali kena macam ni tapi sebab mak beria nak tolong. Sudahnya kelaut. 

Tahun lepas plan nak pakai baby blue lepastu mak tiba-tiba hantar kain warna lilac sudahnya beli baju warna hitam sebab warna tu senang nak cari last minute. Dah la tak bawak balik shawl warna hitam, nasib baik pernah tertinggal shawl hitam dekat rumah Sabak T.T



Dah elok plan pun huru-hara jugak raya tahun ni. Langsir dekat belakang tu pun pagi raya sebelum bergambar baru pasang. Tahun ni banyak take jugak lah ambil gambar raya, mungkin sebab tema warna gelap kot, gambar pun jadi tak berapa nak cantik sebab lighting dalam rumah pun tak banyak. Patutnya bergambar dekat luar tapi panas pulak nak berdiri lama. 300 keping gambar pun susah nak cari yang cantik sampai muka adik dah masam dah sebab penat senyum. 


Lepas dah bergambar, sesi bagi duit raya. Nasib baik lah company bagi duit raya banyak tahun ni, dapat lah memasing merasa isi sampul yang seronok mata memandang. Sebab tu muka memasing lebar kemain sengih. 

Selalunya kitorang keluar beraya ke rumah jiran sekitar untuk Raya pertama tapi tahun ni terkejut sebab ramai datang rumah. Datang tak bagitahu memang kelam-kabut lah jadinya. Nasib baik lah rezeki kitorang dapat rendang, ketupat palas, sambal goreng jawa dengan rendang daging dari jiran sebelah. Banyak sampai boleh jamu tetamu yang datang sekali. 

Raya Kedua kitorang masak laksa untuk yang datang beraya tapi tak ada pulak yang datang pagi tu jadi kitorang keluar lah pergi beraya sebab ada kawan-kawan mak dah jemput datang rumah. Sampai malam kitorang beraya, tak sempat pun nak tukar baju dari siang sampai ke malam. Nak tak nak kena pergi jugak semua rumah yang jemput tu sebab Isnin dah nak balik Subang dah. 

Plan asal nak balik awal pagi lepas breakfast tapi kawan mak jemput pergi ke open house. Dia buat waktu tengahari jadi terpaksa lah balik lepas Zohor. Boleh je mak pergi sendiri jalan kaki tapi orang dah jemput satu family kan, pergi je lah sebab bukan selalu. Petang tu stuck dalam jam dari Sekinchan tapi tak rushing nak balik so drive chill chill je. Jam bukan sebab semua orang balik serentak pun tapi sebab orang keluar beraya. Raya Keempat memang berehat je dekat rumah sebelum masuk kerja. 

Macam tu je lah cerita Syawal tahun ni, tak meriah pun tapi asalkan semua ada, sihat pun dah bersyukur dah. Masa puasa tu memasing sakit, ada yang batuk, ada yang demam, migraine sebab cuaca panas sangat. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kawan blogger and readers. Selamat beraya and take extra care sebab kes covid tengah naik sekarang. 

HELLO Asia Tour 2023 | Menangis Dapat Jumpa TREASURE Depan Mata!

Wednesday 15 March 2023


Ever since Baby Cow bagitahu nak datang Malaysia tahun lepas, I dah excited nak join HELLO TOUR ASIA - TREASURE. It's gonna be a special event for me sebab TREASURE adalah idol group pertama yang I stan from the beginning walaupun terlepas nak join TEU-DAY tapi I dah pernah join konsert pertama, TRACE (2022).

Konsert Kpop pertama juga I pergi sebab sebelum ni rasa macam best lagi layan secara online but I changed my mind sebab vibe dekat konsert fizikal lagi best. Tiket dah beli, Teulight pun dah deko cantik, OOTD pun dah settle, beg nak letak barang apa pun semua dah siapkan. 

Seminggu sebelum konsert tu bukan setakat menghitung hari tapi rasa nervous jugak sebab what if things go south? Mana kita boleh nak agak kan kalau tiba-tiba sakit. Nak mengelakkan overthinking dan anxiety, I sibukkan diri dengan kerja dan event. Tapi minggu tu memang sibuk betul, nasib baik tak sakit. 

Sepatutnya HELLO Asia Tour ni start jam 6 petang tapi disebabkan YGE beli flight ticket awal sangat, terpaksalah anjak konsert ke jam 5.30 petang. Silap masa tu gerak pukul 3 petang sebab stuck dalam traffic satu hal, lepastu tak sempat nak bergambar dekat luar stadium pun. Sampai dekat Stadium Malawati Shah Alam, dekat bahagian bawah tu penuh dengan booth untuk unofficial merchandise TREASURE. 





Kebanyakannya tak berbaloi dibeli sebab dekat Shopee boleh dapat lagi murah, lagipun semua item ni kalau dibeli dekat TEUMEs, boleh dapat freebies. Kalau join cupsleeve event pun boleh dapat. Tapi ada jugak yang I beli sebab freebies era Jikjin hshshs

Dah settle tinjau dekat kawasan bawah, naik atas untuk cari port untuk bergambar sebab lighting tengah cantik but no luck sebab panas sangat. Port bergambar pun tak banyak sampaikan Teumes kena beratur panjang bawah panas terik untuk dapat sekeping gambar untuk Instagram. 


Memang tak lah nak beratur bawah panas, bazir duit je kalau kena migraine. Selain poster dan bunting untuk bergambar, ada booth under organizer yang jual official merchandise TREASURE dengan booth deposit bag besar. Ada tandas dengan surau juga. 

Lepas tengok ramai dah beratur, kitorang pun beratur je sebab taknak lambat masuk dalam. Lagipun awan dah mula gelap. Naya kalau tengah panas tiba-tiba lencun kena hujan. Konsert 3 jam, tu belum campur perjalanan balik ke rumah lagi. 


Kalau tengok dalam gambar, kebanyakan Teumes pakai baju warna putih dan biru sebab itu warna rasmi fandom TREASURE MAKER. Salah satu fan project juga lah untuk raikan kedatangan TREASURE ke Malaysia buat pertama kali. Lagi satu sebab YGE akan ambil video untuk Treasure Map World so kena lah pakai ikut tema. 

Tak lama pun beratur dekat kaunter untuk masuk dalam stadium sebab organizer buka line baru memandangkan line dah panjang. Masa dekat check-in counter tu, nampak banyak juga unofficial merchandise kena ambil dengan makcik RELA sebab katanya tak boleh bawa masuk dalam. Kalau tengok dekat terma dan syarat, tak ada pun organizer kata tak boleh. Pelik sebab ada kaunter benarkan bawa masuk, ada yang tak boleh. 

Lepastu dekat kaunter I tak dapat pun hand banner yang official fandom sediakan. Sepatutnya semua orang dapat sebab tu fan project untuk celebrate birthday Park Jihoon. Nasib baik I nampak dekat kaunter sebelah menggunung lagi hand banner, terus pergi dekat pakcik RELA mintak dua keping. 


I book seat PS1 South, row BB jadi dari pintu masuk kena berjalan sampai ke area belakang. Sepanjang perjalanan tu macam geram juga lah dengan organizer sebab ada banyak spot luas yang tak digunakan. Kenapa diorang tak letak bunting atau banner untuk bergambar dekat situ? Nak bergambar pun tak kisah kalau beratur panjang sebab terlindung dari matahari terik. 

Bila dah jumpa seat terus ambil gambar dekat spot cantik. To be honest, berbaloi juga lah beli seat harga RM800 sebab dekat dengan stage tapi kalau lenjan tiket VIP lagi seronok sebab boleh nampak TREASURE lagi dekat. Dekat seat I, sempat lah berkenalan dengan Teumes lain - Qistina dengan akak belakang seat. Sorry akak I dah tak ingat nama but if you're reading this, it was a pleasant moment to meet you. 



Dah puas bergambar, duduk dekat seat sementara tunggu konsert start. Tak lama lepastu skrin keluar MV Hello, beria lah semua menjerit sebab TREASURE dah nak muncul depan mata. Masa lagu HELLO tu I tak dengar pun suara TREASURE dalam MV yang ditayangkan sebab suara Teumes lagi kuat sing along ramai-ramai dari awal sampai habis. 

Bila keluar opening VCR memang riuh lah dengan suara orang menjerit, lagi bertambah kuat bila nampak ruang tengah stage tu dah dibuka. TREASURE dah line up dekat bawah stage sementara tunggu habis VCR. Habis je, TREASURE naik atas stage, menjerit kuat gila semua orang. I'm in tears sebab first time nampak depan mata. Fanboy dekat belakang pun menjerit kuat sebab excited. 

Jikjin adalah lagu pertama TREASURE. Part chorus tu semua orang sing along like wowww. Selama ni dengar dalam video je bunyi aksesori yang TREASURE pakai bila diorang menari on stage, kali ni dapat dengar sendiri bunyi aksesori berlaga dekat mic. Fakta ni penting sebab boleh bezakan idol kau nyanyi live ataupun miming. Happy dapat dengar adlibs Hyunsuk atas stage. It feels surreal to me! 

Masuk lagu Boy dah boleh nampak yang TREASURE kepanasan walhal baru lagu kedua. Muka Jeongwoo, Junghwan, berpeluh teruk sangat. Kemudian TREASURE sambung lagu I Love You. Happy dapat tengok choreo berguling dalam bulatan tu lepas tengok heart shape choreo untuk BOY. Syok lah siapa duduk dekat VIP sebab boleh nampak lagi jelas. Seat I nampak je tapi masih lagi kena bergantung dengan skrin. 


Habis opening performance, TREASURE tukar baju sementara Teumes layan VCR tentang perasaan TREASURE dapat debut lepas terpilih dalam survival show, YG TREASURE BOX (2018). Sedih masa tengok VCR tu sebab masa debut ada Mashiho dengan Yedam tapi dekat stadium ni ada OT10 je. Bersyukur tapi sedih bila teringat. 

Kecoh balik stadium bila TREASURE perform lagu Going Crazy, it's like MY Teumes anthem sebab suara semua kuat gila menyanyi lagu tu. Sambung dengan lagu Come To Me dan B.L.T. (Bling Like This) kemudiannya opening ment. Masa Come To Me tu happy sebab Asahi dengan Yoshi lambai dekat arah seat kitorang. Happy dapat tengok Dobby peluk Haruto depan mata awww. 

Sebelum ni tengok dekat TikTok je part Jihoon tarik suara tinggi untuk setiap lagu tapi kali ni dapat dengar sendiri and that feelings are amazing. Boleh nampak lah Jihoon ada improvement berbanding TRACE (2022) sebab sebelum ni nampak forced dan ada masanya cracked tapi kali ni smooth je. Comel masa TREASURE dengan TEUME menjerit 'Oh Yeah, TREASURE!' masa ada gap sebelum chorus BLT. 


Dekat opening ment tu boleh nampak semua dah penat sebab berpeluh teruk sangat. Tercungap masing-masing cari air especially Jihoon sebab dia tak biasa dengan cuaca panas. I tak tahu kenapa organizer tak tambah kipas dekat atas stage. Hyunsuk dah buka sebelah jaket sebab panas sangat. 

'Finally meet you. Kuala Lumpur Teume, are you ready to have a good time?!' - Yoshi

'Kuala Lumpur Teume, thank you so much for coming tonight! Let's rock and roll!!' - Haruto

'We going to show you guys so many things. Please look forward for our upcoming stages and let's have some fun together.' - Hyunsuk


Banyak speech yang I tak berapa dengar masa opening ment especially part Hyunsuk, Jihoon, Jongwoo dengan Junghwan sebab ramai fans yang menjerit kuat. Comel ya memasing sebut Kuala Lumpurrrr. Happy dapat tengok 'hmmmmm' Junkyu depan mata. Dulu menyampah sekarang suka haha. 

Habis je opening ment, TREASURE perform lagu Slowmotion. Antara part yang I nak sing along dekat konsert sebab lagu keramat. Lagu yang buat I decide 'this is it, I'm going to stan them'. Perasaan masa tu bercampur baur ye sebab dengar suara TREASURE bergabung dengan suara Teumes, it just so beautiful to describe with words. Cantik sangat Stadium Malawati dengan blue ocean Teulight. Terharu dengar Hyunsuk sebut 'My Maker' :')

Setiap kali lagu Slowmotion, Hyunsuk akan buka in-ear dia untuk dengar suara Teumes sebab tu kitorang menyanyi kuat gila supaya dia dengar. Muka dia terharu masa dengar Teumes nyanyi lagu Slowmotion tu aaaa priceless. That's my bias everyone! 


Sambung pula dengan lagu It's Okay, lagu healing yang comfort I masa kena Covid tahun lepas hshshs. Masa Hyunsuk jerit 'sing it together', haruslah semua semangat menyanyi sampai nak lawan high note Jihoon. Kuat ye semua jerit 'gwaenchanajil geoya!' masa tu. 

Masa VCR untuk fan pickup time, Teumes menyanyi lagu My Treasure sementara tunggu TREASURE sambung perform lagu HELLO. TREASURE muncul dekat VCR pun memasing menjerit kuat gila. Fanboy dekat belakang tak berhenti menjerit nama 'SO JUNGHWAN!!!'

Opening lagu HELLO, semua Teumes menjerit 'TREASURE, FOREVER!!!' lepastu menjerit 'dururu hoy!' lepas part intro. Fan project yang I nak claim sebagai berjaya. Kuat gila Teumes sing along lagu HELLO masa tu especially part chorus. Sayangnya Haruto buat body wave je sebab dekat Malaysia tak boleh selak sana sini. Cantik sangat masa crew tembak confetti lepas part bridge. 

Performance Clap! jadi cantik sebab confetti slowly turun. Happy dapat tengok Doyoung dengan Junkyu interact dengan fans. Lepastu Yoshi dengan Hyunsuk lambai dekat kitorang. Comelnya Hyunsuk! Lagu dah habis pun TREASURE ajak nyanyi lagi part yeah eh eh tu. Berbeza ye suara Asahi dalam studio dengan live. Dia macam lagi nyaring tapi sedap. 


Lepas lagu Clap!, Hyunsuk ajak Teumes tepuk sekali masa diorang nyanyi part chorus Clap sebab Asahi cipta lagu tu pun sebab nak fans tepuk tangan masa diorang perform. Masa pandemik dulu tak boleh nyanyi sekali jadi dia pun dapat ilham untuk buat lagu Clap! jadi fans boleh have fun sekali dengan cara tepuk tangan. Nasib pandemin dah habis jadi boleh lah kitorang nyanyi kuat-kuat sambil tepuk tangan ikut tempo. Bahagia betul Hyunsuk puji 'Mantap Betul!'

Habis sesi tepuk tangan, TREASURE perform lagu Darari dengan koreografi comel. Selain part chorus, part chiki bum dengan part Jongwoo memang kuat lah Teumes sing along. Boleh nampak muka Junkyu, Jihoon dengan Jeongwoo senyum dengar suara Teumes. Masa TREASURE nyanyi lagu Orange pun kuat jugak suara Teumes menyanyi sekali. Blue ocean bercampur dengan warna oren sebab Teulight berubah warna. Ramai menjerit lepas Park Jeongwoo tarik high note sebab tu part Mashiho. A bit sentimental lah bila lagu Orange ni keluar. 


Masa lagu Hold It In, TREASURE perform sambil duduk dekat tengah. Part I boleh nampak Yoshi, Doyoung dengan Jaehyuk. Handsome betul Yoshi, macam tengok anime di dunia nyata. Kuat gila kitorang menjerit bila Yoshi buat flying kiss dan lambai. Bergetar jantung bila dengar Hyunsuk nyanyi 'Naege jeonhwa georeojwoyo ppalli!' sebab lirik dia mendalam. 'Fan project yang kelima ialah buka flashlight bila sampai part Junkyu. 

Ment kedua memang riuh la stadium sebab Jaehyuk, Jeongwoo, Junkyu, Junghwan, Jihoon dengan Doyoung bagi pickupline sementara Asahi, Haruto, Hyunsuk dengan Yoshi pergi tukar baju untuk unit performance. 

Padu betul performance Thank You - Asahi ft Haruto sebab memasing macam telan CD walaupun ada part yang diorang tak dapat teruskan sebab panas. Semua orang tunggu part Asahi menjerit sambillari ke extended stage. 'MALAYSIA! SCREAM!!!' Part ni berharga untuk Teumes sebab Asahi akan jerit ikut nama tempat. Kalau tengok performance diorang dekat Korea tak syok lah sebab kita nak dengar TREASURE sebut nama Malaysia. Saya bangga jadi rakyat Malaysia!


Settle lagu Thank You, bersambung kepada lagu VolKno - Hyunsuk, Haruto & Yoshi. Masa ni stadium panas sebab banyak kali api keluar dekat stage. Mesti berpeluh VIP yang duduk dekat sebab kitorang dekat atas pun boleh rasa bahang tu. Yoshi campak jaket dia tapi staff sempat sambut sebelum jaket tu turun dekat fans. Anyway performance diorang memang mantap lah dengan energy yang high level. Yoshi jerit 'Hey yo MALAYSIA!' Power betul masa HyunHaYo lompat dari stage lepastu keluar bunga api. Best performance ever!

Lepas live band performance, TREASURE tukar persalinan serba hitam untuk lagu sexy MMM. Masa ni bertambah panas lah sebab performance ni ada api. Tapi panas panas api tu pun, panas lagi performance TREASURE sebab lagu MM tu tonjolkan side sexy diorang semua. Muka comel dah hilang dah. Part Haruto, Hyunsuk dengan Junghwan antara highlight untuk performance MMM. 

Bersambung pula dengan lagu cover Rythm Ta - iKON dengan Bang Bang Bang - Big Bang. Sebagai iKONIC, I puas hati dengan performance tu. Kira warm up lah sebelum jumpa iKON bulan 7 nanti. Masa lagu Bang Bang Bang, kuat gila Teumes menyanyi sebab kebanyakannya VIP. I pun baru je lepas karaoke lagu ni dengan Liyana so naik sheikh lah bila menyanyi dengan TREASURE. 

Habis cover performance ada ment ketiga. Masa ni tergelak sebab TREASURE sebab terima kash. Kitorang gelak kuat gila sebab TREASURE being so cute! You memang sangat cute so stop lah being so cute, you buat I hanyut. Masa show off body wave, Asahi kena buat dulu lepastu Teumesmenjerit nama Haruto untuk buat second body wave.

Jihoon masa ni dah tak boleh go sebab panas sangat jadi Hyunsuk yang banyak bercakap. Geram sebab Hyunsuk tease tadi tu last performance. Memang kitorang menjerit lah tak nak balik. 

'Kuala Lumpur Teume, did you like it?!' - Yoshi

'Teume, you know this is not the last right?' - Asahi


Sambung pula dengan lagu My Treasure dan lagu U. Masa lagu U, baby cow menjerit 'TEUME!! TERIMA KASH!!!' Kalau Dek Wawan kata terima kash then it's terima kash!! Bila stage dah gelap, fan project yang keenam, Teumes nyanyi lagu Going Crazy sampai 3 kali sementara tunggu encore session. 

TREASURE start dengan lagu Everyday, lagu yang dicipta khas untuk Teumes masa debut anniversary yang pertama. Happy ye dapat nyanyi special song ni sama-sama dengan TREASURE. Lepastu sambung pula lagu BFF yang comel jadi dapat lah tengok gaya comel TREASURE. Comel sangat Yoshi dengan Asahi. Hyunsuk pun comel dengan bunny beanie Loverboy. Berdekah tengok Asahi buat perangai sengal dia masa ni. Masa ni baru nampak Jeongwoo depan mata sebab dia datang belah kanan stage. 


Habis je performance terus Hyunsuk buat ayat sedih sebab konsert dah nak sampai ke penghujung. Terkejut Hyunsuk dengar fanboy menjerit nama Junkyu masa ni. Kuat betul sampai Junkyu segan. 

'Time flies when I'm singing to all of you. However, I will show you guys better performances so let's look for the next time with happiness. Alright? Thank you so much, I love ya!' - Hyunsuk

'Thank you for having us. Jumpa lagi!' - Jaehyuk

'My Treasure Maker, I got so much love today and energy from you guys.  I'm your Doyoung. You meant not to the world but the universe to me.' - Doyoung

'Thank you for your support. Take care and till we meet next time.' - Haruto


I tak dengar sangat pun apa yang Jeongwoo cakap sebab ramai fans menjerit bila sampai part dia. YG dah tahu lah fans siapa paling tinggi dekat sini. Semua gara-gara Nadhir Nasar lah sebab muka diorang sama. Baby Cow pun ramai fans sampai terkejut dia bila dengar semua menjerit. I yang bukan fans dia pun menjerit kuat sebab nak hype dek wawan punya pasal. Happy tengok muka comel dia. 

'I hope to see all of you again soon' - Junghwan


Habis je ment, organizer keluarkan kek untuk birthday Park Jihoon. Teumes nyanyi ramai-ramai birthday song untuk Paji. Dari muka penat tadi terus senyum sampai ke telinga. Dua kali dia lari berpusing dekat stage tu sebagai tanda terima kasih. 

Lepas bergambar dengan hand banner yang kitorang dapat masa masuk tu, TREASURE nyanyi lagu Darari Remix dengan Orange Remix. Comel tengok Junkyu dengan Junghwan main confetti panjang. Bila dah bye bye semua rasa macam tak puas sebab dah habis. Sepatutnya ada Encore 2 untuk lagu Thank You dengan Clap tapi sebab dah ambil masa keluarkan kek tu jadi organizer potong second encore. Berhuhu lah kitorang balik sebab tak dapat dengan Jeongwoo nyanyi chorus part Thank You. 


Sebelum keluar stadium kitorang bergambar lagi dekat dalam sampai lah organizer padam skrin sebab selagi tak padam selagi tu lah Teumes tak nak balik. Nak turun ambik confetti panjang tu tapi guard dah suruh balik sebab diorang nak kemas stadium. 

All in all I happy dapat jumpa TREASURE walaupun ada banyak kekurangan dari organizer even TREASURE minta maaf sebab tak dapat perform lebih lagi disebabkan cuaca panas. Bab panas tu memang totally salah organizer sebab kitorang dekat dalam tu pun memang rasa panas berbahang sangat dengan kena tipu tak dapat air dekat dalam. Imagine 3 jam tak dapat air padahal menjerit macam nak gila sampai Hyunsuk cakap suara MY Teumes tembus in-ear TREASURE. 


A bit sad sebab tak dapat jumpa moots I sebab datang lambat so konsert akan datang, kena datang pagi. Tapi next concert memang kena datang pagi pun sebab I nak beli tiket VIP. Berbaloi beli tiket tu sebab dapat jumpa TREASURE masa soundcheck. Nak menari sekali masa konsert pun takde hal sebab memang berdiri depan stage tu. 

Thank you TREASURE for coming to Malaysia, we do have so much fun that night. Let's create more memories together till we meet again next time. Love you guys :)

SANAM Live In Malaysia | Best Hindi Concert 2023!

Monday 13 March 2023

Dalam entry pengalaman pergi konsert Jubin Nautiyal tahun lepas, I've mentioned yang Hitman Solutions tak nak bawa penyanyi Hindi ke Malaysia dah tup tup tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba Hitman Solutions update SANAM nak datang Malaysia. 

Kecoh lah Whatsapp group Bollywood ajak pergi ke konsert SANAM siap book ticket Diamond padahal masa Jubin haritu memasing book ala kadar je. Walaupun I layan SANAM dari 2014 gara-gara lagu Ishq Bulavaa - Hasee Toh Phasee tapi takut juga kalau SANAM nyanyi lagu dari album baru diorang. Pergi sebab nak create memories dengan Bollywood circle dan nak jumpa SANAM depan mata. Bukan selalu nak datang peluang tu. 


Memandangkan 4 Mac 2023 ada konsert gergasi Blackpink di Stadium Nasional Bukit Jalil, konsert Bulan Bintang di Axiata Arena dan konsert Shila Amzah di Plenary Hall, KLCC maka terpaksa lah keluar awal sebab takut stuck dalam jam sampai harga Grab naik melambung. I don't plan to drive sebab kawasan KL is a big no for me. Dari rumah ke Istana Budaya dalam setengah jam je so I keluar pukul 6 dan sampai jam 6.30 kemudian jalan kaki masuk ke dalam Istana Budaya. ETA yang lain semuanya 7 malam ke atas macam tu. 

Sementara menunggu tu sempat lah menyembang dengan peminat SANAM yang lain tapi tak lama pun sebab dia beli tiket VIP jadi dapat jumpa SANAM dekat meet and greet pukul 7.30 malam. Tepat jam 8 malam dah ramai yang beratur nak masuk ke dalam dewan. Untuk pakej Diamond, fans dapat poster saiz A4 dengan lanyard konsert SANAM. 


To be honest ini pertama kali masuk dalam dewan Istana Budaya. Mata asyik melilau tengok seni dalam dewan ni. Cantik sangat tapi yang tak syoknya, kerusi tersangatlah sempit. Tak ada gap sangat seat dengan seat bahagian depan. Fans SANAM dah la ramai Punjabi, memasing tinggi dan besar. Bila lunjur kaki sikit dah tertendang seat I. Sama lah I pun kalau terlebih sikit dah tak selesa kerusi depan. Struggle teruk kalau ada yang nak keluar pergi tandas. Struggle nak keluar satu hal, struggle nak masuk balik satu hal. 

Dekat Istana Budaya ni protokol kuat kemain, kiri kanan ada staff jaga. Siapa yang bawa botol air masuk dalam dewan terus kena rampas dengan muka ketat. Sampai terkejut aunty tu bila dia rampas padahal boleh je ambil elok-elok. Orang tua kot, cepat lah hausnya. 


Excited masa tengok screen untuk SANAM sebab cantik sangat. Besar pulak tu skrin yang organizer pakai. Kalau duduk seat belakang pun boleh nampak jelas. Memandangkan kitorang beli seat Diamond jadi tak ada masalah pun untuk nampak SANAM dengan jelas. Kalau ikutkan dekat poster, organizer letak mula jam 8 malam tapi lama jugak lah drag sampai lah jam 8.45 malam. Menyesal pulak rasanya masuk awal sebab takut kaki lenguh tak boleh melunjur jauh nanti. 

Sebelum emcee start bagi introduction pun Istana Budaya dah keluarkan vt dengan pesanan khidmat penaja supaya audience simpan handphone lepas lagu kedua. Konsert 3 jam tapi dapat rakam dua lagu je. Buatnya SANAM nyanyi lagu pertama dengan lagu kedua tu intro, verse pertama, pre chorus dengan chorus je, melangut lah sampai sudah. Memang lah datang konsert nak enjoy the performance tapi nak jugak record untuk kenangan. Bayar mahai tapi tak boleh record. Kalau ada jual CD konsert lepas seminggu dua tak kata lah jugak kan? Istana Budaya memang tak sesuai lah buat konsert, elok buat ceramah agama ataupun syarahan je dekat sini. 


Bebai bebai pun, bila SANAM keluaq mau menjerit macam orang gila. Selama ni dok dengaq suara SANAM dalam Youtube ja, kali ni boleh dengaq live, tengok live memang syok tak kira la. Sengih lebaq bila Sanam Puri dok lambai tangan dekat audience. 


Cool betul appearance Sanam masa konsert ni, dengan kemeja ala Hawaii dia, ikat rambut siap pakai black shade damnnn segak sunggguhhhh! Banyak gila lagu SANAM perform malam tu - O Mere Dil Ke Chain, Dil Kya Kare, Mere Sapno Ki Rani, Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga, Vaada Raha, Mere Mehboob Qayamat Hogi, Yeh Raaten Yeh Mausam, Dilbar Mere Kab Tak Mujhe, Lag Ja Gale, Pyar Deewana Hota Hai, Channa Mereya, Kesariya, Dekhte Dekhte, Humma Humma, Mere Rashke Qamar, Hai Apna Dil To Awara, Gulabi Akhen, Pehla Nasha, Neele Neel Ambar Par, Dil Chori, Kala Chashma, Zaalima, London Thumakda. Lagu Ranjha pun ada tapi SANAM tukar arrangement ikut genre diorang lah and of course lah I suka arrangement SANAM hehe. 

Masa SANAM nyanyi lagu Teri Jhalak Asharfi I diam je sebab tak tahu lagu ni since tak tengok lagi filem Pushpa (2022). But it's a good thing lah SANAM nyanyi lagu ni so I boleh tahu dan suka jugak. 


Bukan takat audience je happy, SANAM pun happy jugak siap mengusik lagi cakap ni last song padahal baru satu jam diorang perform. Kelakar masa SANAM nyanyi lagu Kesariya sebab lagu tu baru keluar tahun lepas untuk movie Brahmastra so bila Sanam suruh fans nyanyi semua tahu yang depan je bila masuk part belakang dah mula hmmm aaa mmmm macam tu. 

Mengekek dia gelakkan audience nyanyi macam tu. Kalau dia lead kemain rancak memasing menyanyi bila dia suruh audience nyanyi, kuat depan je belakang mula lah berterabur. Lepastu masa SANAM suruh sebut perkataan SANAM je dalam lagu Tujhe Dekha To - Dilwale Dulhaniya Le Jayenge dengan Chura Liya Hai Tumne - Yaadon Ki Baaraat, ramai yang nyanyi satu rangkap padahal Sanam suruh sebut perkataan SANAM je dalam dua lagu tu. Comel betul Sanam ketawa. 

Dia siap cakap crowd Malaysia energetic sangat sampai staff Istana Budaya yang main laser pun dah pasrah nak melaser fans yang menari dekat seat. Dia suruh bangun pergi menari dekat belakang sebab ada area yang kosong dan tak menganggu orang lain. Masa dhol performance tu memasing naik sheikh dah, kena laser pun dah tak kisah dah. Nak rakam pun dah tak mampu sebab sibuk cucuk langit menari Bhangra haha. Masa Sanam suruh audience jerit sebab nak tengok level jeritan mana paling kuat tu memang menjerit sakan lah semua sampai Sanam approved. 


Aunty yang duduk dekat barisan depan kitorang banyak kali toleh belakang sebab terkejut ada orang Melayu tahu semua lagu Hindi padahal semua lagu SANAM nyanyi semuanya lagu lama. Ha'ah aunty, kitorang memang wujud. Kalau tak, tak beli lah tiket Diamond ye dak? 

Lepas SANAM buat thank you speech tu, Fiza jerit 'SANAM, ONE LAST SONG PLEASE!!!!' tapi uncle dekat depan tu SANAM tak dengar dah tu. Tup tup SANAM ambik gitar nyanyi lagu akhir which I don't remember dah. Ramai yang pergi ke depan stage untuk jumpa SANAM tapi kitorang tak sempat sebab dekat depan tu dah penuh. Kalau pergi mesti tak nampak sebab diorang tinggi-tinggi. 


Boleh kata dari awal sampai habis enjoy dengan performance SANAM sebab dia nyanyi lagu yang I tahu. suara dia pun macam telan CD sebab sedap walaupun ada part yang dia tergelincir sikit bila tekak dah kering. Kalau dah layan SANAM dari tahun 2014, apa je lagu yang tak tahu. Kalau SANAM nyanyi lagu dari album baru diorang je lah krik krik gamaknya. 

Lepas habis konsert baru perasan yang SANAM perform straight tak ada interval pun macam Jubin. Mungkin dia nak kejar yang delayed awal tu. Sanam bagi laluan dekat Samar untuk show off skills goreng gitar dengan dhol je, the rest semuanya dia nyanyi dan interact dengan fans. 

Tapi sedih sikit lah sebab SANAM tak nyanyi pun lagu Ishq Bulaava dengan Fakira padahal both songs favourite I. Masa konsert Jubin haritu je impian tercapai nak dengar Ghazab Ka Hai Din live. But that's okay lah, I still enjoy layan dari awal sampai habis. So far, konsert SANAM, konsert Hindi terbaik I pernah pergi. Padahal baru pergi dua konsert haha




Lepas habis konsert, borak-borak kejap dekat luar lepastu bergambar dengan Rohit, founder Hitman Solutions lepastu kitorang begging beria suruh dia bawak Armaan Malik pulak. Dia cakap dia akan cuba jemput Armaan and we're like AAAAAAA!! 

Kalau Armaan datang memang seat depan stage kitorang ambik, sepanjang 30 tahun hidup belum pernah lagi dia datang Malaysia. Happy kalau Hitman yang kata nak bawak penyanyi Hindi datang sebab penyanyi tu memang akan perform lagu Hindi je. Kalau A.R. Rahman dengan Shreya Ghoshal sebelum ni lebih kepada lagu Tamil. Happy teruk kalau impian nak tengok Armaan Malik depan mata jadi kenyataan nanti. 

Anyway thanks you restoran Le. Mirch dengan Hitman Solutions sebab bawa SANAM masuk ke Malaysia, it was a memorable experience for me as Bollywood fans! 

Selamat Hurry Raya Aidilfitri 2022!

Friday 6 May 2022


Terkejut masa dengar pengumuman raya bila Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada 2 Mei 2022 bersamaan dengan hari Isnin! Kalau tengok pada kalendar, 1 Syawal jatuh hari Selasa, 3 Mei 2022 tapi disebabkan dah nampak anak bulan muncul, maka ahli falakh putuskan beraya awal sehari. Menjerit semua orang masa dengar pengumuman raya sebab cadangnya nak shopping raya hari Isnin tapi semua kena kemas rumah, iron baju raya, memasak bagai. Malam tu Mr. DIY Sabak Bernam ramai orang sampai manager extend masa berniaga diorang sebab kesian tengok ramai beratur panjang. Pasar Sabak pun buka malam tu untuk orang datang beli bahan memasak. 

Masak tu tak banyak sangat sebab mak dah siapkan dari Jumaat sebelumnya. Dia kata nanti tak payah bersesak dengan orang lain dekat pasar. Jumaat tu pun dah kecoh dekat socmed Hari Raya akan jatuh hari Isnin sebab tu ramai yang dah memborong awal dan masak awal. Kitorang pun memang jenis tak masak beria sebab ramai jiran yang panggil ke rumah. 

Nasib baik I balik Sabak Bernam hari Ahad walaupun awalnya cadang nak balik hari Isnin tengahari. 5 jam jugak lah perjalanan dari Subang Bestari ke Sabak Bernam sebab jam teruk. 

Macam biasa bila Hari Raya lepas mandi sunat Raya terus ke surau nak solat raya tapi pagi tu dok ralit apa benda entah lepastu ingat solat Raya start pukul 9 pagi padahal tok imam dah start pukul 8.30 pagi. Berlari lah kitorang 4 beradik dengan telekung ke surau. Nasib lah surau depan rumah je. Sebelum nak solat tu tergelak jap sebab kain telekung Farah tercicir dekat jalan. 

Masa solat sunat Raya tu boleh nampak lah tak ramai pun dekat Taman Pertama ni sebab dah ramai balik ke kampung. Kitorang tak balik Kedah ataupun Perak sebab ngeri tengok highway penuh dengan kereta. Lagipun kereta tak boleh jalan jauh so beraya je lah dekat Sabak Bernam. Habis solat sunat Raya terus bergambar satu family. Cukup 100 keping gambar, beraya lah dengan family. 



Malam raya tu pulun jugak lah pasang rel langsir siap letak pokok sbagai deko tambahan dekat bahagian tepi tapi bila bergambar nampak tak cantik pulak sebab nampak langsir tu nipis. Lepastu nampak bahagian belakang so kitorang ubah tempat ke pintu sliding door. Tapi ikut mood jugak gambar tu sebab ada masa lighting okay, ada masa dia jadi gelap sikit. 

Tema raya tahun ni beli warna merah jambu satu family. Baju ni kitorang beli dekat Pari Textile je sebab semua saiz ada, tudung pun senang match dengan baju. Padahal dari tahun lepas nak warna mustard tapi bila sampai dekat kedai tibehhhh tukar warna pink pulak. Warna mustard pergi anjak ke tahun depan katanya tapi entah lah plan tu menjadi ke tidak. 



Tak banyak rumah pun beraya hari tu sebab tak ramai yang ada dekat rumah. Kalau ada pun sibuk melayan saudara-mara. Dalam tak banyak tu pun sampai ke malam jugak beraya. Baju raya untuk Hari Raya Kedua tu nasib baik ada masa kitorang pergi menyinggah shopping dekat Eco Sungai Besar. Itupun tak beli tudung. Bila korek almari jumpa lah tudung yang match tapi menggelembung teruk pulak.


Bila ambil gambar terpaksa lah posing pandang tepi sebab tak nak nampak tudung rosak. Ni entah bergambar depan rumah siapa. Saja pinjam jadi backdrop sebab rumah dia cantik. Bunga dekat pagar rumah dia pun macam ngam je dengan bunga dekat baju kan :')

Petang Hari Raya Kedua tu adik ajak balik Perak sebab highway macam dah surut kereta rupanya tebakan dia salah. Dua jam lepas dia keluar rumah, dia patah balik ke Sabak sebab Waze bagitahu jalan jam merah menyala sampai lah ke Taiping. Haaaa penangan orang beraya sakan tahun ni lepas pandemik habis. Stay dekat Sabak Bernam sampai Raya Ketiga je lepastu balik ke Subang dah. 

Untuk yang ucapkan Selamat Hari Raya tu terima kasih banyak. Nanti ada masa I berbalas kunjungan blog ye. Nak beraya ke rumah memasing pun duduk jauh haha. Kepada yang masih beraya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Kosong-Kosong ye :)

Terharu Dapat Disney Hotstar PR Kit Drama Soundtrack No. 1

Saturday 2 April 2022

Tak sangka langsung boleh dapat PR kit dari Disney Hotstar sebab jarang update review movie dekat Disney Hotstar. Yang banyak pun movie Hindustan itu pun masuk dekat Disney Hotstar India. Dekat Malaysia belum riki lagi movie atau drama apa yang famous. Tak tahu lah sebab rajin update review drama Korea ataupun sebab selalu update movie under Disney Hotstar. But whichever it is, wow I got it. 


Bulan Mac lepas dapat DM dekat Instagram dari Cassandra, PR Disney Hotstar bagitahu nak hantar something baked untuk meraikan tayangan drama baru, genre Romance Musical Drama berjudul Soundtrack No. 1 lakonan Park Hyung-sik dan Han So-hee. Of course I tak sempat nak tengok lagi sebab cadangnya nak biarkan drama tu habis running dulu then baru marathon layan sampai habis. 
Although I was told beforehand, Disney Hotstar nak hantar some baked goods, I tak expect pulak literally baked goods sebab masa tanya runner Lalamove tu dia kata ada kotak je. Kotak hitam dalam gambar dekat atas tu agak besar jugak. Cantik betul kotak hitam berbalut dengan reben hitam. Logo Disney Hotstar berkilau dari jauh sampai ada orang tegur masa I pegang kotak Disney tu

'Amoi ah, I bukan nak kepochi tau, tapi ni kotak Disney gimik je ke Disney betul-betul bagi?'
'Eh betul-betul bagi sebab ada drama Korea baru'
'Aiyooo cantik horr'


Bila buka dekat bahagian dalam ada kad dari Disney Hotstar cerita serba sedikit tentang drama Soundtrack No. 1 yang baru tayang dekat streaming platform Disney setiap hari Rabu bermula 23 Mac 2022. 

Part yang buat I macam awwww bila Disney tulis 'From your friends at Disney Hotstar'.


Dalam box dengan cover poster drama Soundtrack No. 1 tu ada kek coklat dengan lukisan watak Park Hyung-Sik dengan Han Sun-Woo. At first I ingatkan dalam box ni ada CD music album drama Soundtrack No. 1 rupanya kek coklat. Dia buat real sangat sampai I tak perasan lepastu tinggalkan dalam kereta since I was rushing nak pergi event. Bila balik rumah baru perasan tu kek sebab coklat dia mencair macam dalam gambar tu haha aigoooo T.T

Nasib baik lah kek dia masih sedap dimakan walaupun tak secantik yang Disney bagi awalnya. Sayang jugak nak makan sebab bukan senang nak dapat dan bukan selalu akan dapat. Faham tak perasaan tu? I simpan kenangan dekat blog dan galeri hp je lah. 


Berkenan betul dengan hand bouquet dia sebab setiap kuntum bunga tu dibuat dengan piano music sheets. I rasa semua not lagu tu lagu yang dicipta untuk drama soundtrack No. 1. Tak berani lah nak bukak setiap kuntum untuk pastikan betul ke tidak teori ni. Tangan I tak berseni untuk bentukkan balik jadi kuntum bunga ros cantik macam Disney Hotstar bagi ni. Yang I mampu, bergambar gedik cenggini je lah hehe.  

Anyway, terima kasih Disney Hotstar team sebab sudi hantar PR Kit Soundtrack No. 1 ❤️❤️